Sunday, August 19, 2018

Buaya mengganas di Sungai Belat, pemancing nyaris maut

KUANTAN:  Seorang lelaki nyaris maut ketika cuba menyelamatkan diri selepas diserang seekor buaya di sungai Kampung Kurnia, Batu 3 di sini, Jumaat lalu.

Kejadian pada pukul 4 pagi itu menyebabkan mangsa, Hamid Mohd. Ismail, 42, yang menetap di Rumah Kedai, Kuala Pahang, Pekan dekat sini cedera di kepala akibat digigit buaya berkenaan.


Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai diserang oleh buaya itu sebelum ditarik ke dalam sungai dan mangambil masa kira-kira 30 minit untuk melepaskan dirinya.

Mangsa berasal dari Pulau Pinang berlumuran darah akibat digigit di kepala dan badan meminta bantuan orang awam untuk dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Ahmad Azhar Mohammed berkata, mangsa masih tidak sedarkan diri akibat cedera parah di kepala dan badan.

 "Mangsa selamat menjalani pembedahan hari ini dan sudah dipindahkan ke wad biasa di hospital sama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ahmad Azhar, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut selepas mangsa sedar daripada menjalani pembedahan.

"Perhilitan sedang menjalankan pemantauan dan rondaan selama tiga hari berturut-turut di beberapa lokasi tumpuan haiwan berkenaan serta kawasan yang dikenal pasti bagi mengesan kedudukannya.

"Kita akan menguruskan kebajikan mangsa dan melancarkan tabung bantuan serangan binatang buas memandangkan mangsa tidak mempunyai waris di Pahang," jelasnya sambil memberitahu Perhilitan telah menghubungi adik mangsa di Pulau Pinang bagi memaklumkan kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment