Monday, August 6, 2012

Rakyat Malaysia ke 10 paling malas di dunia - Utuseks


Entah apalah muslihatnya, apabila lidah rasmi Umno, Utuseks Malaysia menyiarkan berita bahawa negara Malaysia berada di tangga ke-10 paling malas di dunia.

Biasanya akhbar milik Umno ini menyiarkan cerita yang baik-baik terutama memuja Najib dan Rosmah. Sedangkan berita menggambarkan rakyat Malaysia malas tentu bakal memberi kesan politik kerana negara sudah lebih setengah abad diperintah oleh Umno-BN.

Tidak ada sebarang usahakah dilakukan setelah melahirkan tiga generasi sejak merdeka?

Berita tersebut bersumber dari London mengenai satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.

Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut.

Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.

The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.

Secara keseluruhan, kajian itu mendapati wanita kurang aktif berbanding lelaki.

Peratus tertinggi wanita tidak aktif didapati berada di negara-negara yang sukar mendapat pekerjaan akibat kekangan sosial seperti Arab Saudi yang menduduki tangga ketiga senarai berkenaan.

Mungkin juga yang dimaksudkan pemalas itu ialah bangsa Melayu kerana Cina ramai yang sudah berjaya begitu juga dengan pendatang asing seperti Indonesia dan India yang sudah kaya raya berada di sini.

No comments:

Post a Comment