Wednesday, December 13, 2017

Pasti dinaik taraf jadi Pra Tahfiz

JERANTUT: Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Pahang akan dinaik taraf menjadi Pra Tahfiz mulai 2018 di 156 cawanganya di Pahang.
Pengarahnya, Danial Aziz berkata, pelancaranya sudah dibuat pada Oktober lalu dan kini pihaknya sedang membuat persiapan akhir untuk merealisasikanya apabila sesi persekolahan 2018 bermula.

Menurutnya, pihak Pasti negeri sedang melakukan lawatan ke seluruh Pasti di 14 kawasan parlimen bagi mengenal pasti memastikan persiapan menaik taraf berjalan lancar.

Majlis pelancaran Pra Tahfiz Pasti telah sempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Abd Halim Al Hafiz,.

Beliau adalah pengarang Tafsir surah Al Mulk yang akan menjadi teks Pasti seluruh Pahang.

Shahril dalam ucapannya berkata, di samping bermatlamat untuk memperkasakan kaedah pembacaan al-Quran di Pra Tahfiz Pasti, beliau berharap dengan menaik taraf kepada pra tahfiz, Pasti akan menjadi pilihan utama ibu bapa sebagai platform pendidikan awal anak-anak mereka.

Beliau memuji pengurusan dan guru-guru Pasti kerana komitmen mereka menjayakan pendidikan pra sekolah dan memberi sumbangan besar terhadap pendidikan awal kanak-kanak yang berteraskan al-Quran dan Sunnah. Ia juga turut menyumbang modal insan berkualiti seterusnya mengekang masalah gejala sosial dalam negara.

Pasti merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam meliputi aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi sudah bertapak lebih 30 tahun lalu di seluruh negara.

Pasti menerima murid seawal usia 4 Tahun (kurikulum khas), 5 Tahun ( Tahap 1) dan 6 Tahun ( Tahap 2) peringkat akhir sebelum memasuki alam persekolahan sebenar.

“Saya yakin dengan menaik taraf kepada Pra tahfiz, Pasti mampu meningkatkan keyakinan masyarakat dan akan menarik minat ibu bapa menghantar anak mereka ke Pasti sebagai alternatif kepada pendidikan pra sekolah yang di kendalikan oleh kerajaan dan swasta,” katanya.

Pasti, katanya Danial sentiasa berkerjasama rapat dengan semua pihak demi untuk mendidik anak bangsa, khususnya pendidikan pra sekolah berteraskan Islam.


Antara modul Pra Tahfiz ialah para pelajar tahap satu dan dua akan didedahkan dengan hafazan Surah AlMulk ( Surah pilihan Pra Tahfiz Pasti).

Sementara itu, Daniel berkata, pelajar tahap satu akan mengahafaz ayat 1- 15 surah al Mulk manakala pelajar tahap dua akan menghafaz surah al Mulk ayat 15 – 30, mata pelajaran lain Pasti akan dikekalkan sebagaimana biasa.


Gambar
*Majlis pelancaran naik taraf Pasti kanan sekali Danial Aziz pengarah PAS Pahang merjubah hitam ialah Ustaz Shahril Azman Abdul Hamil Alhafiz.
*Danial Aziz Pengarah Pasti negeri Pahang.





1 comment:

  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete