Naskhah Perlembagaan PKM menggunakan tulisan jawi ditemukan
oleh seorang bekas Penolong Pengarah Pendidikan di Pahang.
Ertinya, tulisan jawi telah banyak memberi jasa dalam
medium pendidikan dan penerangan termasuk digunakan oleh orang-orang Cina.
Selepas PKM diharamkan oleh kerajaan Malaya bersama
parti lain seperti PKMM, anggota-anggota kumpulan berkenaan menjalankan
aktiviti subversif melalui cara gerila yang berpusat di hutan.
Beberapa pimpinan PKMM dan tokoh nasionalis telah
memilih untuk menyertai PKM kerana kumpulan tersebut telah sedia memiliki
senjata api yang berpusat di Temerloh. Ketika itulah perjuangan komunis
berusaha mendapatkan sokongan orang-orang Melayu di kampung-kampung.
Barangkali penentang-penentang tulisan jawi daripada
DAP serta pertubuhan-pertubuhan
pendidikan Cina tidak menelusuri sejarah.
Justeru cadangan pembelajaran dan khat jawi oleh
Kementerian Pendidikan tidak sewajarnya disambut dengan hembusan perkauman atau
rasis bahkan tulisan jawi berupaya menjadi wahana perpaduan.
No comments:
Post a Comment