Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar meluangkan masa menziarahi semua mangsa kebakaran di pekan Sungai Lembing dekat sini, tengah hari tadi.
Beliau memberitahu, kebakaran yang turut mengorbankan dua nyawa itu amat mengejutkan dan menyayat hati, apatah lagi berlaku ketika semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-62, hari ini.
"Saya terkejut apabila mendapat tahu berita kebakaran ini dan kerana itulah saya terus bergegas ke sini selesai sahaja perarakan hari kebangsaan tadi.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Pahang yang menyalurkan bantuan segera bernilai RM 1,000 kepada semua 29 keluarga mangsa kebakaran." ujar beliau.
Turut bersama beliau, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, YB Andansura Rabu serta Ketua Penerangan PAS Pahang, YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya, turut menziarahi semua mangsa yang ditempatkan sementara di SJKC Sungai Lembing.
Sementara itu, seorang mangsa yang ditemui, Wong Cheung Yun, 48, beliau amat bersyukur semua keluarganya selamat walaupun kedainya hangus terbakar.
"Semua kedai yang terbakar itu telah dibina sejak tahun 1926 dan kenangan bersejarah ahli keluarga kami yang bekerja di lombong bijih timah kini telahpun hangus" ujar beliau.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, sebanyak 32 kediaman dan premis kedai dua tingkat musnah, termasuk sebuah perpustakaan.
Kejadian turut mengorbankan pasangan suami isteri, Ho Yuk Fun, 74, dan Chow Kim Mui, 70.
Saturday, August 31, 2019
Thursday, August 29, 2019
Monumen titik tengah semenanjung tarikan baru Temerloh
Daerah Temerloh bakal menjelmakan satu destinasi tarikan
pelancongan yang baharu iaitu Monumen Titik Tengah Semenanjung (TTTS) yang terletak
di Kampung Paya Siput, Lanchang.
Terletak berdekatan dengan kompleks Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN), projek ini menelan belanja kira-kira RM11.788 juta dan
akan dibuka kepada pengunjung secara rasmi pada Oktober ini.
Tuesday, August 27, 2019
Jelajah 8 Adun PAS Pahang masuki 'ban untung'
Oleh KHAULAH AL-AZWAR
BENTONG: Siri Jelajah 8 Adun PAS Pahang telah memasuki daerah 'banyak untung' yang menurut orang-orang tua dahulu ianya cantuman dua perkataan iaitu 'ban' dan 'untung' kerana terdapat banyak bijih timah, sebelum dikenali dengan nama sekarang.
Semua Adun-adun PAS ini diketuai Adun Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang telah meredah bumi hijau Bentong meliputi empat Dun iaitu Dun Ketari, Dun Sabai, Dun Pelangai dan Dun Bilut pada 24 Ogos dan berakhir kelmarin.
BENTONG: Siri Jelajah 8 Adun PAS Pahang telah memasuki daerah 'banyak untung' yang menurut orang-orang tua dahulu ianya cantuman dua perkataan iaitu 'ban' dan 'untung' kerana terdapat banyak bijih timah, sebelum dikenali dengan nama sekarang.
Semua Adun-adun PAS ini diketuai Adun Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang telah meredah bumi hijau Bentong meliputi empat Dun iaitu Dun Ketari, Dun Sabai, Dun Pelangai dan Dun Bilut pada 24 Ogos dan berakhir kelmarin.
Sunday, August 25, 2019
Jika bencikan tulisan jawi jangan pakai walaupun pada produk - PPIM
Cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat
rasional dan relevan pada ketika ini dilaksanakan kerajaan bagi mengendurkan
ketegangan yang berlaku sehari dua ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman dalam Twitter
milik persatuan berkenaan mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) supaya mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik
produk.
Friday, August 23, 2019
Zakir Naik: Ramasamy kecewa, netizen hambur balik
Keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk tidak menghantar pendakwah terkenal
antarabangsa, Dr. Zakir Naik pulang ke India., disambut dengan kecewa oleh Timbalan
Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP itu
memberitahu, beliau kecewa dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi akaun
Facebook miliknya hari ini.
Apabila suara Islam disekat di negara Islam
Oleh DR. KAMILIN JAMILIN
Hari ini kita menyaksikan seorang tokoh pendakwah
terkenal telah berjaya ditutup mulutnya dari pentas terbuka negara. Betapa
sedihnya kita yang mengenali beliau dan betapa gembiranya mereka yang memusuhi
beliau.
Hari ini kita sedar, betapa sukarnya tugas menyeru
manusia ke jalan Allah & Rasul.
PAS 68 tahun semakin matang di pentas politik
Oleh ZURAIDA MD NOOR
Kewujudan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula
semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur
bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak
Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam
Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di
Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai.
Thursday, August 22, 2019
Rumah kayu rentung, warga emas strok selamat
Musnah segalanya.... |
Sebuah rumah di Kampung Jengka Batu 13, Maran, rentung
dan musnah keseluruhannya dijilat api kira-kira jam dua petang semalam.
Bagaimanapun pemilik rumah Zamri Ripin, 62 tahun
penghidap strok serta isteri Rahimah Idrus, 60 Tahun, berjaya dibawa keluar oleh anaknya
Amirul Zarith, 24 Tahun, yang kebetulan sedang bercuti.
Tuesday, August 20, 2019
PH berbelanja tinggi, hutang negara cecah RM58 bilion dalam 6 bulan
Seorang pakar ekonomi menggesa Putrajaya mengurangkan
perbelanjaan dengan memetik angka Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan
kerajaan sudah meminjam RM58.1 bilion dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.
Memetik daripada FMT, Barjoyai Bardai dari Universiti
Tun Abdul Razak berkata angka itu menunjukkan hutang kerajaan persekutuan
meningkat daripada RM686.8 bilion pada akhir 2017 kepada RM799.1 bilion
sekarang.
Doa Ebit Liew kepada Zakir Naik
Kisah hambatan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia yang
didominasi DAP dan nasib pendakwah bertaraf antarabangsa Dr Zakir Naik di
negara ini, turut mencuit pendakwah terkenal berketurunan Cina, Ebit Liew.
Dalam posting di laman facebook miliknya, beliau
merakamkan rasa sebak yang tidak terhingga dengan nasib pakar dalam
perbandingan agama yang bertaraf penduduk tetap itu, yang difitnah dan diburu.
Terkini, beliau dilarang berucap di beberapa negeri.
Saturday, August 17, 2019
Ingat tragedi Dong Zong 1961?
Kenapa Lim Lian Geok, pengasas Dong Zong dilucutkan kewarganegaraan Malaysia ?
Oleh: ANUAR AHMAD
Anda jangan ingat isu bantahan Dong Zong terhadap tulisan Jawi baru-baru ini adalah yang paling besar. Isu ini kecil sahaja berbanding apa yang pernah berlaku pada tahun 1961.
Thursday, August 15, 2019
Tauke Cina disaran jangan bubuh tulisan jawi pada produk mereka
Cadangan dan pandangan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz
Rosli Abdul Jabar bagi menangani kemelut dan kontroversi isu pembelajaran
tulisan jawi, bolehlah dianggap tepat pada masanya.
Barangkali ini sahaja peluang yang dapat mengajar
pembenci-pembenci tulisan jawi di mana tinggi rendahnya langit. Sekali gus,
dapat menyedarkan kira-kira 60 peratus, atau sekitar 20 juta pembeli-pembeli
Melayu dan Muslim betapa besarnya kuasa beli mereka.
Ustaz Rosli yang juga Adun Tanjung Lumpur, sebelum ini dalam
hantaran aplikasi whatsappnya mencadangkan taikun dan pengilang-pengilang Cina yang
benci dan anti sangat terhadap tulisan jawi, agar tidak mengenakan tulisan tersebut
pada produk-produk dan barangan mereka.
Friday, August 9, 2019
Jambatan baharu Temerloh
Jambatan Ahmad Shah terlalu sibuk terutama pada waktu puncak hari bekerja. Keadaan lebih kritikal jika berlaku kemalangan |
Abdul Rashid Abdul Rahman
TEMERLOH - Kerajaan meluluskan pembinaan sebuah jambatan baharu bernilai RM146 juta bersebelahan jambatan lama Sultan Haji Ahmad Shah di sini dalam usaha menaik taraf laluan di situ.
PERUTUSAN AIDILADHA PESURUHJAYA PAS PAHANG.
اَلسَلامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اَللهِ ÙˆَبَرَكاتُÙ‡ُ
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Bumi Mekah yang asalnya kering kontang menjadi basah dan subur, terpancarnya air zam zam dikala mana Hajar isteri Nabi Allah Ibrahim dalam keadaan begitu bimbang melihat putranya Nabi Allah Ismail as yang menangis dalam keadaan kehausan.
Bagaimana Allah swt menunjukkan kekuasaanNya dan pertolongan kepada hambaNya yang sentiasa bertawakal dan taat kepadaNya didalam apa keadaan sekalipun, tiada siapa pun menyangka keadaan itu berlaku, pertolongan Allah swt itu datang tanpa diduga.
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Bumi Mekah yang asalnya kering kontang menjadi basah dan subur, terpancarnya air zam zam dikala mana Hajar isteri Nabi Allah Ibrahim dalam keadaan begitu bimbang melihat putranya Nabi Allah Ismail as yang menangis dalam keadaan kehausan.
Bagaimana Allah swt menunjukkan kekuasaanNya dan pertolongan kepada hambaNya yang sentiasa bertawakal dan taat kepadaNya didalam apa keadaan sekalipun, tiada siapa pun menyangka keadaan itu berlaku, pertolongan Allah swt itu datang tanpa diduga.
