Monday, September 30, 2019

Adun Chenor puji sukan silat alternatif kepada remaja ketagih gajet

Ahli Dewan Undangan Negeri Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak memuji usaha pembukaan gelanggang Silat Cekak Harimau Malaysia Cawangan Bukit Segumpal, Maran sebagai alternatif kepada aktiviti fizikal.

Beliau yang merasmikan gelanggang tersebut di Kampung Jalan Panjang, berkata jika tidak anak-anak dan remaja lebih terjebak dengan permainan menerusi gajet dan ini kurang menyihatkan.

YB Shukri stabil, doakan kesihatannya

Keadaan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli pada ketika ini adalah stabil dan semua pihak dimohon mendoakan kesejahteraan beliau.

Berita Adun Sanglang itu yang rebah ketika menyampaikan ucapan di Ceramah Perdana Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perlis semalam telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ahli PAS dan masyarakat.

Monday, September 23, 2019

200 sertai Program mendaki Bukit Kertau bersama YB

MARAN: Seramai 200 peserta menyertai ‘Program mendaki Bukit Kertau bersama YB kali kedua’ anjuran Pusat Khidmat ADUN Chenor Sabtu lalu.

Para peserta yang dilepaskan bermula jam 10 pagi mengambil masa hampir satu jam untuk menghabiskan pendakian dan tiba di puncak setinggi setinggi 853 kaki atau 266 meter itu.

Friday, September 20, 2019

Agenda terancang DAP di sebalik penyatuan ummah

KENYATAAN MEDIA

Komposisi orang Melayu Islam dianggarkan sekitar 69% daripada 33 juta penduduk di Malaysia. Jumlah yang besar ini harus disatukan terlebih dahulu dengan acuan Islam sebelum mengorak langkah membina peradaban baharu di negara ini. Dari segi politik pilihan raya, jumlah pengundi Melayu yang mengundi PAS dan UMNO dalam PRU14 yang lalu adalah sekitar 70%. Sekiranya jumlah ini digembleng secara positif, maka satu perubahan yang lebih baik akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

PAS optimis penyatuan Melayu dengan acuan Islam mampu menstabilkan politik dan melonjakkan negara ke arah mercu yang lebih gemilang. Kekuatan politik Melayu juga akan menjadi benteng yang ampuh untuk mempertahankan tiang seri negara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan seperti Islam Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.

Wednesday, September 18, 2019

Muafakat Nasional UMNO-PAS, ini ulasan Tun Hamid

KEMUNCAK perpaduan orang Melayu adalah dalam tahun 1946. Pada masa itu orang Melayu bersatu padu menentang Malayan Union. Selepas itu orang Melayu bersatu menentang ancaman pengganas Komunis; orang Melayu juga bersatu mempejuangkan kemerdekaan dan orang Melayu bersatu semasa menghadapi peristiwa 13 Mei.

Tuesday, September 17, 2019

Mengacau asyura rapatkan ukhuwah, kata YB Chenor

Program mengacau asyura ternyata mampu merapatkan ukhuwah atau persaudaraan di dalam sesebuah komuniti, kata ADUN Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak.

Tambahnya, ini kerana melibatkan ahli-ahli kariah tersebut bergotong-royong daripada awal menyediakan bahan sehinggalah menikmati hasilnya.

Sunday, September 15, 2019

730 ribu tonton live HPU UMNO-PAS

Kelihatan gelombang yang dicetuskan oleh Himpunan Penyatuan Ummah UMNO-PAS adalah kuat.

Saturday, September 14, 2019

Ucapan penuh President PAS d PWTC

UCAPTAMA PRESIDEN PAS
“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN BERSAMA MUAFAKAT NASIONAL”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام وفضلنا على كثير من الأمم  والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه.

Dengan penuh rasa ukhuwwah dan semangat persaudaraan yang wajib diikhlaskan, saya mewakili seluruh keluarga besar PAS bersama Gagasan Sejahtera menghulurkan salam persaudaraan kepada keluarga besar UMNO, parti-parti utama Barisan Nasional, rakan-rakan NGO dan tokoh masyarakat, seterusnya para dif jemputan, perwakilan dan tetamu yang sama-sama menyaksikan himpunan bersejarah ini, yang kita namakan ‘Himpunan Penyatuan Ummah’.


Friday, September 13, 2019

Tun, tarik tuduhan liwat terhadap Anwar!

