Tuesday, August 6, 2019

Belajar tulisan jawi, bukannya masuk jawi!

Tidak kira kaum, pelajar Cina juga mampu menghasilkan tulisan
 khat jawi yang cantik
Itulah yang diperlu difahamkan, kepada DAP serta persatuan-persatuan pendidikan Cina yang kini menggila dan begitu lantang mengkritik cadangan Kementerian Pendidikan untuk meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dan seni khat, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat, pada tahun 2020.


Apa yang dilihat umum pada ketika ini ialah, bantahan daripada kumpulan penentang seolah-olah mereka takutkan tulisan jawi seperti masuk jawi iaitu berkhatan. Memanglah menakutkan, terutama bukan Islam!

Walhal, tulisan khat jawi, merupakan warisan bahasa Melayu yang penting untuk dipelajari, sejajar dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Seumpama mengenal budaya anak watan bumi yang kita pijak di sini.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Profesion Pengajaran (NUTP) Harry Tan Huat Hock merumuskan bahawa pengenalan seni kaligrafi khat atau Jawi ini bertujuan untuk menanamkan nilai warisan Melayu dan identiti kebangsaan dan isu ini tidak boleh dipolemikkan menjadi kontroversi.

Oleh yang demikian, apa sahaja yang melibatkan penggunaan bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu, mestilah diutamakan, kerana bahasa tersebut merupakan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, kita tidak pernahpun menentang penggunaan bahasa Cina, atau Inggeris kerana bahasa berkenaan merupakan bahasa perantaraan bagi menarik pelancong.

Pun begitu, bahasa Melayu mesti diutamakan terlebih dahulu, kerana bahasa ini merupakan bahasa kebangsaan yang sepatutnya digunakan dalam semua perkara termasuk, tulisan pada poster dan papan iklan.

Untuk rekod, tulisan jawi telahpun diajar dan digunapakai di sekolah-sekolah sejak sebelum merdeka hinggalah ke tahun-tahun 1960-an, apabila Tan Sri Khir Johari selaku menteri pelajaran ketika itu telah menghentikannya.

Jadi, bukan perkara asing dan baharu.

Kita harap, perkara yang telah lama disepakati ini tidak diheret menjadi isu perkauman. Bukan Melayu yang didalangi DAP dan persatuan-persatuan pendididkan Cina seolah-olah mahu mengisytiharkan perang terhadap kerajaan dalam isu tulisan atau khat jawi.

No comments:

Post a Comment