Friday, January 14, 2011

Minta Adun Sri Muda letak jawatan, Adun Merlimau yang sakit jantung

Itulah Tuhan Yang maha Kaya. Dalam sibuk-sibuk Umno lintang pukang berdemonstrasi meminta Adun Seri Muda (Selangor), Shuhaimi Shafei meletak jawatan, ADUN Merlimau (Melaka) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pula dimasukkan ke Hospital Putra di Melaka hari ini selepas mengalami serangan jantung.

Menurut laman Malaysiakini, lapor Utusan Malaysia Online beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi rawatan lanjut.

Memetik sumber daripada pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang semalam.

“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya.

Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.

Perkembangan ini membuatkan sudah ada blogger yang meramalkan “satu lagi pilihan raya kecil selepas Tenang.”


Pada PRU 2008, Mohamed Hidhir dari Umno memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,154 mengalahkan calon PAS Jasme Tompang.

Namun begitu calon PAS itu berjaya mengurangkan separuh majoriti BN, iaitu daripada 5,087 pada PRU 2004.




No comments:

Post a Comment