PAS Pahang meminta Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menarik semula tuduhan liwat terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum menasihati PAS dalam usaha penyatuan ummah dengan UMNO.

Ketua Penerangannya, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kedua-dua pimpinan daripada gabungan PH itu boleh mewujudkan kerjasama tanpa menarik pun tuduhan liwat yang mengaibkan Anwar sebelum ini.

Thursday, September 12, 2019

Jual mykad: Siasat hingga ke lubang cacing

Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak pihak berkuasa menyiasat hingga ke lubang cacing mereka yang mendalangi projek penjualan MyKad kepada warganegara asing.

Wednesday, September 11, 2019

Tuan Ibrahim tegaskan penyatuan bukan perkauman

PAS dan Umno membentuk kerjasama politik antara parti Melayu Islam terbesar di negara ini adalah dasar penyatuan bukannya perkauman sebagaimana didakwa propagandis Pakatan Harapan.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim dalam kenyataan medianya mengenai hubungan ta’awun siyasi atau kerjasama tersebut, menegaskan bahawa PAS menolak sebarang propaganda yang dicetuskan oleh PH untuk menggambarkan hubungan PAS dan UMNO bermotifkan sentimen perkauman yang sempit dan boleh mengundang konflik keharmonian.

Tuesday, September 10, 2019

Warkah Asraf Wajdi buat Mujahid

Warkah dari PWTC (bukan Cordova) buat kekanda YB Mujahid

Oleh DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Ke hadapan kekandaku yb datuk seri mujahid yang dihormati. Moga sentiasa ceria dan sihat hendaknya.

Sunday, September 8, 2019

Raja Iskandar dalam kenangan

DR RAJA ISKANDAR AL HISS : SOSOK PEJUANG DALAM INGATAN

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor.

Orang yang baik akan kekal terpahat dalam ingatan kita sehingga hujung nyawa. Maka kekal menjadi orang yang baik sangat berbaloi walau dipancing dengan jutaan godaan untuk berbalik arah. Pagi yang indah ini, aku terpanar dengan berita kepulangan ke negeri abadi, seorang sahabat, Dr Raja Iskandar Raja Yaakob atau Dr Raja al Hiss. Tokoh anak muda itu dalam kelompok kami memanggilnya sebagai "king",  gelaran untuk bermanja dan menyulam kemesraan.

Friday, September 6, 2019

Apabila utama produk muslim ditafsir boikot bukan muslim

 100 FAKTA WAJIB SOKONG PRODUK MUSLIM & BUMIPUTERA

Oleh: ABDUL MUEIN ABADI 


1. Statistik membuktikan bahawa pada 2019 penduduk Bumiputera berjumlah seramai 20.4 juta orang, iaitu sebesar 69.3% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).  Namun begitu, pendapatan purata isi rumah Bumiputera masih rendah berbanding bukan Bumiputera, iaitu RM6,267 berbanding RM8,213 menurut data 2016.

2. Jumlah penduduk Bumiputera hari ini jauh mengatasi penduduk Cina di Malaysia yang hanya berjumlah 6.7 juta iaitu 22.8% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my). 

3. Jumlah penduduk Bumiputera juga jauh mengatasi jumlah penduduk India di Malaysia iaitu seramai 2.03 juta yakni 6.9% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my). 

Thursday, September 5, 2019

Utama produk muslim: Apa kita kata, apa dia faham

Oleh MOHD NASIR ABDULLAH

Kita kata kempen UTAMAKAN beli barangan keluaran muslim, dia faham itu adalah kempen boikot produk non muslim

Kita kata Islam benarkan lelaki KAHWIN sehingga empat, jika mampu, dia faham nikah ramai itu adalah gila seks, tapi kes rogol dengan amang seksual macam OK jer

Kamu hina agama, raja kami jangan marah kami boikot barangan kamu

Nampaknya tindakan memboikot produk-produk keluaran bukan Islam agak berkesan sehingga DAP terpaksa mengadu hal tersebut kepada Tun Dr. Mahathir.

Setiausaha Agung DAP juga meminta Umno dan PAS agar membantu mengendurkan arus pemboikotan itu yang khabarnya sudah mulai membuatkan sebahagian taikun-taikun perniagaan yang menyokong DAP, merasa terancam.

Tun M juga sudah berbunyi. Katanya, memboikot produk Cina tidak berkesan?. Anehnya, jika tidak berkesan, beliau sepatutnya diam sahaja. Tetapi  kenapa nak marah dan beri Amaran supaya jangan boikot?.