Thursday, December 21, 2017

Nostalgia: Pekan Sari Temerloh 1962

Pekan sari (Gesel Street) Temerloh

Oleh
Ahmad Sanusi

Pada hari Ahad, sa-kali dalam sa-minggu, ramai orang Melayu kampong sekitar Temerloh meninggalkan changkol, parang, dan pisau getah mereka, datang ka- pekan sari untok berlateh2 berniaga.
Pekan sari atau di-kenal juga dengan sebutan pekan mingguan maseh penting dalam kehidupan orang Melayu di-daerah ini dan juga suatu keramaian yang menarek hati pemuda pemudi.
Pekan sari itu-lah pasaran istimewa untok "penge-luar2" dari kampong menjualkan hasil mahsul mereka langsong kapada "pengguna2" tanpa melalui orang tengah.
Sa-kali sa-minggu terubat juga-lah hati pembeli2 yang ingin mengechap sayoran2 tanaman orang Melayu, buahan2, juadah chara tua yang tidak menjelakkan, pekasam2, dan barang2 lain yang di-jual oleh orang Melayu belaka.
Pekan sari Temerloh ter-letak dalam kawasan ban-daran, dudok-nya di-tebing Sungai Pahang dan di-tepi Kuala Semantan. Dua buah sungai bertemu di-sini.
Keindahan pemandangan sekitar sungai itu selalu menyegarkan. Pohon kelapa dan pohon buloh menghi-jau di-sapanjang tebing sa-jauh mata memandang. Perahu2 penambang dan motor2 hilir mudek melan-char di-atas ayer sungai yang beriak2 kechil itu.
Tidak jauh di-sa-belah hilir merentang jambatan sa-tu juta ringgit, beraneka keenderaan berlari di-atas-nya sa-buah demi sa-buah.
Motor, perahu, basikal dan bas sibok sa-kali sejak pagi2 hari Ahad dengan pedagang2 kechil dan kampong mengangkot ber-bagai ragam dagangan dari buah kelapa yang ter-gayut tinggi sampai kapa-da ubi kayu yang berlunjor ka-dalam bumi.

Tebal

Hampir2 semua barang2 dagangan itu di-letakkan di-atas tanah beralas ker-tas atau kain tebal. Sa-tengah2-nya mengambil tempat sa-panjang enam tujoh kaki, tetapi ramai ju-ga yang hanya memerlukan kira2 sa-besar sa-tengah muka akhbar sahaja.
Di-atas kertas itu mereka longgokkan sayuran2, ubi kayu, buah2an dan lain barang dagangan.
Sa-tengah2 penjual menghadapi tiga longgok sahaja barang2 jualan-nya: terong sa-longgok, ubi kayu sa-longgok dan timon sa-longgok. Di-belakang me-reka terletak sa-buah bakol jadi sa-bagai 'store' meny-impan beberapa longgok lagi.
Penjual2 kain, pinggan mangkok dan perkakas2 besi tentu-lah memerlukan modal beratus ringgit,teta-pi ada pula mereka yang hanya menjual puchok pa-ku, terong rembang dan ulam peraga, yang tumboh dengan kemurahan alam sahaja.
Tukang2 jual ubat tidak mau ketinggalan di-pekan2 sari. Kadang2 sampai em-pat lima orang masing2 de-ngan pembesar suara.
"Tuan2, ini hari ubat kita tinggal 30 botol sahaja lagi, ini pun akan-diberi per-chuma kapada tuan2." kata sa-orang.
"Wak berani bertengkar dengan Munkar Nakir as-alkan bangsa wak dapat ka-shorga," kata sa-orang lain.

Ugama

"Kita jual ubat,jual ubat sahaja-lah, tak baik mem-persenda2 ugama. Biar-lah ubat saya tak laku, nama mempersenda ugama tidak sa-kali2," yang lain pula membidas sa-sama-nya.
Ada pula penjual ubat yang berchakap perlahan2, jari-nya di-gosok2-nya de-ngan minyak; sa-kali2 dia menguatkan suara-nya me-nyebut "Pa' si-awang, mak si-awang". Sa-orang tua kelihatan tersipu2 sambil menepok2 pinggang.
Penjual2 kain juga rioh berteriak: "Mari che abang, kain batek baru sampai, jangan segan che abang, harga-nya murah sahaja."
Che abang atau Chak Abang, menurut istilah pendudok di-sini ia-lah panggilan untok kakak ipar (isteri abang).
Keriohan pekan sari itu berlangsong beberapa jam dan mulai reda kira2 dekat tengah hari.. Ramai-lah penjual2 yang kehabisan barang2 dagangan-nya, te-tapi maseh ramai pula yang terpaksa membawa pulang saki baki-nya atau menjual-kan-nya dengan harga yang rendah sahaja kapada peraih2.
Sa-orang tua membawa sa-bontel buah pinang dan sampai tengahhari hanya laku 30 sen sahaja.
Sejak mula membentang-kan daganganan-nya beliau lebeh banyak menguap2.
Kawan-nya yang menjual buah rambutan di-depan-nya bersuara agak kuat: "Mujur lebat janggot dan jambang pak ngah, kalau tidak, sampai-lah koyak mulut ka -pangkal telinga."
Barangkali orang tua itu tidak mendengar perkataan penjual rambutan itu, dia tidak memperdulikan-nya, agak-nya dia sedang me-ngantok betul.
Ketika akan pulang, be-liau mendapatkan sa-orang peraih yang hanya sanggup membeli pinang itu dengan harga 50 sen sahaja sa-ratus biji.
"Upah penat memikul pun tak lepas," kata-nya meradang.

Harga

Tetapi kerana beliau mau pulang juga dan tidak mau berpenat2 lagi memikul buah pinang itu, di-jual-kan-nya juga dengan harga sa-banyak itu.
"Paku Belanda betul awak," kata-nya ketika me-nerima wang harga pinang-nya itu.
Kawan-nya yang menjual rambutan menyampok pula: "Gone melawan-nye, pak ngah."
Kalau di-kota timbul per-kataan "Sana boleh Cha-kap", "Tiada bacha punya orang", "Mana ada jalan", maka di-sini mashor pula perkataan "Gone melawan-nye" perkataan pelat da-erah ini mengandungi tafsi-ran: "Tak terlawan".
Jika buah petai atau je-ring yang tidak laku, pen-jual2nya tidak-lah run-sing. Minggu depan mere-ka boleh pula menjual je-rok petai dan jering chem-bah.
Rasa petai jerok dan je-ring chambah bertambah enak, chuma bau yang di-chiptakan-nya di bilik ayer, bagi akan mengalahkan empat buah jamban yang bersatu padu.
Dua minggu yang lalu, buah rambutan dan buah langsat menchapai penge-luaran-nya yang mewah sa-kali, hingga harga ram-butan jatoh kapada 30 sen sa-ratus, manakala buah langsat di-jual dengan har-ga 50sen sahaja satu gan-tang atau kira2 8 sen saha-ja sakkati.
Oleh kerana penghasilan buah2an itu melebihi ke-perluaan, biar pun harga-nya di-murah-kan namun maseh banyak juga yang tidak terjual.
Maka terjadi-lah pula chara penghidupan di-zaman purba, ketika wang ringgit belum di-buat orang. Penjual buah2 itu bertukar2 barang sama sen-diri.
Yang membawa langsat menukar-nya dengan buah rambutan. Mereka bertu-kar2 juga dengan penjual sayoran2 dan kueh mueh termasok lemang dan apam.
Sayang sa-kali, penyiasa-tan2 tak pernah di-buat untok meninjau kemajuan2 yang di-chapai oleh orang Melayu semenjak pekan sari itu diwujudkan.
Nampak-nya hanya pen-jaja2 yang kelihatan men-dapat peluang agak baik dari pekan sari itu. Bukan kerana mereka mendapat untong besar, tetapi ia-lah kerana mereka daya meng-unjongi pekan2 sari yang lain, yang di-adakan pada hari esok dan berikut-nya di-kampong2 yang lebeh jauh.
"Pelateh2" yang lain itu hanya berpeluang berjua-lan sa-kali sahaja sa-minggu.
Sa-orang penjaja kain memberitahu saya bahawa perniagaan mereka di-pe-kan2 sari pun sekarang se-dang merosok kerana ku-rang-nya penghasilan ge-tah orang2 kampong.
Satu sebab yang lain, ka-ta mereka, ia-lah orang2 asing juga nampak-nya sudah di-bebaskan untok berjualan di-pekan2 sari.
Sungutan2 saperti itu di-suarakan juga oleh pejual pinggan mangkok, barang tembaga dan penjual sa-yor2-an juga.
Mereka berasa hairan kenapa pehak yang ber-sangkutan tidak bertindak menchegah orang2 asing itu, pada hal pekan sari itu dilaong2kan sa-mata2 untok mengajar orang Me-layu sahaja berniaga.
Yang lebeh aneh, mere-ka tidak tahu ka-mana hendak mengadu. Jawatan-kuasa pentadbir pekan sari entah maseh ujud en-tahkan sudah ghaib.
Rumah2 dan bangku2 yang di-dirikan dulu ting-gal beberapa buah sahaja lagi yang tegak yang lain2 sudah rontoh dan hilang.
Penjual2 mengosongkan sa-bahagian besar dari ka-wasan pekan sari yang asal dan memenohi kawasan baru di-sebelah ulu-nya.
Ini-lah perubahan-isti-mewa bagi pekan sari itu, ia bergerak menjalar mening-galkan tepi rumah pasong dan kini hampir sampai ka-kaki masjid.
Berchakap tentang "me-ninggikan" latehan ber-niaga dari pekan sari, sa-orang teman menunjokkan pada saya satu tempat aru di-pasar Temerloh, yang di-katakan khas di-dirikan oleh Majlis Bandaran Te-merloh-Mentakab untok orang Melayu.
Kawasan khas itu bagitu tersorok kedudokan-nya hingga ramai orang yang pergi ka-pasar itu tidak ta-hu bahawa di-hujong pasar itu ada tempat khas untok orang Melayu berniaga.
Alang-kah baik jika ka-wasan khas itu di-letakkan di-bahagian rosok pasar yang berdepan2 dengan perhentian bas supaya le-beh mudah mendapat per-hatian ramai dan ini akan menggalakkan orang2 Me-layu itu.

Terjalar

Kembali kepada cherita pekan sari. Biar pun pekan sari itu terbiar dan sedang merangkak menjalar men-chari tempat yang lebeh sa-suai, namun ia tetap mendapat kunjongan ra-mai, tetap mendapat do-kongan dari pengeluar dan pengguna.
Hampir lupa saya men-cheritakan bahwa pekan sari di-anggap juga sa-bagai keramaian yang menghairahkan pemuda pemudi daerah ini. Banyak kenang2an masra terjadi di-sini.
Sa-tengah2 pemuda me-namakan pekan sari itu "Gesel street" kerana lo-rong-nya yang sempit dan sesak menyebabkan selalu saja bergesel dan singgong menyinggong dengan mambang.

"BERANI TENGKAR DGN MUNKAR NAKIR ASAL BANGSA-NYA DAPAT KA-SHORGA..."

Sumber foto dan artikel: Berita Harian, 21 Januari 1962.
Kredit: National Library Board, Singapore.

No comments:

Post a Comment