Monday, June 7, 2010

Deklarasi Taman Esplaned Temerloh

TEMERLOH, 6 Jun: PAS Pahang melalui Lajnah Alam Sekitar tampil dengan deklarasi tiga perkara dengan tema bertajuk “Jom Pulihara Alam Sekitar” sempena Hari Alam Sekitar di Taman Esplaned Temerloh.

Dengan nama Deklarasi Taman Esplanade Temerloh, deklarasi dibaca oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar iaitu menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan konkrit dan berfokus bagi membendung kemusnahan alam sekitar yang semakin parah di negeri ini.

Deklarasi pertama ialah meminta kerajaan negeri mengekalkan dan memulihara khazanah warisan negara Gunung Senyum dan sekitarnya dengan membatalkan cadangan pembangunan kilang simen di Gunung Jebak Puyuh.

Kedua kerajaan negeri mesti merencana dan mengambil tindakan proaktif memastikan bekalan kualiti air Sungai Pahang.

Ketiga kerajaan BN Pahang hendaklah meningkatkan keupayaan pengurusan hutan.

Deklarasi tersebut diedarkan kepada orang ramai yang berkunjung ke pekan sehari Temerloh.

Dr Hamzah dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad juga melepaskan anak ikan sebagai simbolik pulihara alam sekitar dan Sungai Pahang.






3 comments:

  1. ntahhh...

    majuk kott!!!...

    Mi, pi tolong pujuk skit... bkn apa... Pahang ni tak ramai tokoh... asyik2 yg ada Ustaz Tuan jer... dia mmg tokoh, tp sorang jer ke hul;u ke hilir... sian dia... negeri lain tokoh ramai....

    koi rasa Dr Wahab kena balaik lah, bantu2...
    Sebab dia tokoh... dgr citer dia byk di negeri Kedah skrg...

    Sebenarnya org kalau nak mengundi nanti diorng nak nak tengok jg line-up Pas Phg...
    Jd kalau ada Dr Wahab tu... lebih meyakinkan org Melayu... Cina & India dah tak kisah dah....

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah,
    Dr Abdul Wahab Ismail akan kembali aktif jika rakyat dan ahli mahukan beliau demikian...

    Saya tak berani bagi jaminan, tapi itu yang saya rasakan berdasarkan gerak hati saya.

    Selama inipun beliau tidak duduk diam atau menyembunyikan diri, antaranya mendapatkan beberapa aset PAS Pusat dan menjadi penasihat ekonomi beberapa negeri.

    Insya-Allah, jika rakyat dan ahli PAS mahukan beliau, beliau akan menabur bakti...

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete