Shukri memuatnaik gambar beliau dalam satu majlis dialog berkaitan Lynas |
Seorang aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga
bekas calon parti berkenaan pada PRU 13 di Dun Kemayan, Mohd Shukri Ramli, menuduh
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, sebagai tidak konsisten dalam isu Lynas
Malaysia Sdn Bhd (Lynas) yang beroperasi
di Gebeng.
Beliau yang mendakwa antara orang terawal
memperjuangkan isu operasi Lynas ini, menyindir Fuziah seolah-olah tidak berani
lagi bersuara sebagaimana dakwaannya tentang bahaya nadir bumi (rare earth)
ketika mula diangkat menjadi Ahli Parlimen Kuantan dahulu.
Dalam status facebooknya yang diberi tajuk: MEMO KHAS
UTK AHLI PARLIMEN KUANTAN, beliau dengan pedas menyindir bahawa Fuziah kini
takut menyuaratkan isu rakyat itu setelah ditabalkan menjadi timbalan menteri.
“Saya ingat bila tukar kerajaan maka lagi mudah YB bersuara
pertahankan rakyat, tetapi indah khabar dari rupa. YB kini dok sibuk back up Lynas
pulak. Ada loan dari Jepun (bon samurai). Soalnya kenapa tiba-tiba pula YB takut
nak perjuangkan isu ini? so, kalau YB tak berani lagi nak berjuang kerana
menjaga periuk nasi YB so biarkan sy terjah isu nih.
“Sebab saya malu kepada kawan-kawan di Kuantan, seolah-olah
fakta-fakta yang YB dok jaja selama ni dah tiada nilai, jadi auta jer. Ingat, YB
kata impak radioaktif rare earth ni akan terkesan 20-30 tahun akan datang. tapi
sanggup YB perjudikan nasib warga kuantan bila sudah ada kedudukan... sampai
hati,” tulisnya.
Shukri yang juga dikenali sebagai bloger Cucu Mat Kilau
(CMK) di sekitar negeri ini, adalah antara tenaga awal pencetus reformasi pada
1998 membela Anwar Ibrahim.
“Saya antara orang terawal yang bangkit menentang Lynas
dulu. Sanggup kena pukul, kena sembur water canon, kena tangkap, berpeluh
berhujan dan mcm2 lagi.
“Katanya 20-30 tahun impak radioaktif dari kilang Lynas
akan menimpa orang-orang Kuantan. So, ni baru berapa tahun dah setuju pulak? Letih
macam nih. Masa di luar kerajaan lawan tetap lawan, tapi bila dah jadi kerajaan,
biarkan oh biarkan. Habis tu cerita selama ni tentang Lynas fakta atau auta?
“Macam-macam alasan pulak yer nak halalkan operasi Lynas
nih. Benarlah kata sahabat Umno, YB gunakan isu Lynas ni untuk menagih undi
simpati rakyat terutamanya kaum Cina. Saya tolak semua tu dan anggap YB,”
tulisnya.
Sementara itu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak dalam facebooknya mendakwa, Fuziah tidak jujur ketika memberi alasan
mengapa operasi Lynas masih diteruskan sehingga kini iaitu kerajaan PH telah
menerima bayaran RM175 juta dari Lynas baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment