Monday, September 6, 2010

Malam tadi Lailatul Qadr

Seorang ulamak pimpinan PAS Pahang memberitahu, malam tadi (27 Ramadhan) ialah malam turunnya Al-Qadr.

Di atas sifat tawaduknya, beliau tidak menceritakan lanjut apa yang ditemuinya, namun saya amat percaya apa yang diucapkannya. Petunjuk dan petanda pada sebelah pagi tadi, berbetulan dengan apa yang dipelajari dari kitab dan apa yang dibaca dari buku-buku agama.

Beruntunglah sesiapa yang menghidupkan malam tadi dengan ibadah, kerana ganjarannya bersamaan dengan seribu bulan (80 tahun).

Malangnya saya hanya sempat berjaga sehingga jam satu dan terlena selepas itu. Apakan daya, bukan sebarangan orang yajavascript:void(0)
Publish Postng mampu untuk menemui Lailtul Qadr secara tepat.

Apa-apapun, mohon Allah SWT terima ibadah pada malam tadi sebelum tidur, serta mohon keampunan dan rahmatNYA setakat yang termampu.

Tahun depan, kita tunggu lagi Lailatul Qadr. Itupun jika dipanjangkan usia.

No comments:

Post a Comment