Cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat
rasional dan relevan pada ketika ini dilaksanakan kerajaan bagi mengendurkan
ketegangan yang berlaku sehari dua ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman dalam Twitter
milik persatuan berkenaan mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) supaya mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik
produk.
Ini bukan rasis, tetapi bagi menjernihkan isu sebenar
supaya jelas di mana duduk perkara.
Maamor berkata, sebagai contoh, jika produk itu
dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam, Jakim perlu mengeluarkan Sijil Halal
dalam tulisan Jawi.
Begitu juga jika produk berkenaan dikeluarkan oleh
syarikat Cina dan India, maka Sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin
dan Tamil, bukan tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.
Ini tegas beliau sebagai tanda akur PPIM berhubung
penolakan tulisan Jawi oleh persatuan Cina, Dong Zong bagi pelaksanaan dalam
kurikulum sekolah tahun depan.
Ini isu yang cuba dibangkitkan oleh pelampau-pelampau
pendidikan Cina. Mereka tidak mahu tulisan diajar, namun apa yang mereka tidak
faham ialah di sana ada kelompok usahawan Cina yang telah berpuluh tahun
menggunakan tulisan jawi bagi memasarkan produk mereka.
Barangkali, di sinilah yang Dong Zong tidak sedar.
“Mereka (Dong Zong) tak nak Jawi, okey. Kita boleh
terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk
keluarga bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.
“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut
keuntungan atas kuasa membeli dalam kalangan orang Melayu dan Islam secara
mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi.
“Ini tidak patut. Kalau betul-betul bencikan tulisan
Jawi, jangan pakai, walaupun pada produk mereka,” katanya kepada media pada
majlis kempen membeli akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo di Kuala Lumpur kelmarin.
Dr. Maamor turut memberi contoh seperti makanan segera
roti pau yang menggunakan nama Melayu, sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan
Islam.
Jelas beliau, tujuan pemilik menggunakan jenama Melayu
dan nama Islamik kerana untuk mengelirukan pembeli Islam kononnya makanan itu
halal.
“Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama
orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.
“Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih
berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya.
Pemimpin-pemimpin Melayu yang berada di sebelah
kerajaan pun patut sedar, bahawa makanan buatan orang Islam sendiri adalah
bersifat fardhu kifayah hukumnya. Usahawan-usahawan Melayu juga patut sedar dan
bekerja serta bekerjasama ke arah itu.
Teringat kita sekitar dua tiga dekad dahulu di mana
jamaah Ar-Arqam pernah mengusahakan produk-produk makanan. Namun mungkin kerana
tiada sokongan tertutama daripada pihak kerajaan ketika itu, akhirnya banyak
perusahaan mereka terkubur.
Kita harap dengan tercetusnya isu tulisan jawi ini, membangkitkan
kesedaran baharu orang Melayu danjuga umat Islam untuk bersatu dalam ekonomi,
tanpa mempedulikan anutan politik masing-masing.
No comments:
Post a Comment