Sebagai rakyat Malaysia, saya sesungguhnya malu apabila Perdana Menteri saya digelar penakut dan pondan. Selaku anak Pahang, saya lebih-lebih lagi merasa segan silu apa lagi Datuk Seri Najib Tun Razak datang dari negeri yang sama tetapi acap kali dipanggil pengecut dan ‘tiada telur’ apabila berhadapan dengan pimpinan parti lawan.
Dulu pada ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mempelawa Najib untuk berdebat mahupun berdialog dalam isu-isu ekonomi, Najib sentiasa mengelak. Najib kata, Anwar boleh berbahas dengannya di parlimen.
Tidak cukup dengan itu, demi untuk mengampu bosnya juak-juaknya pula segera mengatakan tidak layak Anwar berdebat dengan Najib, ada yang mengatakan debat bukan ajaran Islam dan sebagainya. Begitulah baculnya Najib dan Umno.
Masalahnya Najib pula sentiasa mengambil kesempatan menghentam Pakatan termasuk Anwar sendiri di mana-mana ruang yang diperolehinya. Serta disiarkan melalui lidah rasminya.
Ketika Najib meminta Anwar berdebat dengan Raja Petra Kamaruddin, Anwar mempersetujuinya asalkan Najib turut serta dalam debat tersebut. Dalam keadaan tawaran seperti itupun Najib takut. Takut, setakut-takutnya
Tetapi Najib tidak pernah diam dalam mencabar dan menghentam Anwar, bak kata pepatah ‘berkokok di gelanggangnya sendiri’.
Terbaru, Najib mengambil masa 20 minit menghentam Anwar dan Pakatan dalam pembentangan bajet pilihan rayanya. Anwar lantas meminta Najib hadir berbahas (bagi menjawap) mengenai bajet yang dibentangnya, namun terus ghaib!
Yang menyedihkan, apabila Najib tidak hadir menteri-menteri lantikan beliau turut ‘ponteng’ daripada sidang parlimen. Bak kata orang kepimpinan melalui teladan.
Jadi apakah nilainya bajet itu juka menteri-menteri tidak berminat untuk hadir mempertahankan bajet bagi kementerian-kementerian mereka?
Kolumnis The Star AZMI SHAROM menulis: “Walaupun tidak dipaksa oleh undang-undang, menteri Kabinet perlu hadir semasa perbahasan parlimen bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul melalui pembentangan sebelum itu.
Parlimen bukan sahaja tempat di mana undang-undang digubal, ia juga merupakan tempat di mana perbahasan berlaku dan soalan-soalan yang ditanya. Sebab ini bukan hanya untuk memberi ahli parlimen kita sesuatu untuk dilakukan tetapi ia adalah demi ketelusan, satu komponen penting untuk demokrasi.
“Oleh itu, keterbukaan parlimen adalah satu mekanisme yang perlu untuk akauntabiliti awam dan check and balance.
“Dalam hal ini, saya berharap bahawa sesiapa yang berkuasa di masa depan yang mereka cuba untuk memastikan amalan-amalan tertentu akan dimasukkan ke dalam tempat di Parlimen kita.
“Ia tidak hanya ucapan Bajet di mana ia adalah penting untuk mempunyai menteri yang bertanggungjawab yang ada - ia adalah lebih jauh daripada itu. Ia harus menjadi kebiasaan bahawa sesiapa yang menjaga portfolio boleh didapati untuk pemeriksaan balas. Dan Perdana Menteri yang bijak ialah yang boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan”.
Berdasarkan analatikal penulis, najib bukan sahaja tidak bijak tetapi sebenarnya penakut untuk berhadapan dengan Pakatan terutamanya Anwar.
Apakah pihak BN tidak sedar bahawa ahli-ahli parlimen yang sedang berbahas itu ialah yang mewakili rakyat, yang dipilih rakyat untuk membahaskan hak ehwal terbaik untuk mereka? Tidakkah ini bermakna membelakangkan mandat rakyat?
Tidak sedarkah Najib bahawa BN berada pada takuk paling lemah sekarang iaitu tiada majoriti 2/3 di parlimen?
Jadi apa yang penting, rakyat mesti sedar bahawa jika BN dalam keadaan lemah sekarang pun boleh mempermain-mainkan mandat rakyat, apa lagi jika BN menang besar!
Gambar di atas menunjukkan rakyat tidak segan silu lagi mengatakan Najib ‘tiada telur’ akibat sikap penakut yang ditunjukkannya.
No comments:
Post a Comment