Wednesday, May 30, 2012

Maksiat Umno dan hukum Harussani

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, hanya berani mengatakan ‘tak patut’ kepada Umno yang menjadi penganjur himpunan belia yang mengundang artis dari Korea yang penampilannya amat bertentangan dengan Islam dan bercanggah dengan budaya Melayu.

Anggota Majlis Fatwa Kebangsaan itu tidak berani menghukumkan program untuk tujuan politik Umno itu sebagai haram kerana tahu risikonya.

Sebagai contoh, Harussani pernah menegur Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai syirik, apabila hadir ke kuil Hindu merayakan Thaipusam. Apabila Najib bertindak menemui Harussani, beliau tiba-tiba membuat “u-turn” mengatakan Najib tidak syirik.

Pernah pada satu masa dulu, Harussani menjatuhkan hukum haram kepada program Sure heboh anjuran media Umno Tv ¾. (Kalau tidak silap, Dr Asri Zainal Abidin juga mengeluarkan hukum yang sama). Program tersebut sudah tentu dihukumkan haram kerana terdapat pergaulan bebas yang boleh mengakibatkan bermula dan menularnya maksiat.

Tetapi tv Umno itu menukarkan nama Sure heboh itu kepada Jom heboh dan akhirnya tidak kedengaran lagi hukum haram oleh Harussani itu sedangkan program yang sama tetap diadakan sekerap-kerapnya di tiap-tiap negeri.

Kita percaya, Harussani mengatakan “tidak patut” itu sudah tentu merujuk kepada pakaian dan adab artis luar negara yang tidak sopan dan mengghairahkan. Bukan artis Korea itu saja, sebenarnya kebanyakan yang menghibur dan berhibur itu berkeadaan sangat teruk dan menjengkelkan.

Juga kita percaya, jika artis di pentas ‘bertelanjang’ seperti itu, boleh dibayangkan banyak kali gandalah teruknya lagi nafsu serakah belia-belia terutamanya Melayu yang sanggup beraksi lebih “panas” daripada itu. Sepatutnya pihak berkuasa dan Umno sudah dapat membaca rapuhnya jati diri dan kejiwaan orang Melayu apabila menerima budaya luar.

Mufti Perak itu berkata: “Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.

“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Jika difahami, begitulah jahatnya Umno. Kasihan, jenuh para pendakwah dan tok-tok guru berusaha mendidik, mengajar dan menasihatkan anak-anak muda supaya patuh kepada suruhan Allah, jauhi maksiat dan jangan hampiri zina.

Tetapi ternyata Umno tidak mempedulikan semua itu. Yang mereka pentingkan ialah mahu berjaya mengumpul 2.4 juta belia (mungkin mengikut kaedah pengiraan oleh Rais Yatim). Itu belum lagi dikira agenda lucah, seks dan porno yang dimainkan oleh Umno sebagai serangan politik untuk menjatuh dan mengaibkan individu muslim.

Dalam pada itu kita belum mendengar sepatah ulasan daripada buangan PAS Dato’ Hasan Ali yang begitu terliur bercakap tentang kerosakan akidah. Tidak diketahui sama ada beliau berpandangan yang tidak boleh ialah murtad sedangkan maksiat, “no komen”. Sesiapa pun boleh mengagak bahawa asal program daripada Umno, beliau tidak akan berani sentuh apa-apa. Sebab sasaran beliau ialah menghentam PAS.

Bayangkan, pada malam 26 Mei lalu itu ceramah berkaitan Islam oleh Ustaz Azhar Idrus tergamak dibatalkan bagi memberi laluan kepada konsert K-Pop anjuran Umno yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sepatutnya orang Melayu sudah sedar parti manakah yang meruntun orang ramai kepada maksiat dan parti manakah yang mengajak mereka kepada taatkan Allah. Tetapi oleh kerana mainan publisiti politik, propaganda dan gerak saraf, pemikiran orang Melayu tiba-tiba menjadi tidak waras untuk memikirkan yang mana baik yang mana jahat, yang manfaat yang mana mudarat!

Monday, May 28, 2012

Restoran ‘penari punggung’ Umno kena lelong

Ketua penghala buntut di depan rumah Dato’ S Ambiga rupa-rupanya menghadapi masalah kewangan yang teruk atau hutang bertambun sehingga terpaksa dilelong restorannya.

Dato’ (beli) Jamal iaitu pemilik Sekinchan Ikan Bakar, telah kehilangan restorannya di Segambut itu kerana akan dilelong pada hari lusa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Telah heboh di laman facebook ada pihak menggesa diboikot di semua caangan restorannya berikutan sikap samsengnya.

Sebelum ini beliau bersama kumpulannya beberapa kali menuntut daripada Pengerusi Bersih 3.0 ganti rugi kononnya kerana tidak laku berniaga akibat himpunan tersebut.

Apakah ada kaitan kedainya terpaksa dilelong kerana 300,000 peserta himpunan Bersih tidak berbelanja di kedai suruhan Umno ini?

Cara Jamal mengganggu di kediaman orang itu turut diikuti oleh anak buahnya yang lain termasuk membuka tapak gerai olok-olok di situ. Iaitu budaya baru yang diterapkan Umno sebagai cara bagi mengatasi lawan politiknya.

Patutlah puak-puak ini berniaga boleh bankrap. Sudahlah samseng dan kurang ajar, mencari tapak niaga pun tak pandai!


Wednesday, May 23, 2012

Siapa Rafizi Ramli?

Sesiapa yang menyaksikan perdebatan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli semalam, pasti kagum dengan kepetahan Rafizi serta pengetahuannya yang luar biasa dalam menyebutkan angka-angka yang dihafalnya serta kematangannya mempersembahkan idea-idea terbaik yang dikira mewakili Pakatan Rakyat.

Untuk mengetahui latar belakang beliau, dicedok di sini (melalui Facebook) tentang dirinya:


Pebahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Orkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik

PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion

PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.


Najib dicabar jadi anak jantan

Jutaan rakyat seluruh negara dan yang mengikuti melalui internet debat antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli malam ini, mendengar moderator debat tersebut Dr Maszlee Malik mencabar Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak agar menjadi anak jantan.

Cabaran tersebut ialah supaya memberanikan diri berdebat dengan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana Najib sebelum ini berdolak-dalik mengelakkan diri apabila dicabar berdebat. Sedangkan bertukar hujah dan berlawan pemikiran seperti itu sudah biasa diamalkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat di England.

Umum mengetahui, selama ini Najib hanya diberi imej yang baik oleh akhbar-akhbar Umno. Beliau kelihatan begitu lantang dan petah, terutama menghentam Pakatan Rakyat dan Anwar tetapi hanya dalam media Umno dan di pentas-pentas parti-parti itu sedangkan pada hakikatnya amat takut berhadapan dalam berhujah dengan Anwar.

Maka pertemuan itulah yang sedang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Meskipun orang ramai sudah tahu, Najib tidak akan berani berhadapan dengan Anwar di pentas sampai bila-bilapun!

Ramai yang terperanjat, apabila dalam debat tadi didedahkan bahawa Khairy semasa di bawah kerajaan bapa mertuannya dulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menggunakan kira-kira RM237,000,000,000 (bilion) wang Petronas antara tahun 2004 hingga 2007 yang entah ke mana dibelanjakan.

Soalan ini dua kali diajukan oleh Rafizi, tetapi tidak dijawap sedikitpun oleh Khairy.

Pendedahan isu ini dirasakan akan membawa kesan negatif dan besar akibatnya kepada Khairy (yang dikatakan pernah menjadi orang paling berkuasa semasa era Pak Lah) kerana ia akan digunakan oleh musuh-musuh Khairy sendiri yang berada dalam Umno untuk menjatuhkan beliau.

Pada asalnya debat tersebut membawa tajuk pemansuhan PTPTN dan hala tuju masa depan pendidikan negara. Debat tersebut dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf dan disiarkan secara langsung oleh Astro Awani.

Namun Khairy ternyata tidak dapat membawa persoalan yang dibincangkan sebaliknya beberapa kali mengambil kesempatan menyindir Anwar Ibrahim dan memperlekeh Buku Jingga, itu saja. Beberapa persoalan yang diajukan kebanyakannya tidak dijawap langsung.

Secara peribadi, saya fikir Khairy sebenarnya tidak bersedia sangat dengan debat tersebut kerana kelihatan tercari-cari punca ataupun kusut. Angka-angka yang disebutnya jelas menyebabkan beliau sendiri tidak faham. Ada ketika fakta yang diberikan adalah salah dan ditertawakan hadirin. Ada kemungkinan dia meminta bantuan beberapa kawan-kawannya untuk mencarikan point untuknya. Tetapi beliau hanya mempertaruhkan keberanian peribadinya yang mampu berdebat.

Dapat diperhatikan dengan jelas beliau kelihatan sangat gemuruh dan gabra walaupun sesekali emosional terutama apabila diboo oleh penonton. Ini amat berbeza sama sekali dengan Rafizi yang kelihatan tenang, mampu tersenyum dan berdebat dengan yakin apabila memberikan angka-angka dengan tepat.

Khairy mungkin mahu menunjukkan kejantannya, yang mahu dibuktikannya lebih hebat daripada Najib. Tetapi dengan berakhirnya debat tadi, nampaknya pada perkiraan saya Khairy bakal menjadi kutukan Umno!






Monday, May 21, 2012

Kelantan unggul, walau kerap dihina Umno

Jika diikutkan propaganda media Umno, tidak ada apa-apa yang baik di negeri Kelantan dan rakyatnya. Negerinya miskin, rakyatnya minum air kotor, tidak ada peluang pekerjaan sehingga penduduknya berhijrah. Diketuai pula oleh Tok Guru yang tak pandai mentadbir.

Itulah kononnya gerak saraf yang sering disumbatkan Umno dalam lidah rasminya bagi menggambarkan kedaifan Kelantan yang dipimpin PAS sejak 22 tahun yang lalu bagi membohongi rakyat di negeri-negeri lain.

Semua masih ingat, ketika mula-mula merampas Kelantan daripada BN pada 1990 dengan kemenangn 39 - 0, rata-rata Umno meramalkan bahawa kerajaan PAS pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat hanya mampu bertahan sekitar tiga bulan. Baru sekitar sebulan dua yang lalu Najib dan Muhyiddin berlumba-lumba ke Kelantan untuk memberitahu rakyatnya bahwa negeri tersebut miskin dan perlu segera dikembalikan kepada Umno-BN.

Selain daripada fitnah-fitnah jahat itu, kerajaan Kelantan didera teruk sejak awal dengan sekatan geran wajib perkapita tahunan yang sengaja dilengah-lengahkan. Kelantan juga dibuli dengan sekatan-sekatan pelaburan luar melalui Kuala Lumpur. Lebuh raya yang sepatutnya menjadi kewajipan kerajaan pusat, dilaksanakan hanya setakat Terengganu. Gas yang sepatutnya didaratkan di kelantan dialihkan ke Thailand.

Bahkan royalti yang wajib dibayar kepada Kelantan, tidak diberi sebagaimana Terengganu, Sabah dan Sarawak. Begitulah jahatnya Umno. Itupun mereka tidak pernah malu mendakwa dan mendabik dada kononnya memperjuangkan Melayu. Apakah buta dan tuli mereka mengenal bahawa lebih 90 % penduduk Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam?

Pendek kata, setiap apa yang buruk biasanya akan disiarkan dalam rangkaian televisyen Umno setiap malam dan brtali arus. Barangkali pantang orang sebut saja masalahnya, media pembodek itu tak menang tangan untuk menyiarkannya. Pernah satu ketika semasa Datuk Seri Zainuddin Maidin menjadi Menteri Penerangan, gambar pondok menunggu durian dipaparkan di televisyen RTM dan akhbar Umno bagi menggambarkan kemiskinan rakyat Kelantan.

Kepimpinan Kelantan juga kerap menerima tekan. Ketika Nik Aziz menerima kek berharga RM4, riuh rendah pengempen Umno negeri itu meminta SPRM menyiasat atas dakwaan rasuah. Walaupun isu cincin RM24 juta isteri Najib tidak pernah disiasat.

Sebab itu, ada satu kes yang sama di Kelantan, dikatakan telah disiasat SPRM sebanyak dua kali! Begitulah kecur dan ghairahnya agensi itu menyiasat apabila melibatkan orang PAS. Seperti sepatah kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, jika ada saja disembangkan orang tentang rasuah di negeri-negri Pakatan Rakyat, biasanya ‘tak sempat turun ikut tangga’ para penyiasatnya datang menyerbu.

Rakyat Kelantan sentiasa cemas walaupun tidak percaya dengan pembohongan memburuk-burukkan negeri itu setiap yang kecil seperti semut akan diperbesar-besarkan seperti gajah.

Tetapi orang kelantan tetap cekal menghadapi tindakan Umno yang seolah-olah menganggap mereka seperti warga negara kelas dua. Orang Kelantan tetap sabar dan sentiasa cemerlang.

Semalam pasukan bola sepak mereka berjaya merangkul Piala FA. Jika diikutkan dengan propaganda jahat Umno bahawa orang Kelantan miskin, minum air kotor dan diperintah oleh Tok Guru, tidak mungkin mereka boleh secemerlang itu.

Jika menelusuri sejarah, PAS telah menang pilihan raya dan memerintah Kelantan sejak selepas merdeka lagi sehinggalah kerajaannya dijatuhkan dengan konspirasi Umno ketika itu (termasuk peristiwa Ibrahim Ali membakar tayar di tengah bandar Kota Bharu pada tahun 1977).

Tetapi dapat dilihat bagaimana ramainya anak-anak Kelantan yang berjaya menjejak kaki ke universiti dan menjawat kerusi yang tinggi dalam sektor awam dan swasta, terutama Bank Bumiputera (yang akhirnya ditutup akibat kurang pandainya Umno) sejak dulu. Ramai pula yang bertaraf jutawan dan usahawan tinggal di Kelantan dan ibu negara.

Sebab itu saya fikir rakyat Malaysia sudah celik maklumat dan tidak mudah diperbodohkan oleh agen propaganda Umno lagi. Pun begitu, kita rasa fitnah dan penipuan akan terus-terusan berleluasa seperti yang disumbatkan media Umno kepada massa sekarang iaitu memburukkan masyarakat Selangor dan Pulau Pinang kononnya lebih teruk dan daif daripada yang berada di Sabah, Sarawak dan Pahang.

Namun percayalah, rakyat sudah tidak termakan lagi dengan propaganda bodoh Umno, melainkan yang tinggal percaya hanyalah tegar Umno sendiri yang berada nun di Ulu Tembeling, Charok Bengawan dan Darat Belengu!



Saturday, May 19, 2012

"Sederap bergerak menghadapi Pilihan Raya"

Dengan tema tersebut Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota mendahului kawasan lain bagi mendepani PRU ke 13 ini melalui penganjuran program Himpunan Anak-anak Muda Indera Mahkota pada Sabtu depan iaitu 26 Mei 2012.

Program akan diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Indera Mahkota (PUTRA) Balok, Kuamtan.

Majlis bermula seawal 8.30 pagi bagi pendaftaran peserta.

Pengisian 1 bertajuk “Taujihad Pilihan Raya: Pemuda Menghadapi dan Memenangi PRU” akan disambaikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

Dikuti pembentangan Analisis Praya Pemuda.

Pengisian 2 pula akan disampaikan oleh Timbalan Presiden Anak Ustaz Aris Faizul B Ismail.

Di akhir majlis akan diadakan penyerahan bendera kepada Ketua-ketua Jentera Pemuda Cawangan (JPC) dengan pemberian anugerah penyertaan paling ramai, ucapan penutup.

Progran akan disertai semua jawatankuasa pemuda cawangan, AJK PAS Kawasan serta AJK Dewan-Dewan.





Tuesday, May 15, 2012

Umno perguna kursus Jaip untuk berkempen, propaganda





Sekali lagi Najib dimalukan di London


Dalam masa 300,000 peserta himpunan Bersih 3.0 yang menuntut pembaikan dalam pilihan raya berhadapan lanyakan polis dan kini diburu, sekumpulan warga Malaysia selamba boleh menyorak dan memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam.

Sorakan slogan Bersih bermula apabila Najib mula mengambil tempat di atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.

Selain kelihatan malu dan marah, Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.

"Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

"Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di majlis tersebut.

Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

"Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib.

Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya dalam majlis ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut.

Kita pasti mereka yang hadir dalam majlis berkenaan merupakan bijak pandai yang merupakan aset negara. Mereka berani berhadapan dengan manusia paling ditakuti di Malaysia itu kerana mereka percaya atas dasar demokrasi.

Tahun lalu selepas Bersih 2.0 Najib juga ke London dan beliau juga dimalukan dengan pekikan serta lautan berwarna kuning.

Kita boleh bayangkan nasib mereka yang bersorak di hadapan Najib itu, andainya berlaku di Malaysia.

(Bukti boleh diperolehimelalui video: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=d2WLdhbapSk).

Walaupun reaksi lebih keras pernah ditunjukkan terhadap Anwar, Muhamad Sabu, Salahuddin dan kini Ambiga, pihak keselamatan tidak terdaya mengambil sebarang tindakan!


Hairan, bagaimana boleh percaya Umno perjuang Melayu?



Monday, May 14, 2012

PAS kecewa MPT turunkan bendera

PAS Kawasan Temerloh kesal dengan sikap Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang didakwa mengamalkan ‘double standard’ ketika menurunkan bendera PAS dan Umno di kawasan ini.

Bukan itu saja, MPT juga didakwa berlaku tidak adil iaitu memberikan ruang penerangan kepada partu Umnop dengan sebebas-bebasnya termasuk menyediakan tempat, khemah dan kerusi milik PBT itu.

Yang Dipertua PAS Temerloh Haji Jusoh Darus berkata, ini dapat dibuktikan apabila penceramah Umno seperti Dato’ Dr Hasan Ali, Dato’ Zulkifli Noordin, Zahid Mat Arip, Ummi Hafilda, Gobala dan lain-lain boleh berceramah dengan bebas di padang atau di dewan milik PBT itu.

“Tidak sepatutnya undang-undang penggunaan harta MPT hanya terpakai kepada pembangkang seperti PAS sedangkan bagi Umno dna BN boleh menggunakan hak awam itu dengan bebas,” katanya.

Dalam operasi menurunkan bendera malam minggu baru-baru ini, MPT didakwa telah menurunkan bendera PAS sedangkan bendera Umno (yang dipasang sejak sempena larian Umno) dibiarkan.

Sebelum ini bendera besar PAS yang dipasang di pucak pokok berhampiran dekat Taman Sri Semantan telah diturunkan MPT dengan alasannya pokok ini kepunyaan MPT. Sedangkan, dakwa ahli PAS, bendera Umno dan BN dibiarkan sahaja.

Manakala satu masa dulu Ceramah Bongkar Perdana anjuran Umno telah diadakan di belakang Petronas Taman Sri Semantan (Batu 3) dan kemudahan ceramah disediakan oleh MPT sendiri.

Bagi PAS, sikap membelakangkan keadilan ini tidak sepatutnya belaku kerana orang PAS juga merupakan pembayar cukai dan tidak sepatutnya dibezakan hak dengan Umno.


Bukankah negara ini demokrasi, kalau begitu cara pemikiran dan tindakannya oleh pihak berkuasa maka tidak adalah gunanya pendaftaran parti-parti pembangkang, kerana hanya kelompok Umno saja yang boleh menggunakan segala-galanya.

GAMBAR:
1. Bendera Umno dibiarkan, bendera PAS diturunkan
2. Bukti, MPT menyiapkan kemudahan untuk ceramah Umno
3. Bendera 'gergasi' PAS ini akhirnya diturunkan MPT




Sunday, May 13, 2012

Sekitar Santai Seni Pemuda Bersama Pak Samad di Esplanade Temerloh










Dua gambar, dedahkan cerita sebenar

Daripada banner yang ditayangkan di mana-mana, Umno (baru) cuba mengaitkan perhimpunan ulang tahunnya baru-baru ini dengan agama. Perjuangan Umno mula dikaitkan dengan jihad bagi menarik serta menyuntik semangat orang-orang Melayu.

Ini dibuktikan juga dengan pidato oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memetika ayat-ayat Al Qur-an mengenai persiapan Rasulullah menempuh Perang Tabuk. “Bergeraklah dalam keadaan senang meski dalam keadaan ringan atau berat ke medan perang”.

Selain puluhan ribu yang hadir itu, mereka yang menonton perhimpunan raksasa itu melalui televisyen juga diharap terkesan dengan kempen itu. Bahawa Umno sedang memimpin satu pergerakan jihad.

Namun yang datang itu, semua orang tahu, diupah dan diangkut dengan janji pergi makan angin ke Kuala Lumpur. Sudah tentu tidak terfikir pun pada otak mereka untuk pergi berjihad.

Ada di antaranya pula memang jenis tidak senonoh pun. Sebab itu pelbagai aksi dipertontonkan tanpa disedari mereka diangkut ke majlis yang Umno umumkan sebagai medan jihad itu. Yang berlaku mereka berhibur dan memuaskan hati sesakan-sakannya, memenuhi jemputan makan angin percuma.

Rakan-rakan facebook ramai yang meminta Majlis Fatwa Kebangsan mengeluarkan fatwa tentang pelakuan sumbang dalam majlis anjuran Umno ini. Tetapi kita tahu, mereka tidak akan membuka mulut pun tentang itu. Kita pasti.

Yang mahu kita gambarkan kepada yang masih berlum berpihak atau berparti, sudah sejauh inilah kempen politik ini dibawa mengikut acuan pemerintah. Siapa yang berani menegur atau menegah?



Kalau nak menipupun padan-padanlah...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin memberi jaminan ‘kerugian’ dialami rakyat di negeri dikuasai pembangkang akibat ketiadaan pelaburan asing akan berakhir jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri berkenaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri menegaskan, tiada pelabur berminat memulakan operasi di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat.

Begitulah seperti laporan akhbar di bawah tajuk: PM janji tebus 'kerugian' di negeri pembangkang. Ketika program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana di Shah Alam.

Barangkali sejak menjadi PM beliau belum pernah meneliti laporan-laporan daripada Ketua Audit Negara. Ataupun memang sengaja nak menipu.

Barangkali Najib tidak diberitahu oleh pembantu-pembantunya bahawa negeri yang paling banyak menerima pelaburan ialah Selangor dikuti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Serta Perak sebelum kerajaan Pakatan dirampas oleh Umno-BN dulu.

Bahkan bukan saja pelaburan tertinggi bahkan negeri-negeri Pakatan juga mendapat pujian kerana pentadbiran yang cekap hasil yang banyak dan perbelanjaan yang berhemat.

Sedangkan negeri-negeri di bawah BN menerima kecaman teruk daripada audit kerana pembaziran penyelewengan dan tadbirurus yang teruk. Negeri-negeri di bawah BN lah yang kurang didatangi pelabur.

Umpamanya negeri Pahang.

Pelabur luar liat untuk bertapak di Pahang antaranya ialah kerana penyediaan infrastruktur yang disediakan teruk seperti jalan pengangkutan, elektrik dan bekalan air. Prasarana ini yang pertama pelabur atau pemaju akan tengok. Selepas itu ialah syarat-syarat perjanjian. Kerajaan negeri tampaknya begitu lahap dengan mahukan bayaran, royalti atau hasil pajakan tanah yang tinggi untuk jangka masa yang pendek mahukan untung yang besar.

Selain daripada gagal menarik pelaburan, menurut satu analisis, kerajaan negeri Pahang juga gagal mengembangkan kutipan hasil negeri terutamanya hasil tanah yang tidak setimpal dengan kerancakan pembangunan.

Premium balak pula tidak berpadanan dengan kawasan ditebang, pengurusan sumber air yang lemah menimbulkan masalah kepada rakyat. Manakala anak-anak syarikat kerajaan negeri bawa beban.

Pesisiran pantai kosong tanpa pembangunan pelancongan serta kerajaan gagal memaksimumkan hasil pertanian.

Berbalik kepada ucapan Najib tadi, saya fikir orang Ulu Tembeling, Charok Bengawan atau pedalaman Sabah Sarawak mungkinlah percaya. Tetapi jangan harap warga negara yang celik boleh termakan dengan penipuan Najib.


Thursday, May 10, 2012

Gempar, Cina zaman Yap Ah Loy ditemui!

Akhirnya seorang wanita Cina yang sempat dengan zaman Yap Ah Loy iaitu yang bertanggung jawab membuka ibu kota Kuala Lumpur, ditemui.

Namanya ialah Wong Kwan Moy. Mengikut catatan, beliau lahir pada tahun 1853 dan berasal dari Wilayah Persekutuan. Usianya pada ketika ini ialah 159 tahun dan dijangka merupakan manusia tertua di dunia pada masa ini.

Misteri Wong Kwan Moy ini dapat ditemukan dalam buku daftar pengundi SPR yang terbaru sedang dipamerkan.

Jika diambil daripada sejarah, Yap Ah Loy sempat menyertai Perang Saudara Selangor yang meletus pada tahun 1870. Beliau juga berjaya menguasai kedua-dua terbesar samseng Cina, Hakka didominasi Hai San dan Ghee Hin Hokkien.

Beliau dilantik sebagai Kapitan Cina yang pertama.

Pembangunan dipergiatkan dalam tahun 1890-an, membawa kepada pembentukan Lembaga Sanitari. Kapitan Yap Ah Loy telah membelanjakan sejumlah $ 20,000 untuk memperluaskan akses jalan raya di bandar ketara, menghubungkan lombong bijih timah dengan bandar, jalan-jalan ini termasuk jalan-jalan utama arteri Jalan Ampang, Jalan Pudu dan Jalan Petaling.

Sebagai Kapitan Cina, beliau telah diletak hak dengan kuasa yang luas setanding dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu. Beliau melaksanakan pembaharuan undang-undang dan memperkenalkan langkah-langkah undang-undang baru. Beliau juga akan mempengerusikan mahkamah tuntutan kecil. Dengan pasukan polis yang berjumlah hanya 6, dia mampu untuk menegakkan untuk memerintah undang-undang. Beliau telah membina sebuah penjara yang boleh memuatkan 60 banduan pada bila-bila masa. Kapitan Yap Ah Loy juga membina sekolah pertama di Kuala Lumpur dan sebuah kilang ubi kayu utama di Petaling Street Selangor, Sultan Abdul Samad yang mempunyai kepentingan.

Oleh itu, meletakkan batu asas bagi pemodenan bandar. Pada tahun 1896, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai modal Negeri-negeri yang baru ditubuhkan Negeri-negeri Melayu. [6] Kuala Lumpur modal Malaysia yang moden terutamanya disebabkan oleh sumbangan beliau.
Kematian

Pada akhir tahun 1884, Yap Ah Loy jatuh sakit dengan bronkitis dan abses paru-paru kiri [perlu petikan]. Pada bulan Mac 1885, beliau telah membuat pemulihan sedikit sebelum dia meninggal dunia pada 15 April 1885. Doktor yang diperiksa badan Yap dan kemudiannya mengesahkan bahawa kematiannya adalah sama ada disebabkan oleh kegagalan jantung atau keracunan oleh wasap perbaraan arang. Doktor juga melihat kecerahan yang luar biasa matanya. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kwong Tong besar di KL.

Saya mahu lekas-lekas temui Wong Kwan Moy. Banyak misteri boleh dirungkai, saya mahu dia bercerita lanjut tentang Yap Ah Loy dan situasi Selangor pada masa itu. Dia juga sempat dengan dua pahlawan Pahang, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau yang terlibat secara langsung dalam perang saudara di Selangor.



Wednesday, May 9, 2012

Utuseks sedang buat dosa - Bekas wartawan


Surat terbuka kepada Utusan daripada bekas wartawan Utusan


Saya telah dipecat dari Utusan Melayu (M) Berhad ketika bertugas di akhbar Utusan Malaysia pada 21 April dan ketika menerima berita pemecatan itu saya melakukan solat sunat memohon kepada hadrat Allah SWT memberi hidayah kepada rakan-rakan saya di Utusan Malaysia agar menjadi seorang mukmin dan muslimin yang mematuhi perintah Allah SWT supaya mereka akan dapat menikmati kelazatan hidup sebagai seorang Islam yang patuh kepada perintah Allah SWT dan suruhan Rasululullah.

Namun selepas setahun dipecat dari Utusan Melayu, nampaknya rakan-rakan saya dan juga Ketua Pengarang Utusan Melayu, Aziz Ishak yang saya anggap sebagai mentor dalam dunia kewartawanan tidak berubah langsung, nampaknya Allah SWT tidak memakbulkan doa saya kerana membiarkan rakan-rakan saya terus bergelumang dengan dosa terutama terus membuat fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada sesama manusia, ingatlah rakan-rakanku fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhuatirkan Rasulullah saw.

"Dari Amru bin Auf al-Anshari ra bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke al-Bahrain untuk mengambil jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang dari bahrain dengan membawa harta dan orang-orang Anshar mendengar kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk shalat Subuh dengan Nabi saw. tatkala selesai dan hendak pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda, 'Saya yakin kalian mendengar bahawa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa sesuatu?' Mereka menjawab, 'Betul wahai Rasulullah'. Rasul saw. bersabda, 'Berikanlah kabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka." (HR Bukhari danMuslim).

Tindakan rakan-rakan saya di Utusan Malaysia terus menerus menaburkan fitnah kepada sesama manusia, amat memalukan, apakah yang akan menyedarkan mereka agar tidak berterusan mengumpulkan dosa.

Rakan-rakanku sudah-sudahlah tu membuat dosa dengan menyebarkan fitnah, takkanlah kerana gaji RM4,000.00 hingga RM24,000.000 sebulan kita menggadaikan nasib kita di akhirat dengan membuat pelbagai fitnah.

Apa yang disiarkan sejak setahun lepas oleh Utusan Malaysia semakin tidak bertamadun, seks menjadi keutamaan, fitnah menjadi keutamaan, melindungi kerakusan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menjadi ulam utama dalam setiap berita yang disiarkan.

Bilakah rakan-rakan di Utusan Melayu akan bertaubat, ingatlah rahmat dari Allah SWT itu semakin jauh apabila kita semakin jauh mengingati Allah SWT dan melanggar segala larangannya.

Sudah-sudahlah tu membuat fitnah, berubahlah untuk nasib kita di akhirat nanti, tetapi saya sedar bahawa fitnah memfitnah itu perkara biasa di dalam Utusan Melayu, sesama rakan pun difitnah apatah lagi orang di luar, fitnah itu menjadi makanan dan minuman harian. Cuma harapan saya ingatlah siska kubur dan siksa neraka, azabnya amat pedih sekali.

Yang benar,
Hata Wahari
(Bekas Wartawan Utusan Malaysia dan Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, NUJ Malaysia).

Satu gambar 1,000 makna



Sekarang dapat duit, dah habis duit esok?

'DURIAN RUNTUH', ANTARA REALITI DAN HARAPAN GENERASI KEDUA FELDA

'Durian runtuh' yang diumumkan YAB Perdana Menteri di Felda Jengka 8 hari ini sangat di alu-alukan. Namun tidak memeranjatkan saya. Ia telah dimaklumkan 4 hari yang lalu kepada saya dan telah pun saya sebut dengan tepat dalam kenyataan media saya dan di ulang dalam ceramah-ceramah saya.

Meskipun jumlah 1.689 bilion yang diagihkan kepada 112,635 orang peneroka Felda adalah agak besar, tetapi tidaklah sampai 'peneroka tersandar dalam kejutan' seperti PM katakan sebelum ini di Felda Triang 3, Bera. Ia diberi dalam tiga fasa untuk Peneroka, Penerokawati dan Generasi Kedua. Bonus Khas dua bulan setengah gaji untuk 23 ribu kakitangan Felda sesuatu yang tidak berbaloi dengan pengorbanan mereka lebih 25 tahun berkhidmat dengan Felda.

ANAK tidak pernah menolak sebarang pemberian atau insentif yang mahu diberikan kepada para peneroka. Tetapi biarlah kita berhujah secara matang. Kenapa baru sekarang setelah lebih 55 tahun Felda ditubuhkan?
Adakah ini sandiwara politik kerana bimbang akan senario perubahan sikap warga Felda kepada Barisan Nasional?

Siri-siri saman di Kemahang 3, Gugusan Serting, Bera, Jengka, Maokil dan yang terkini di Gugusan Chini, kawasan Parlimen Pekan; tempat PM sendiri?

Gelombang kebangkitan anak-anak muda Felda dapat disaksikan melalui sokongan mereka bersama program-program ANAK dan ceramah Pakatan Rakyat. Saya yakin ini dalam makluman PM dan membimbangkan beliau. 54 Parlimen yang ada Felda adalah kubu terakhir BN.

Walau bagaimanapun, memandang kehadapan; adakah berbaloi gula-gula one off seperti ini? Berapa lama lagi BN nak bermain politik dengan taktik lama untuk mendodoikan rakyat agar terus menyokong mereka?

Atau; ini dilakukan untuk 'menutup mulut' peneroka agar jangan mempersoalkan keghairahan Kerajaan menyenaraikan Felda Global Venture di Bursa Malaysia?
Penipuan mereka melalui 7 buah Bank iaitu CIMB,BIMB,Maybank, OCBC, Am Islamic Bank, Muamalat dan Affin Bank yang diperalat membiayai pinjaman tawaran saham FGVH sangat ketara. Borang pinjaman yang dikosongkan jumlah pinjaman, interest 5 peratus, borang dalam bahasa Inggeris, tidak ditaklimatkan isi kandungannya dan tidak dinyatakan risiko kerugian seperti 'Surat Tanggung Kerugian' adalah antara penipuan dan pengkhianatan kepada para peneroka!

125 peneroka Felda adalah sebahagian daripada ribuan lagi peneroka yang telah tertipu kerana menandatangani Borang Perjanjian Pinjaman yang mereka tidak tahu apa-apa. Mereka tidak dapat membezakan antara 'durian runtuh' dengan pinjaman saham FGVH. Mereka memfailkan Injunksi di Mahkamah Tinggi Seremban semalam kerana teramat bimbang daripada risiko pinjaman yang boleh sahaja TERGADAI aset mereka.

Perdana Menteri beri jaminan tanah peneroka tidak akan tergadai. Adakah PM tidak membaca hampir 70 mukasurat dalam Borang Pinjaman FGVH yang secara jelas dinyatakan dengan terperinci nasib peneroka jika harga saham merudum dan segala risiko di tanggung Peneroka?

Adakah PM tidak mengambil iktibar nasib Felda Cahaya Baru, Felda Sg Buaya, Felda Labu Johnson dan Sendayan yang hilang tanah mereka dan hidup menderita seperti pepatah ' menang sorak kampung tergadai'?

Mana pergi pemimpin BN tatkala Amanah Saham Negeri-negeri gulung tikar hingga menyebabkan rakyat hilang harta dan diisytiharkan muflis kerana meminjam bank untuk melabur?

Amanah Saham Johor adalah bukti yang amat jelas. Adakah PM, Ahmad Maslan dan Isa Samad boleh beri jaminan bertulis yang saham FGVH tidak rugi sepertimana nasib pelabur Amanah Saham Negeri-negeri dan juga saham-saham lain seperti KUB, BERNAS dsbnya?

PM tidak perlu sebut ' haram jadah' yang di ulang dua kali dalam ucapannya tadi kalau dia rasional. Datuk Ahmad Maslan tidak perlu hentam dan cabar saya seperti diungkapkannya tadi. Kenapa terlalu marah hingga tega memaki hamun di hadapan khalayak ribuan warga Felda. Sebagai pemimpin biarlah ada wawasan. Peneroka Felda sudah ada tanah dan rumah. Untuk survive, telah memadai. Daripada 1.6 juta warga Felda, 65 peratus adalah generasi kedua. Ini tempoh peralihan yang sangat kritikal untuk mereka.

Mana dia halatuju anak muda Felda?

Perumahan mereka, pendapatan yang lebih stabil atau mereka cuma penonton yang melihat para kroni pemimpin BN memunggah kekayaan setiap hari?
Fikir dulu mana rumah Generasi Ke 2 daripada beri peruntukan RM5 ribu baiki rumah untuk masyarakat lain.

Tidakkah kewujudan Techno Plant Sdn adalah untuk tembolok pemimpin Umno?
Sama juga wujudnya Felda Global Venture bagi tujuan memindahkan harta peneroka berbilion ringgit untuk digunakan UMNO/BN bagi PRU 13?

Saya cabar PM umum peruntukan RM1,689 bilion datang dari mana?
Berapa yang kroni bayar kepada Isa Samad, Sabri Ahmad, adik PM Nazir Razak(CIMB)para penasihat umpamanya Omar Ong(Ethos) dan lain-lain?

Mereka ini ibarat Sadeq Sigara dalam Filem 3 Abdul yang membuat untung dengan menipu peneroka... akhirnya peneroka dilelong dengan harga yang murah!

ANAK konsisten dengan perjuangan bagi kehidupan Generasi Kedua Felda. Para cendekiawan, intelektual dan umumnya anak-anak peneroka bersedia untuk menerajui perubahan di Felda. Seharusnya mereka di beri peluang merencana transformsi di Felda.

Kenapa Isa Samad dilantik PM sebagai Pengerusi Felda?
Mana perginya karisma puluhan ribu cerdik pandai anak-anak peneroka?
Tidak layakkah mereka jadi Pengerusi Felda dan memegang jawatan penting dalam Anak-anak Syarikat Felda?

Kenapa semuanya dibolot Isa Samad dan kroni-kroninya?

Seharusnya halatuju Felda diterajui oleh Anak Felda. Penambahbaikan Koperasi Felda, pengendalian kebun peneroka, aktiviti tanam semula, pembangunan infrastruktur, pengembangan Anak-anak Syarikat dll berilah kepercayaan dan amanah ini kepada mereka. Bukan diterajui oleh ' para lanun' yang tidak ada seinci tanah pun di Felda!

Pengumuman PM bukan suatu Transformasi. Sebenarnya beliau dan pemimpin BN lah 'jaguh kampung' yang tidak punya kreativiti strategik. ANAK dan Pakatan Rakyat menawarkan gagasan seperti Buku Jingga yang bersifat menyeluruh untuk tempoh yang panjang. Pengagihan Tanah Felda Plantation, penubuhan Universiti Felda, Kouta penguasaan Anak Peneroka dalam Anak-anak Syarikat Felda; hakikatnya inilah pemikiran global yang menjanjikan kehidupan lebih meyakinkan untuk Anak-anak peneroka Felda.

Bagi saya, pengumuman PM tidak lebih untuk mengekalkan kuasa politik BN di Felda semata-mata. Ia mungkin menyukakan peneroka tetapi amat mengecewakan anak muda Felda. Generasi ke 2 dan ke 3 akan terus termenung panjang memikirkan nasib mereka pada hari-hari mendatang yang kian suram...

