Jika menunjukkan punggung satu kesalahan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob juga patut didakwa kerana pernah menonggengkan punggungnya kepada orang ramai semasa pilihan raya kecil (PRK) Sanggang pada tahun 2000 lalu.
“Malah Adnan lebih berat kerana menonggeng kepada rakyat ramai, sedangkan seorang pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics hanya menonggeng kepada gambar seorang pemimpin negara,” kata Ketua Penerangan PAS Kuala Krau Ustaz Aris Fezul Ismail.
Menurut Aris, tidak cukup dengan menonggeng ke arah orang ramai, Adnan juga membuat isyarat lucah yang menunjukkan perbuatan paling tidak bermoral dilakukan oleh seorang pemimpin tertinggi negeri ini.“Malah Adnan lebih berat kerana menonggeng kepada rakyat ramai, sedangkan seorang pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics hanya menonggeng kepada gambar seorang pemimpin negara,” kata Ketua Penerangan PAS Kuala Krau Ustaz Aris Fezul Ismail.
“Banyak laporan polis dibuat, tetapi kenapa tidak pernah dipanggil untuk siasatan dan tiada sebarang tindakan? Malah terus dipuja dan terus berkuasa memegang kerajaan negeri ini,” ujarnya lagi.
Beliau mengulas nasib seorang pelajar yang menyertai Janji Demokrasi di ambang merdeka di Datara Merdeka yang dipecat daripada kolejnya oleh Lembaga Disiplin dan Lembaga Akademik kolej berkenaan atas alasan melakukan perbuatan menghina pemimpin negara.
Pelajar semester ketiga jurusan Diploma Kreatif Multimedia terbabit merupakan antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lepas.
Namun polis telah membebas dan melepaskannya.
"Kita tidak mahu ada dua set undang-undang. Jika rakyat biasa perbuatan terbabit dianggap salah dan dihukum segera. Bagi pemimpin Umno pula melakukan perbuatan yang sama dianggap seolah-olah tidak bersalah.
"Begitu juga kes seorang imam yang membaling kasut di mahkamah, dipenjara. Sedangkan samseng Umno yang membaling kasut ke arah pemimpin (di Kedah) dalam masjid, terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan," tegasnya.
Tambahnya, cara penyiasatan dan penghakiman begini sangat buruk dan rakyat mesti segera menukar pemerintah yang ada kerana keadilan sudha gagal ditegakkan.
No comments:
Post a Comment