Kisah hambatan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia yang
didominasi DAP dan nasib pendakwah bertaraf antarabangsa Dr Zakir Naik di
negara ini, turut mencuit pendakwah terkenal berketurunan Cina, Ebit Liew.
Dalam posting di laman facebook miliknya, beliau
merakamkan rasa sebak yang tidak terhingga dengan nasib pakar dalam
perbandingan agama yang bertaraf penduduk tetap itu, yang difitnah dan diburu.
Terkini, beliau dilarang berucap di beberapa negeri.
“Malam-malam sebak doakan Dr Zakir Naik. Saya sangat
sayang dan hormat pada beliau yang kuat berdakwah siang malam. Penat berhabisan
dakwah ke sana sini. Berat ujiannya. Diancam dan disusahkan di negara sendiri
kerana dakwah. Kini rahmat Allah, beliau berada di negara kita. Allah tidak
berhajat kepada sesiapa. Maha suci Allah kita berhajat pada rahmat dan kasih
sayang Allah.”
Benarlah kata nabi bahawa ulamak yang benar adalah yang
sangat dibenci dan dimusuhi orang kafir.
Ebit mengakui ketrampilan Dr Zakir dalam usaha-usaha
dakwahnya sehingga beliau sendiri tidak mampu melakukannya.
“Jadilah pembantu agama Allah. Kita terhutang budi
padanya kerana beliau menjalankan dakwah Islam pada semua. Saya tak mampu buat
sepertinya. Dakwah tanggungjawab kita semua. Mengajak kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran merupakan satu perintah Allah yang sangat besar. Kebaikan
terbesar ialah Laa ilaha ilallah. Maksiat terbesar mensyirikkannya. Tidak kenal
tuhan.
“Ya Allah jagakanlah beliau dan keluarganya.”
Yang memusuhi Dr Zakir bukan sebarangan, malahan yang
bertaraf menteri. Kerana taksub, mereka terlupa kedudukan mereka yang
sepatutnya menjadi pelindung kepada rakyat. Bahkan ada seorang Exco wanita yang
beragama Islam, meminta Dr Zakir agar meninggal negara ini!
Dr Zakir bukan penjenayah, bukan ekstrimis agama dan
bukan juga pelarian mahupun pendatang haram. Kenapa takut? Hanyalah kenana
mampu berhujang dan bernas berdasarkan nas aqli dan naqli. Sepatutnya hujah
ditangkis dengan hujan, bukan menggunakan kekuasaan atau pengaruh yang ada.
“Ya Allah berilah hidayah pada menteri dan musuh-musuh
yang menentangnya. Sedih luka hati bila orang Islam yang diberi kuasa ada yang
suruh beliau balik. Janganlah pernah mengusir orang berdakwah. Dan jangan
halang kerja dakwah atau ceramah mengajak pada Allah dengan bukti yang jelas
dan nyata. Yang menyeru kepada Allah siang malam.”
“Jadilah pembantu agama Allah. Takutlah azab dan
kemurkaan Allah. Lihatlah sejarah dulu buat yang membantu agama Allah dan yang
menentangnya. Tiadalah yang lebih besar dan lebih utama lebih dari redha Allah.
Dialah Raja dan Pemilik segala-galanya. Allah Maha Berkuasa”.
No comments:
Post a Comment