MAZLAN ALIMAN
Presiden ANAK

Ulasan
Dr. Rosli Yaakop, 09 Mei 2012

Dari mana Felda ambil wang bayar durian runtuh?

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan di Felda Jengka 8 seramai 112,635 peneroka Felda akan mendapat durian runtuh RM5,000 setiap orang. Isteri mereka – dibayar kemudian – akan juga mendapat RM5,000 se orang. Kemudian, anak-anak mereka akan mendapat RM5,000. Kalau keluarga peneroka mempunyai 5 orang anak, anak-anak mereka akan mendapat RM1,000 se orang. Jumlah kesemuanya RM15,000 bagi se tiap keluarga peneroka. Kalau setiap keluarga mempunyai ahli seramai 7 orang (ayah, ibu dan lima orang anak), maka secara puratanya, mereka akan mendapat RM2,143 seorang. Satu jumlah yang biasa sahaja, tidak memeranjatkan.

Dengan membayar durian runtuh RM15,000 bagi setiap keluarga, Felda akan membelanjakan RM1.69 bilion. Ini bayaran “one-off” yang boleh meringankan beban kewangan peneroka sekadar sementara. Wang itu bolehlah digunakan untuk menampung belanja kenduri kendara, melupuskan hutang atau belanja pergi umrah untuk dua orang. Bagi peneroka yang cermat, bolehlah meningkatkan tabungan. Namun, majoriti peneroka yang menerima bayaran “one-off” ini akan membelanjakan wang ini untuk penggunaan, bukan pelaburan. Maklumlah, ini “rezeki terpijak.”

Tentu rasa sayang peneroka kepada kerajaan UMNO-BN terus bersemarak, maklumlah ini kali pertama dalam 55 tahun sejarah Felda, peneroka mendapat wang tunai yang begitu besar, walaupun pada hakikatnya, nilai wang ini tidak seberapa dalam ukuran sekarang. Satu ekar tanah di Felda sekarang sudah berpuluh ribu malah dalam ratusan ribu harganya. Undi mereka sudah dibeli dengan harga murah (demolition price) dan Perdana Menteri cukup yakin, majoriti peneroka akan terus mengundi UMNO-BN di dalam PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sekarang, besar kemungkinan dalam bulan Jun ini. Dengan bayaran ini, UMNO-BN mengharapkan 58 kerusi yang menjadi simpanan tetapnya akan terselamat dari disambar Pakatan Rakyat.

Dari manakah datangnya wang sebanyak RM1.69 bilion yang akan ditaburkan kepada peneroka itu?

Felda Global Ventures Holdings Berhad akan mengapungkan 2,188,890,900 unit saham di Bursa Malaysia pada harga Tawaran Awam Awal - TAA (Initial Public Offer – IPO) RM4.65 se saham. Ini bermakana, ia akan menjana RM10.18 bilion. Dari jumlah ini, Felda akan mendapat RM5.62 billion. Ini kerana sebahagian besar, iaitu, 1,208,890,900 unit saham adalah milik Felda. FGVHB akan hanya menjana RM4.56 bilion dari pengapongkan saham ini. Jumlah ini relatif kecil untuk bercatur di dalam perniagaan peringkat global. Lagi pun, sebahagian besarnya akan diguna untuk membayar hutang dan kos penanaman semula.

Dengan melupuskan kesemua kepentingannya kepada FGVHB, Felda Badan Berkanun hanya mendapat RM5.65 bilion. Dari jumlah ini, RM1.69 bilion akan dibelanjakan untuk membayar RM15,000 durian runtuh kepada setiap keluarga peneroka. Baki yang ada pada Felda BB hanyalah RM3.96 bilion. Harus diingat bahawa Felda BB berbelanja kira-kira RM2 bilion setahun. Wang yang baki itu hanya cukup untuk menampong perbelanjaan 2 tahun. Selepas itu, wang pembayar cukai perlu disuntikkan kembali kepada Felda BB.

Harta yang dilupuskan kepada FGVHB adalah harta peneroka. Ia akhirnya akan dipindah milik, melalui jual beli saham di pasaran, kepada pelabur-pelabur bukan peneroka termasuklah taukeh-taukeh besar dan pelabur-pelabur asing yang memang sudah sedia kaya. Maknanya, yang dijual adalah harta peneroka. Oleh itu, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya. Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri.

Siapakah yang sebenarnya mendapat untung besar dari pengapongan saham FGVHB?

Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%. Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negera dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu, diskaun 20.5%. Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham. Ketika itu, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang.

Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI, majoritinya kroni pemerintah dan penama UMNO, bakal mengaut untung besar. Golongan pelabur terpilih ini diperuntukkan 419,537,000 unit saham atau 11.5% dari jumlah saham yang diapongkan. Mereka, sebagai satu kumpulan, membeli saham ini pada harga RM1,950,847,050 (pada harga RM4.65 se saham). Jika harga naik ke RM5.85 sesaham (+RM1.20), mereka sudah mendapat untung RM503 juta. Kalau harga naik sebanyak RM2.40 (ke RM7.05 sesaham), golongan pelabur Bumiputera terpilih ini akan untung RM1 bilion. Ini tidak mustahil. Pembiayaan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana disediakan oleh bank-bank. Pembeli saham pun tidak menjadi masalah kerana badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, PNB dan lain-lain sudah sedia untuk membeli dari mereka. Inilah dana PRU13 untuk UMNO.

Bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham. Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak. Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam.

Tuesday, May 8, 2012

Apabila penjenayah panggil ulamak bapak segala kafir

Bekas penjenayah Tan Sri Abdul Rahim Noor dengan beraninya meletupkan perisytiharannya kepada Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat "Nik Aziz is father of kafir”, atau dengan kata lain ‘bapa segala kafir’ dalam tajuk utama akhbar Umno New Straits Times hari ini.

Tidak pasti sama ada bekas Ketua Polis Negara ini faham atau tidak dengan pengertian Kafir dan segala implikasinya, kerana perkataan tersebut daripada kalimah Arab. Tuduhan itu terlampau berat sebenarnya, dan tidak mungkin sanggup dikeluarkan oleh mulut orang-orang yang memahami.

Rahim yang pernah dipenjara kerana membelasah Timbalan Perdana Menteri dipecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di lokap sehingga setengah mati (peristiwa 20 September 1998 itu membawa kepada mata lebam) memberi gelaran kafir tersebut setelah katanya Nik Aziz mempertahankan mereka yang menyertai perhimpunan raksasa 28 April untuk reformasi pilihan raya di Kuala Lumpur yang lalu.

Nik Aziz memberi respons terhadap kenyataan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis yang mengisytiharkan demonstrasi anti-kerajaan sebagai haram.

Seingat saya, sejahat-jahat PAS tidak pernah menuding jari terus kepada individu menghukumkannya kafir. Tetapi Rahim ini lain sedikit, keberaniannya luar biasa. Isu kafir mengkafir sudah berlalu, walaupun pernah dijadikan modal politik Umno bagi memenangi PRU sejak beberapa dekad yang lalu. Tetapi tuduhan bapa segala kafir oleh Rahim ini dalam versi yang lain pula.

Saya fikir umat Islam apa lagi pendokong PAS tentulah terkejut dan marah dengan kenyataan Rahim itu. Saya kira polemik ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Ini episod baru dalam politik menjelang PRU ini.

Walaubagaimanapun penyokong Umno pula saya fikir tentu bergembira!

Sunday, May 6, 2012

Sumber Umno: Bubar 14 Mei, Undi 9 Jun

Hari ini saya mendapat satu lagi mesej berbunyi begini:

PRU 13
Bubar parlimen: Isnin 14 Mei
Penamaan calon: Sabtu 26 Mei
Hari mengundi: Sabtu 9 Jun

Mesej tersebut mendakwa sumber daripada Umno, PWTC.

Kasihan rakyat Malaysia, hari peristiwa sepenting inipun, iaitu untuk menentukan masa depan negara, 28 juta rakyat masih terpaksa bermain teka-teki hanya kerana menurutkan kepala seorang pemimpin.

Tidak boleh dibayangkan, apakah nilainya rakyat negara ini di sisi pemimpin sehingga untuk mengetahui tarikh memilih pemimpin pun terpaksa dirahsiakan seperti rahsia rumah tangga dan peribadi.

Apakah Majlis Fatwa tidak mahu membuat fatwa dalam kes ini?

Saturday, May 5, 2012

Beza berhimpun Umno himpun Bersih

Sebagai sebuah negara demokrasi, kita menyokong perhimpunan raksaksa Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei ini bagi menunjukkan kekuatan parti itu.

Kerana kebebasan berhimpun dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan.

Cuma rakyat ingin melihat beberapa perkara sempena himpunan tersebut:

- Adakah sekatan jalan raya oleh polis untuk masuk ke Kuala Lumpur?

- Adakah meriam air atau water canon bersama polis memegang canister gas pemedih mata, atau membelasah rakyat?

- Akan adakah ribuan polis yang menyamar menjadi peserta?

- Akan berlakukah provokasi bagi menghuru-harakan perhimpunan?

- Akan adakah kereta polis yang akan meluru melanggar rakyat?

- Akan masuk televisyenkah beberapa orang peniaga mengatakan mereka tak dapat satu sen duit meniaga hari itu?

- Daripada manakah dana yang diambil bagi perbelanjaan perayaan selama 13 hari itu?


Bukan apa, kita tidak mahu dua set undang-undang, atau pelaksanaan yang berbeza terhadap warga tanah air ini. Kenapakah mesti ada perbezaan hak sesama rakyat?


Durian runtuh duit peneroka, ambillah

Mewakili Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), saya mengalu-alukan pengumuman 'Durian Runtuh' oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mei ini di Felda Jengka 8, Pahang. Meskipun sebelum ini PM menyebut jumlahnya boleh menyebabkan peneroka 'tersandar dalam kejutan'; tetapi apabila dimaklumkan jumlahnya kepada saya, ianya tidak memeranjatkan.

Saya mendapat maklumat dari sumber yang sangat dipercayai, jumlah 'durian runtuh' tersebut sekitar RM15,000 sahaja. Seluruh peneroka Felda seramai 112,635 orang akan memperolehinya. Soal dimana PM mendapatkan sumber kewangan tersebut, ia faktor lain. Yang pasti, janji mesti ditepati.

Selaras dengan kenyataan ini, penyebaran puluhan ribu risalah dan ribuan kain2 rentang seluruh 317 Tanah Rancangan Felda kononnya ANAK menolak 'durian runtuh' adalah tidak benar samasekali. Ini perang saraf pihak lawan untuk melaga-lagakan ANAK dengan warga Felda agar timbul suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Apa hak ANAK untuk menghasut peneroka jangan terima 'Durian runtuh'?

Walaupun ia di umum PM, tapi ia duit peneroka. Kenapa harus ditolak?

Yang ditentang oleh ANAK adalah penyenaraian Felda Global Venture Holding di Bursa Malaysia dan pengeluaran Borang Pinjaman Saham oleh 7 buah Bank iaitu Maybank, CIMB, OCBC, BIMB, Bank Muamalat, Affin Bank dan Ambank. Ia berbeza dengan 'Durian Runtuh'.

Hakikatnya, pemberian 'Durian runtuh' adalah isyarat kejayaan perjuangan ANAK dan Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting di Felda. Isu Kadar Perahan Gred, Wang Tanam Semula, penyelenggaraan kebun, nasib generasi Kedua dan Kos Tanam Semula yang diperjuangkan telah memberi tekanan kuat pada Kerajaan. Tindakan saman tanpa henti kepada Felda barangkali menggusarkan Kerajaan BN yang selama ini menganggap pengundi Felda adalah 'Simpanan Tetap' mereka.

PM mulai takut dengan gelombang di Felda. 54 kawasan parlimen Felda pada PRU 12, hanya 4 sahaja iaitu Sik, Pendang, Padang Terap dan Baling yang di menangi pembangkang. Apakah senario ini dijangka berubah pada PRU 13?

Justeru bagi ANAK, RM15 ribu'Durian Runtuh' kalaupun dapat lepas 8 Mei ini; masih terlalu kecil. Ia tidak padan dengan riuh rendah dan gegak gempita yang berkumandang di sana sini. Patutnya RM30 ribu seorang peneroka mengikut logik ANAK.

Pada masa yang sama, ANAK akan menganjurkan Himpunan Perdana Perisytiharan Tawaran Istimewa buat Generasi Kedua Felda pada 6 Mei ini di Dataran Jengka 20 mulai 9.00 malam. Ia merupakan lanjutan daripada resolusi Konvensyen Halatuju Felda 22 April lalu. Tawaran ini khusus buat Generasi Kedua yang ketika ini kehidupan mereka terawang-awang. Beberapa tokoh utama negara akan hadir. Seluruh Warga Felda dijemput hadir.

ANAK juga telah menghantar surat resmi kepada PM untuk bertemu bagi menyerahkan resolusi Konvensyen Halatuju Felda. Adalah diharapkan kesudian PM untuk bertemu dengan Jawatankuasa Gerakan Selamatkan Felda yang ketika ini menaungi 30 Ngo berkaitan.


' MENERAJUI PERUBAHAN'


MAZLAN ALIMAN
Presiden ANAK
0137130103


Friday, May 4, 2012

Saya malu, bukan Islam pertikai mainan seks Umno

Kami sendiri cukup hairan entah apakah yang ada di dalam kepala hotak editor di Utusan yang begitu gemar memainkan isu seks, lucah dan porno sebagai fitnah politik. Kita kesal kerana lidah rasmi Umno dibaca daripada pelajar-pelajar yang baru pandai membaca kerana dilanggan di perpustakaan sekolah.

Tidak terlintas sedikitpunkah akan kesan gejala sosial pada masa akan datang? Tidak insafkah dengan kes-kes sosial yang sudah sedia menggerunkan pada masa ini?

Kini bukan Islam pula mempertikaikan cara lidah rasmi Umno itu yang bukan main kecur dan bernafsu lagi memainkan isu jijik, yang tidak sanggup disiarkan oleh akhbar Cina dan India sekalipun.

Betapa bahayanya jika mereka menganggap lidah rasmi itu sebagai sumber kerajaan, selama ini mereka menyimpulkan bahawa kerajaan yang memerintah menjaga Islam. Apabila pihak yang dianggap memelihara Islam itu sendiri tidak henti-henti memainkan isu seks, tidakkah akhirnya tindakan meletakkan seks sebagai propaganda itu sebagai dibenarkan Islam? Na'uzubillah. Tidakkah akhirnya mengsekskan pemikiran pembaca itu sendiri memburukkan Islam yang suci?

Apakah Umno tidak pernah terfikir semua itu? Di mana menteri Agama, ulamak dan para mufti Umno? Kenapa dibiarkan lidah rasmi Umno melakukan mungkar terang-terangan?

Apakah ini salah satu daripada tranformasi wasatiyyah yang di laung-laungkan Menteri Wanita Najib Razak selama ini?

Di lama facebook, sudah ada bukan Islam yang mempertikaikan cara lidah rasmi Umno itu mencari faedah politik kerana mereka tidak senang, tidak selesa dan malu dengan perbuatan Melayu Umno di Utusan.

Berikut sebahagian petikannya.


Lawrence Lau
Dengan hentaman bertubi-tubi, tanpa batasan menyiarkan berita seks, seks, seks dan seks, sebagai Non Muslim, saya ingin tahu adakah Editorial Board Utusan Melayu itu Malayu Kafir atau Melayu Islam, kerana saya tidak nampak nilai murni seorang Malayu mahupun seorang Islam!!!


Ahmad Redza Yang ada nilai nak menang tidak kira apa cara digunakan...:(

Lawrence Lau orang debat, lawan atas dasar dan kepedulian Rakyat,kapala hotak depa hanya dipenuhi seks!