Pemuda minta DAP jangan biadab, cemar Dun Selangor
Gambar hiasan |
Oleh MOHAMED SUKRI OMAR
Sidang DUN Selangor pada asalnya dijadual berlangsung
daripada 29 Julai hingga 9 Ogos. Tetapi dipendekkan sehingga 31 Julai.
Isunya apabila Bantahan Adun-Adun DAP terhadap RUU
Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam ianya adalah berkaitan pemelukan Islam kanak-kanak
dibawah 18 Tahun.
Thursday, August 8, 2019
Komunis pun guna tulisan jawi
Mengapakah DAP begitu tegar membantah pengajaran
tulisan jawi sedangkan Parti Komunis Malaya (PKM) yang didominasi kaum Cina di
negara ini pun pernah menggunakan tulisan jawi bagi menjalankan propaganda
parti tersebut?
Naskhah Perlembagaan PKM menggunakan tulisan jawi ditemukan
oleh seorang bekas Penolong Pengarah Pendidikan di Pahang.
Kemelut di Selangor: Utamakan rakyat, bukan beramuk sesama sendiri
Oleh SYARHAN HUMAIZI HALIM
Peribahasa Melayu menyebutkan "mana mungkin
bangkai gajah dapat ditutup dengan nyiru". Itulah suasana yang dihadapi
dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor pada hari ini. Pergolakan parti
kerajaan mengheret kegoyahan kestabilan kerajaan dan rakyat Selangor.
Mana janji subsidi petrol bersasar? Ungkit Tuan Ibrahim
Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan
Man menuntut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
Datuk Saifuddin Nasution Ismail melunaskan janji pemberian subsidi petrol
bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.
Timbalan Presiden PAS itu dalam kenyataan medianya,
membangkitkan janji pemberian itu telah dibentangkan
dalam Belanjawan 2019 yang lalu untuk dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.
Wednesday, August 7, 2019
Pekebun kecil kecewa bantuan tanam semula dihapuskan
Terkilan, terkejut, kecewa, marah dan tidak puas hati.
Demikianlah reaksi pekebun-pekebun kecil selepas pengumuman mendukacitakan oleh
Menteri Industri Utama, Teresa Kok bahawa kerajaan menghentikan skim bantuan
penanaman semula kepada lebih 650,000 entiti tersebut.
Beliau mengumumkan demikian pada sidang media selepas
Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan sesi dialog
bersama penanam dan pekebun kecil negeri Pahang di Dewan Akademik Usahawan Tani
Kampung Awah, Maran kelmarin.
Tuesday, August 6, 2019
Belajar tulisan jawi, bukannya masuk jawi!
Tidak kira kaum, pelajar Cina juga mampu menghasilkan tulisan khat jawi yang cantik |
Itulah yang diperlu difahamkan, kepada DAP serta persatuan-persatuan
pendidikan Cina yang kini menggila dan begitu lantang mengkritik cadangan Kementerian
Pendidikan untuk meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dan seni khat,
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat, pada tahun 2020.
Monday, August 5, 2019
Aktivis PKR bidas Fuziah ‘u-turn’ isu Lynas
Shukri memuatnaik gambar beliau dalam satu majlis dialog berkaitan Lynas |
Seorang aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga
bekas calon parti berkenaan pada PRU 13 di Dun Kemayan, Mohd Shukri Ramli, menuduh
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, sebagai tidak konsisten dalam isu Lynas
Malaysia Sdn Bhd (Lynas) yang beroperasi
di Gebeng.
Beliau yang mendakwa antara orang terawal
memperjuangkan isu operasi Lynas ini, menyindir Fuziah seolah-olah tidak berani
lagi bersuara sebagaimana dakwaannya tentang bahaya nadir bumi (rare earth)
ketika mula diangkat menjadi Ahli Parlimen Kuantan dahulu.
Saturday, August 3, 2019
Ahli Parlimen DAP Kepong yang biadap
Oleh ROSLAN SMS
Posting beliau - Lim Lip Eng, ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi:
(Terjemahan) "Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenallan khat. Tolonglah."
Posting beliau - Lim Lip Eng, ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi:
(Terjemahan) "Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenallan khat. Tolonglah."
Friday, August 2, 2019
Ini negara umat Islam bukan negara komunis
KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR
MEMO LARANGAN PEKERJA SOLAT : INI NEGARA MALAYSIA, BUKAN KOMUNIS
Penularan memo larangan solat ke atas pekerja oleh pihak pengurusan salah satu kilang di Klang adalah satu tindakan yang biadap dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti rakyat dalam negara Malaysia.
MEMO LARANGAN PEKERJA SOLAT : INI NEGARA MALAYSIA, BUKAN KOMUNIS
Penularan memo larangan solat ke atas pekerja oleh pihak pengurusan salah satu kilang di Klang adalah satu tindakan yang biadap dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti rakyat dalam negara Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)