Showing posts with label Macam-macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam. Show all posts

Monday, October 1, 2018

Lazatnya masakan kerana resepinya, begitulah perjuangan

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

Habis kuliah RRM Pernatang Badak terus singgah rumah dia. Pagi minggu yang lepas dia telefon suruh datang, saya bagitahu malam bolehlah, belah siang sibuk sikit. Dia jawap, bolehlah malam pun.

"Makan Ustaz", pelawa dia, sambil menunjuk ke arah keropok goreng yang dibawa anaknya dari dapur. "PAS bertanding di Port Dickson (PD) ye?, tanya dia.

"Ya" jawap saya. "Moleklah tu, kita jangan peduli menang atau kalah. Kalau ada peluang bertanding, bertanding je, sebab kita yakin menang atau kalah itu kerja Allah SWT", katanya.

Monday, August 6, 2012

Rakyat Malaysia ke 10 paling malas di dunia - Utuseks


Entah apalah muslihatnya, apabila lidah rasmi Umno, Utuseks Malaysia menyiarkan berita bahawa negara Malaysia berada di tangga ke-10 paling malas di dunia.

Biasanya akhbar milik Umno ini menyiarkan cerita yang baik-baik terutama memuja Najib dan Rosmah. Sedangkan berita menggambarkan rakyat Malaysia malas tentu bakal memberi kesan politik kerana negara sudah lebih setengah abad diperintah oleh Umno-BN.

Tidak ada sebarang usahakah dilakukan setelah melahirkan tiga generasi sejak merdeka?

Berita tersebut bersumber dari London mengenai satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.

Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut.

Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.

The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.

Secara keseluruhan, kajian itu mendapati wanita kurang aktif berbanding lelaki.

Peratus tertinggi wanita tidak aktif didapati berada di negara-negara yang sukar mendapat pekerjaan akibat kekangan sosial seperti Arab Saudi yang menduduki tangga ketiga senarai berkenaan.

Mungkin juga yang dimaksudkan pemalas itu ialah bangsa Melayu kerana Cina ramai yang sudah berjaya begitu juga dengan pendatang asing seperti Indonesia dan India yang sudah kaya raya berada di sini.

Friday, January 14, 2011

Minta Adun Sri Muda letak jawatan, Adun Merlimau yang sakit jantung

Itulah Tuhan Yang maha Kaya. Dalam sibuk-sibuk Umno lintang pukang berdemonstrasi meminta Adun Seri Muda (Selangor), Shuhaimi Shafei meletak jawatan, ADUN Merlimau (Melaka) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pula dimasukkan ke Hospital Putra di Melaka hari ini selepas mengalami serangan jantung.

Menurut laman Malaysiakini, lapor Utusan Malaysia Online beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi rawatan lanjut.

Memetik sumber daripada pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang semalam.

“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya.

Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.

Perkembangan ini membuatkan sudah ada blogger yang meramalkan “satu lagi pilihan raya kecil selepas Tenang.”


Pada PRU 2008, Mohamed Hidhir dari Umno memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,154 mengalahkan calon PAS Jasme Tompang.

Namun begitu calon PAS itu berjaya mengurangkan separuh majoriti BN, iaitu daripada 5,087 pada PRU 2004.




Wednesday, October 6, 2010

Cicak penawar HIV?

Adapun baru-baru ini dunia digemparkan dengan urusniaga ‘cicak ajaib’ yang dikatakan bernilai puluhan ribu setiap ekor.

Al-kisahnya, cicak berkenaan memang sukar ditemui tetapi dikatakan bernilai tinggi kerana hempedunya boleh menjadi penawar penyakit HIV yang paling mujarab. Demikian adanya.

Di kalangan orang-orang Melayu cicak jenis ini dipanggil cicak tokek dan sedang menjadi kegilaan ramai pencari-pencarinya kerana empunya khasiat dan harganya yang tinggi di pasaran.