Sunday, January 30, 2011

PRK Tenang setakat ini...

LABIS: Selepas semua pusat mengundi ditutup jam 5 petang, 10,579 pengundi atau 71.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Laporan daripada koresponden Selamatkan Pahang, Suhaimi di Tenang, pilihan raya kecil (PRK) Tenang kali ini berjalan dalam suasana hujan lebat dan banjir dan sudah ramai penduduk yang dipindahkan.

/> Daripada segi peluang, beliau berkata sukar diramalkan kerana sikap penduduk sendiri yang tidak mahu menyatakan pendirian.

Namun ada juga yang berkata, PAS mampu membuat kejutan hari ini.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi. Dalam PRK ini PAS menurunkan Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru. Sementara BN memperjudikan nasib melalui bekas pembantu pegawai daerah Azahar Ibrahim, 30, dari Umno.

Terdapat sebanyak 12 pusat mengundi meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Dun Tenang dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kerusi tradisi BN yang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis. Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

ch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHug6KzlcfmLDyHksI_Jm11Mc4mmEG1c-SXb88sRkCFiaA55cMgbkLe-tm0ZSmlJ48Nd9YiROaFXOP1p9QWcpxTKsYh11F1NOrsu_pbNbtQLNda0lLgh0IWoOfZ-CDYOOxjcMtIYiQMB4x/s1600/Tanang+gambar.jpg"> Keputusan sebenar PRK ini hanya akan diketahui antara jam 8 hingga 9 malam ini dan akan diumumkan di pusat perjumlahan undi di Dewan Serbaguna Labis.





No comments:

Post a Comment