Thursday, September 2, 2010

500 terima sumbangan Adun Kuala Semantan

TEMERLOH: Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, lebih 500 penduduk yang terdiri daripada warga emas, anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan orang kurang upaya telah menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.

Sumbangan berbentuk barangan dan wang tunai itu diagihkan sendiri oleh beliau melalui majlis juga dari rumah ke rumah.

Syed Hamid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, penyampaian tersebut merupakan acara tahunan sejak beliau menduduki kerusi tersebut.

“Sempena bulan yang mulia ini, seperti tahun-tahun lepas juga golongan kurang bernasib baik tidak dilupakan dengan kita menghulurkn bantuan,” katanya.

Syed Hamid memberitahu, pihaknya juga mengedarkan bubur lambuk di kebanyakan tempat.

Sementara itu bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada golongan memerlukan melalui Majlis Tindakan Dun (DUN) Kuala Semantan bolehlah menghubungi nombor 09-2966880 / 0139384199 (En. Zubir).

Gambar:

1. Syed Hamid dan Ustaz Rahim menyampaikan sumbangan kepada Ketua Pemuda PAS Pahang yang pertama, Abdul Manap Abdul Latif


No comments:

Post a Comment