Wednesday, January 5, 2011

Bawang putih RM35 seguni, bawang kecil RM20

Kesan kenaikan harga barang mulai terasa. Tinjauan di Temerloh, Pahang didapati harga bawang putih naik mendadak daripada RM6.50 seguni kepada RM35. Harga bawang kecil Burma naik daripada RM8.50 kepada RM20 seguni manakala bawang besar daripada RM6.50 kepada RM18 seguni. Sebelum ini harga santan sudah menjangkau RM12 sekilo. Kita percaya kalau ikut lojik menteri UmnoApco: “Jgn masak pakai bawang, jgn masak pakai santan, jgn buat kenduri!”. “Kerajaan tak patut disalahkan kerana ini kenaikan global!”

Bayangkan bagaimana saudara kita mahu adakan kenduri kesyukuran? Bagaimana Mek Mah di Kampung Paya Luas nak jual nasi lemak besok?

Kalau peniaga kecl seperti Mek Mah nak naikkan harga jualan akan disaman oleh Kementerian Perdagangan. Kalau kerajaan naikkan harga minyak sehingga barangan lain meningkat macamana?

1 comment:

  1. beli guni kosong je murah sikit, hehe RM2.00 je

    ReplyDelete