Monday, September 13, 2010

Sekitar sambutan raya anak perantaun DPPNP di Jengka 15

JENGKA: Lebih 1,000 orang berkunjung ke majlis Rumah Terbuka & Himpunan Anak-Anak Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) di simpang Jengka 15 dekat sini, pada raya ketiga, semalam.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai menu makanan istimewa termasuk sate, sup gear-box, lemang, rendang dan pelbagai kuih-muih serta buah-buahan tempatan.
Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman. Kemudian diikuti ucapan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Suhaimi Saad.

Kemuncak ialah amanat daripada Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Yang Di-Pertua PAS Kuala Krau kepada anak perauan yang pulang bercuti sempena cuti raya Aidilfitri ini.

Selain pengunjung dijamu dengan makanan enak, sebanyak 350 sampul berisi wang disumbangkan kepada kanak-kanak bagi memeriahkan acara.

Turut hadir ialah Setiausaha BPPNP Roslan Zainal, Bendahari BPPNP Musaniff Abdul Rahman, Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Balasubramaniam, Ketua Pemuda DHPP Pahang Balasurendran, Setiausaha JPN Mazlan Mohd Yassin, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Negeri Pahang Jamaluddin Abdul Rahim serta kepimpinan Pemuda Negeri dan PAS Kawasan.
Majlis yang dipengerusi oleh Naib Presiden Anak Ustaz Aris Faizul itu bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari.

Tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian artis dakwah tempatan Qomarul Roihan dan diselang-seli celoteh lucu deejay Zaini.

Unit Amal pula mengambil kesempatan mengedarkan risalah berkaitan Felda yang diterbitkan oleh Anak kepada orang ramai dan kereta yang lalu lalang.

Sementara itu PAS Pahang dengan usahasama Sektretariat Adun Kuala Semantan akan turut mengadakan jamuan rumah terbuka pada 18 September ini bertempat di hadapan bangunan BPPNP, Jalan Bahaman bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.

Manakala jamuan rumah terbuka bagi anak Pahang di Lembah Klang pula akan diadakan keesokkan harinya (19 September) di Dewan Exco Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Semua dijemput hadir.


No comments:

Post a Comment