Sunday, August 19, 2018

Bekas staf Paip berisiko buta akibat diabetis

Seorang bekas kakitangan Perbadanan Air Pahang (Paip) menghadapi kemungkinan buta mata akibat penyakit kencing manis kronik yang dideritainya.

Bukhairi Omar, 40-an dari Kampung Paya Luas, Temerloh pada tahun lalu telah kehilangan sebelah kaki dipotong akibat dari penyakit yang sama.

Beliau sebelum ini dirujuk ke Hospital Ahmad Shah kerana masalah mata yang semakin kabur akibat masalah saraf.

Beliau kemudiannya dicadang melakukan pembedahan di klinik pakar mata Pusrawi, Kuala Lumpur.


Namun oleh kesempitan wang pembedahan tersebut ditangguhkan.

Atas inisiatif rakan-rakan grup whatsapp, sejumlah RM290 berjaya dikumpul. Kemudian seorang individu dari rakan sekampung menyumbang sebanyak RM3,000. Beberapa grup whatsapp sekolah-sekolah lamanya juga mengambil inisiatif yang sama.

Namun Bukhairi yang telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dan dengan ketiadaan kerja, masih memerlukan wang untuk tujuan perubatannya.


Bagi yang ikhlas berhasrat untuk menyumbang dan membantu Bukhairi demi amal kebajikan, bolehlah menghubungi beliau di talian: 017 9540787.

No comments:

Post a Comment