Tuesday, January 4, 2011

Bonus tahun baru: Minyak naik lagi!

Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini. Tahniah, kerajaan Umno-Apco ini memang benar-benar mengamalkan konsep “rakyat didahulukan” (dikorbankan). Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter. Pasti hari esok media penjilat Umno akan menyiarkan berita menteri kata “minyak kita masih yang termurah di dunia. Dan ada orang ramai akan mengatakan “rakyat amat berpuas hati”. Ada yang akan berkata “terima kasih kerana kerajaan prihatin”.

No comments:

Post a Comment