Sunday, December 24, 2017

PAS sedia tadbir Pahang dengan sistem Islam

TEMERLOH: PAS Pahang bersedia meneraju kerajaan negeri ini dengan memperkenalkan sistem pentadbiran yang lebih baik berlandaskan lslam jika diberi mandat pada PRU14 nanti.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abd Jabar berkata, antara isu yang akan menjadi keutamaan PAS dalam pentadbiran negeri ialah penyelesaian ‘hutang’ kerajaan negeri yang mana dikatakan tertinggi di Malaysia.

Menurutnya, selain itu, isu pengurusan alam sekitar serta penerokaan hasil baharu dengan memanfaatkan sumber sedia ada dan mengurangkan kebergantungan atau berhutang kepada kerajaan persekutuan.

"Pas juga akan mengkaji operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya ia memberi keuntungan maksima kepada kerajaan negeri.

"Sekiranya diberi mandat, pengurusan kewangaan kerajaan negeri akan mengutamakan perbelanjaan ‘berhemah tetapi tidak kedekut dengan menjadikan pentadbiran Kelantan sebagai salah satu contoh mengurus tadbir kerajaan negeri yang baik.

"Kami juga berpendapat, kerajaan Umno/BN terlalu lama berkuasa, ia perlu diganti dengan kerajaaan baharu yang segar kerana para pemimpin Umno dilihat semakin kehilangan idea dan lemah sehingga menyebabkan kerajaan negeri tidak mampu bersaing dengan kerajaan negeri yang dikuasai oleh pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Perhubungan PAS Pahang di Kompleks al-Makmur Kerdau, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Beserah, Andansura Rabu; Setiausaha Pas Pahang, Roslan Zainal Al-Ahmadi.

Rosli berkata, antara cadangan pengukuhan hasil negeri ialah penyusunan semula struktur kutipan premium pembalakan dan perlombongan bagi memberi pulangan maksimum kepada kerajaaan negeri.

"Ini jelas apabila hutang kerajaan negeri meningkat setiap tahun dan terkini sudah melebihi RM3 bilion, hasil negeri cuma berlegar dari sumber tradisi, iaitu pembalakan, perlombongan, air dan cukai tanah malah tiada usaha dan kreativiti dalam meneroka sumber pendapatan baharu sedangkan Pahang adalah sebuah negeri yang sangat subur.

Rosli berkata, PAS juga akan memperkukuh industri eko-pelancongan dengan memanfaatkan keindahan alam dengan flora dan fauna, hutan serta gunung sungai dan pantai yang indah.

Katanya, bidang pertanian akan dinaiktaraf menjadi bidang keusahawanan dengan membangunkan tanah-tanah terbiar bagi mempertingkat pengeluaran hasil dan membuka peluang keusahawanan kepada anak negeri Pahang.

"Pas mempunyai ramai tokoh berwibawa, berlatar belakangkan agama dan profesional yang bertaqwa mampu menggalas tugas sebagai Menteri Besar Pahang sekiranya diberi kepercayaan menerajui Pahang.

Rosli berkata, sementara itu seramai lebih 12,000 petugas jentera pilihan raya PAS Pahang akan berkampung di Kompleks al-Makmur di sini pada program Fastaqim 2.3, 20 Januari depan.


1 comment:

  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete