Friday, August 23, 2019

Zakir Naik: Ramasamy kecewa, netizen hambur balik

Keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  untuk tidak menghantar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik pulang ke India., disambut dengan kecewa oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP itu memberitahu, beliau kecewa dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.


“Mahathir adalah Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia, beliau harus bertindak terhadap Zakir Naik.”

Semalam, Perdana Menteri memberitahu beliau tetap dengan pendiriannya bahawa penceramah tersebut tidak akan dihantar pulang ke India.  

Namun reaksi Ramasamy itu mendapat kecaman oleh hampir keseluruhan netizen yang memberi komen.

Antara lain ada yang menulis sepatutnya kerajaan Malaysia menghantar pulang keturunan India di sini yg tidak boleh menerima cara hidup di negara ini dan ketaatan mereka kepada India.

“Kami lagi kecewa terhadap kamu. Mengaku rakyat malaysia. Bahasa malaysia entah pandai atau tidak. Negara india tetap jadi ikutan,” tulis satu komen yang lain pula.

Isu Zakir Naik, yang juga merupakan pakar perbandingan menjadi hangat sejak beberapa minggu ini selepas beliau menyampai ucapan di Kelantan.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Zakir Naik berpidato, malah ucapannya dengan mudah boleh didapati di laman Youtube. Namun apabila ia diapi-apikan oleh beberapa orang menteri keturunan India dari DAP, ia menjadi semakin panas sehingga beberapa laporan polis dibuat.

Ada juga yang menyalahkan pihak berkuasa agama seperti JAKIM di negara ini dan menterinya yang lebih asyik berfalsafah seperti wasatiyyah, rahmatan lil alamin, sedangkan ghuzwatul fikri musuh-musuh Islam semakin ke hadapan. Mana ghuzwatul fikri dari pihak Islam kerajaan?

Malah, amaran pula yang diberi kepada umat Islam supaya jangan mempolitikkan agama. Sedangkan pihak bukan Islam sedang menggunakan kuasa politik yang mereka ada untuk menghimpit isu-isu Islam.

Ini terbukti dalam banyak isu sejak muncul Malaysia Baharu ini.

Ketua Polis Negara (KPN) diminta lebih menangani masalah pemimpin yg menghasut rakyat dan yang suka menimbulkan kegusaran rakyat tentang isu-isu yang tidak sepatutnya mereka timbulkan.

Khabarnya, kaum India akan berkumpul di Brickfield pada Sabtu antaranya bagi menyemarakkan lagi isu Zakir Naik ini.



No comments:

Post a Comment