Thursday, August 22, 2019

Rumah kayu rentung, warga emas strok selamat

Musnah segalanya....
Sebuah rumah di Kampung Jengka Batu 13, Maran, rentung dan musnah keseluruhannya dijilat api kira-kira jam dua petang semalam.

Bagaimanapun pemilik rumah Zamri Ripin, 62 tahun penghidap strok serta isteri Rahimah Idrus,  60 Tahun, berjaya dibawa keluar oleh anaknya Amirul Zarith, 24 Tahun, yang kebetulan sedang bercuti.


Seramai 7 anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Maran diketuai Shamsul Affandi Sulaiman, bertungkus lumus dan kebakaran rumah kayu itu berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa 30 minit.
 
Ustaz Mujib bergegas ke tempat tragedi
Turut membantu mengawal keadaan tiga orang anggota PDRM serta enam anggota Rela.

Punca kebakaran dipercayai daripada litar pintas yang disedari bermula dengan bau hangit di bilik tengah dan disedari oleh Amirul. Walaubagaimanapun masih dalam siasatan pihak forensik Bomba dan penyelamat.

Turut hadir Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Mutalib serta Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Maran Ustaz Ramli Abdul Rahman.

Sementara itu, anggaran jumlah kerugian masih belum di ketahui.

Semua mangsa kebakaran ketika ini tinggal di rumah saudara mereka di Kampung Bukit Lada, Chenor.

Dalam pada itu, Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak turut bergegas ke tempat kejadian selepas selesai bermesyuarat di Pejabat Daerah Maran.


No comments:

Post a Comment