Wednesday, January 19, 2011

PAS Pahang hantar 180 petugas ke Tenang

Harakahdaily

TEMERLOH: PAS Pahang menghantar 180 orang petugas rasminya bermula Sabtu lalu bagi membantu jentera pilihan raya kecil (PRK) PAS di Dun Tenang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) PAS Pahang Abdul Majid Hassan berkata, kesemua mereka yang datang daripada seluruh negeri Pahang itu bertugas mengikut giliran dan di tempatkan di unit peti undi (UPU) Felda Tenang.

Tambahnya, penempatan kontingen Pahang di Felda Tenang sangat baik dan bersesuaian dengan realiti Pahang yang memiliki kawasan paling banyak kawasan Felda dan terletak bersempadan dengan negeri ini.

“Penempatan kontingen Pahang di Felda Tenang akan mendedahkan petugas kita dengan pengalaman apabila pulang kerana 12 daripada 14 parlimen di Pahang mempunyai kawasan Felda.

“Sebab itu kita galakkan sukarelawan selain petugas rasmi itu datang sendiri ke Tenang kerana banyak perkara boleh dipelajari. Selain kawasan Felda, komposisi kaumnya serta penempatan penduduk bandar dan luar bandar seakan-akan sama dengan kebanyakan Dun di Pahang,” jelasnya kepada Harakahdaily.

Abdul Majid yang juga ketua kontingen berkata, sukarelawan dari Pahang yang datang ke Tenang diminta mendaftar di bilik gerakan Pahang bagi mendapatkan maklumat dan agihan tugas.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30434:pas-pahang-hantar-180-petugas-ke-tenang&catid=54:negeri-pahang-darul-makmur&Itemid=99

No comments:

Post a Comment