Tuesday, January 25, 2011

Calon BN Dun Tenang pernah lelong tanah rakyat?

Calon BN (Umno) PRK Dun Tenang rupa-rupanya mempunyai rekod melelong tanah rakyat kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah, iaitu sewaktu menjadi ADO (penolong pegawai daerah). Tanah tersebut terletak di satu kawasan di Mukim Jabi Segamat. Perkara tersebut terbongkar hasil bantuan seorang kakitangan Pejabat Tanah.

Hal ini didedahkan oleh seorang blogger: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/bongkar-penyelewengan-calon-bn-dun.html

Sebelum tanah ini dilelong (tanpa pengetahuan tuan tanah), ia hanya dipenuhi dengan pokok buah-buahan, jati dan sebagainya. Kemudian, tuan tanah telah mencagarkan tanah untuk membuat pinjaman bank. (Bank : CIMB). Akibat gagal membuat pembayaran balik pinjaman, proses lelongan telah dimulakan.

Lantaran itu, tuan tanah telah bersusah payah bergolok gadai mencari dana sebanyak mungkin untuk melunaskan pinjaman tersebut demi menyelamatkan tanah beliau dari dilelong kepada pihak lain. Hasilnya, beliau telah membayar RM10,000 kepada CIMB Bank bagi mengelakkan tanah beliau dilelong. Namun, proses lelongan diteruskan juga.

Resit pembayaran RM 10,000 kepada pihak CIMB Bank telah dibawa pada hari lelongan. Tuan tanah terus berjumpa dengan ADO yang bertugas pada waktu itu. Siapakah ADO itu? Beliau ialah calon BN (Umno) PRK Dun Tenang! Bukan setakat itu sahaja, demi menyelamatkan tanahnya dari dilelong, beliau telah membawa juga RM 12,000 tunai. Namun rayuan beliau kepada Datuk Ai dipersetankan sebegitu sahaja.

Jika difikirkan, Datuk Ai selaku ADO Segamat perlu menggunakan budi bicaranya untuk memberi peluang kepada tuan tanah bagi menyelamatkan tanah beliau. Namun semua itu tidak berlaku.





No comments:

Post a Comment