Nor Sumida Haron Mereka menghalalkan cara untuk terus mendokong pemerintah bacul.


Ahmad Redza Mereka kalau debat pasal dasar ataupun rakyat mesti kalah, sebab tu pakai seks3

Lawrence Lau tu lah dia, tidak peduli juga pengaruh negatif kepada pembaca anak muda...SIAL Utusan Meloya!

Illa Nur
memang sial pun...

Richard Skin Chua Desperado..!! Ni yg orang kata dah takda modal..! Balik2 seks! At least bagi ler citer lain sket.. Baru best baca kan? Keboringan cerita mereka sama dgn keboringan cara mereka memerintah negara ini.. yawnn..!! ZZZZzzzzzzz..!

Lawrence Lau hahaha...bro, ko lebih minat kalau ada cerita terperinci kan? bila mai tempat aku?

Hanafi Halim Itulah yg ada dlm kepala mereka selalunya...seks

Morvollo Shiny Tan oleh kerana kotor, sebab itulah kita mahu BERSIH BERSIH kan selalu....

Christina J. Lim Mmg seks topik utama n hangat. Bukan ker melayu jenis ni suka main kau tiga simpan perempuan sini sana? Isteri trofi sini sana? Pastu ckp org wat fitnah. Melayu ni b bkn melayu kafir,, bkn melayu Islam...tp melayu meloya, melayu bangsat, melayu me-layu. Melayu jenis ni lbh baik pupus semuanya.

Thursday, May 3, 2012

Al-Fatihah: Artis yang baru sertai PAS, Bob Kuman meninggal dunia


Sinar Harian

SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.

Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.

Menurut Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Hishamuddin hilang kawalan terhadap polis

Saya agak hairan kenapa media arus perdana dan lidah rasmi Umno begitu cepat menghentikan mainan cerita-cerita daripada Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Melihat kepada berita yang dispin melalui media berkenaan, seperti himpunan-himpunan yang lalu, paling tidak seminggu atau dua minggu lidah rasmi Umno itu akan memutarbelitkan isu untuk meraih sokongan.

Rupa-rupanya mereka diarahkan untuk menghentikan segera daripada mainan isu berkaitan berikutan tidak tertahan dengan pendedahan media baru dengan aksi-aksi sebenar insiden yang dipaparkan. Demikian itu tidak menguntungkan mereka.

Betul, ramai cai-cai Umno yang begitu bernafsu mempertahankan tindakan polis terhadap warganegara Malaysia yang berhimpun menuntut keadilan. Namun think-tank Umno sendiri tidak percaya dengan keyakinan orang ramai.

Lidah rasmi Umno Utuseks Malaysia sudah memainkan isu lucah dan porno semalam, hanya tiga hari selepas Himpunan Bersih 3.0. Tetapi kita tidak mahu isu keganasan polis terhadap rakyat dihentikan menurut rentak Umno.

Kezaliman dan keganasan sebuah institusi kerajaan yang dilagakan atau ditembungkan dengan rakyat mesti disebarkan sehingga ditonton oleh setiap biji mata rakyat negara ini. Biar mereka tahu.

Harakah keluaran terbaru ada menyiarkan gambar Hishamuddin sedang meneropong aksi polis menangani peserta Bersih. Caption kepda gambar tersebut ialah beliau selepas itu turun lalu mengucapkan tahniah kepada polis. Kenyataan kepada media eliau beberapa jam selepas itu ialah menyalahkan peserta walaupun siasatan belum dibuat.

Lihat alamat ini:

http://www.youtube.com/watch?v=V41QuWVyGxg

Alamat video di atas ialah bagaimana polis berlaku biadab memasuki kawasan masjid lalu membelasah umat Islam yang mahu beribadat. Saksikanlah.

Ketika itu waktu azan. Ia bermakna kurang lebih jam 4.30 petang. Waktu itu penganjur Bersih sudah memaklumkan untuk bersurai dan ketika itu umat Islam mahu menunaikan Solat Asar.

Tetapi apa yang terjadi gerombolan polis yang difahamkan menurut saksi mungkin masih dalam latihan (kerana tiada nombor tag di baju) menerpa masuk membelasah umat Islam tanpa menghormati rumah Allah.

Kita percaya cai-cai Umno akan tetap mempertahankan tindakan mereka. Lalu kita tidak harapkan hati mereka berpaling. Yang penting rakyat Malaysia melihat kebenaran.

Lebih penting sekitar 75 peratus golongan muda yang menyertai Bersih tempoh hari tidak berdiam diri sebaliknya bingkas menyedarkan rakan sebaya mereka untuk bertindak apa yang sepatutnya mereka lakukan!



Tuesday, May 1, 2012

Hishamuddin juga perlu disiasat

Jika benar-benar mahukan keadilan total, Datuk Seri Hishamuddin juga perlu disiasat oleh badan bebas berikutan banyak laporan polis yang mengganas dalam Himpunan Bersih 3.0.

Menteri yang sepatutnya menjaga keselamatan itu perlu menjawap mengapa ada ramai polis yang menyelinap masuk di kalangan ratusan ribu dengan berlakon menjadi peserta himpunan, tetapi dalam banyak adegan polis dari Cawangan Khas atau lain-lain unit itulah yang melakukan provokasi.

Umpamanya dalam peristiwa polis melanggar rakyat hingga mati berhampiran Sogo, banyak pihak mendapati ada individu yang menyepak kereta mula-mula itu ialah polis. Cermin kereta pun dipecahkan oleh polis. Kemudian polis juga yang menyelamatkan pemandu kereta polis yang merempuh orang awam itu.

Unit Amal juga membuat perakuan mereka tidak merempuh benteng polis, tetapi yang memulakannya dipercayai kalangan polis sendiri bagi memperlihatkan himpunan yang dirancang aman itu dilihat ganas.

Penganjur Himpunan juga sudah mengarahkan bersurai lebih kurang jam 4.30 petang. Siapakah pula yang terus-terusan melakukan provokasi sehingga ke malam? Siapa yang begitu profesional boleh menggunting kawat duri di Dataran Merdeka?

Jadi umum hanya mengetahui keganasan tanpa perikemanusiaan oleh polis yang melepaskan gas pemedih mata dan meriam melepaskan hujan kimia. Tetapi yang lebih penting ialah kalangan polis yang memakai baju Bersih yang melakukan provokasi di kalangan ratusan ribu itu.

Hari ini pihak media juga pertama kali mengutuk keganasan polis. Tetapi itu polis beruniform, bagaimana yang menyelinap masuk dan berlakon?

Jika diminta bukti memang sukar, tetapi dengarlah daripada peserta himpunan. Kerana mereka pasti yang melakukan provokasi itu bukan di kalangan mereka.

Lalu Hishamuddin perlu menjawap adakah menghantar polis melakukan provokasi itu merupakan SOP. Apakah cara melayan rakyat dalam himpunan tersebut SOP Kementerian Keselamatan Dalam Negeri?

Jika mahu siasat, jangan Ambiga dan Anwar saja. Itu namanya untuk mencari populariti politik kerana dua nama tersebut sudah begitu banyak difitnah.

Siasatlah lagi lain-lain pemimpin seperti Pak Samad dan Mohd Sabu. Kadir Sheikh Fadzir ada, Aishah pun ada. Siasat juga semua 300,000 yang hadir. Mereka dating bukan untuk merusuh melainkan mahu menuntut keadilan dan kebenaran dalam sistem pilihan raya yang kotor di mana kerajaan hanya memekakkan telinga.

Setakat ini himpunan Bersih hanya diadili oleh mahkamah media lidah rasmi Umno dengan hakim-hakimnya terdiri daripada menteri-menteri Umno.

Sekali lagi jangan lupa, Anak Hussein Onn juga perlu disiasat kerana tindakan polis rata-rata dikatakan di luar batas undang-undang dan kemanusiaan!