Saturday, January 29, 2011

Jangan sampai rakyat kata: Nak projek? Tunggu PRK!

Saya menemukan suatu luahan bermakna dalam ruangan Interaktif akhbar Sinar Harian. Meskipun luahan dalam bentuk sinis-sinisan, namun ia perlu difikirkan semua kerana budaya 'projek mi segera' semasa pilihan raya kecil(PRK)ini akan melarikan bajet hasil negara dan selepas kekeringan kantung kerajaan akan memikirkan 'rakyat didahulukan untuk dikorbankan' dengan kenaikan cukai, penarikan subsidi dan sebagainya yang menyusahkan.


Amat bertuah sekali bagi rakyat yang terlibat dengan pilihan raya kecil, tiba-tiba jadi terkenal. Pemimpin dari peringkat bawah hingga tertinggi berkampung di situ. Kalau tak kerana PRK, nak jumpa wakil rakyat amatlah susah. Peruntukan dan projek segera mencurah-curah. Prihatin sungguh dengan masalah dan nasib rakyat. Setiap penduduk amat berharap kawasannya juga terlibat dengan PRK. Kalau boleh, lagi kerap lagi baik. Tetapi diharap projek dan peruntukan tersebut tidak menambah hutang negara atau dialih peruntukan dari kawasan lain. - PAK NGAH, KERATONG 9


Setiap kali ada PRK dan PRU barulah nak buat itu dan ini serta pelbagai sumbangan diberikan. Tapi bila sesudah PRK, sampai terkeluar air mata darah sekalipun belum tentu lagi dapat. Sebenarnya inilah retorik PRK. - SAKIT HATI



No comments:

Post a Comment