Thursday, August 15, 2019

Tauke Cina disaran jangan bubuh tulisan jawi pada produk mereka

Cadangan dan pandangan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar bagi menangani kemelut dan kontroversi isu pembelajaran tulisan jawi, bolehlah dianggap tepat pada masanya.

Barangkali ini sahaja peluang yang dapat mengajar pembenci-pembenci tulisan jawi di mana tinggi rendahnya langit. Sekali gus, dapat menyedarkan kira-kira 60 peratus, atau sekitar 20 juta pembeli-pembeli Melayu dan Muslim betapa besarnya kuasa beli mereka.

Ustaz Rosli yang juga Adun Tanjung Lumpur, sebelum ini dalam hantaran aplikasi whatsappnya mencadangkan taikun dan pengilang-pengilang Cina yang benci dan anti sangat terhadap tulisan jawi, agar tidak mengenakan tulisan tersebut pada produk-produk dan barangan mereka.


Tambah beliau, jangan tulis jawi dan jika boleh tulisan Bahasa Melayu pun jangan. Biarlah Cina tulis cina pada produk mereka orang India meletakkan tulisan Tamil pada produk mereka. Dengan demikian memudahkan 20 juta pengguna mengenali siapa yang empunya barangan dan produk di pasaran.

Sudah pasti bagi sesetengah anti tulisan jawi, akan menganggap cabaran ini sebagai rasis.    Namun siapakah yang memulakan  permainan api perkauman ini?

Ceritanya bermula ialah cadangan Kementerian pendidikan yang mahu menerapkan tulisan khat jawi bagi pelajar-pelajar darjah empat. Itu sahaja. Namun peringkat cadangan tersebut disambut dengan gegak gempita laksana halilintar membelah bumi layaknya. Terutama oleh badan pendidikan Cina Dong Ziong dan diapi-apikan pula oleh DAP.

Tun Mahathir sendiri sudah menyelar mereka sebagai rasis.

Walhal, mempelajari tulisan jawi tidak menyebabkan mereka menjadi Melayu pun, jauh sekali tertukar agama menjadi Muslim.

Berbalik kepada cadangan Ustaz Rosli mengenai tauke-tauke anti jawi tidak meletakkan tulisan jawi, kerana umum mengetahui selama ini mereka membubuh tulisan jawi terutama pada bungkusan-bungkusan makanan kering bagi menarik perhatian pembeli-pembeli Melayu.

Bahkan dengannyalah mereka mengaut kekayaan.

Tidak usahlah kita sebutkan satu persatu apa barangannya, kerana kita dengan mudah boleh periksa dan saksikannya sendiri.

Kita percaya seandainya cadangan Ustaz Rosli dilaksanakan, barulah pembenci-pembenci tulisan jawi akan menemui pengajarannya!

No comments:

Post a Comment