Tuesday, June 18, 2019

PASTI, SRITI cuti sempena muktamar DPPM

Semua institusi pendidikan (PASTI & SRITI) di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang di setiap peringkat diarah bercuti   mulai besok (19) sehingga 21 Jun(Jumaat) 2019.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, YB Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, arahan cuti khas itu bersempena muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang kali pertama diadakan di negeri Pahang.


Bagaimanapun, kelas pengajian sahaja yang cuti, tapi bagi waris yang bekerja masih boleh hantar anaknya ke kelas kreatif yang dilaksanakan di PASTI.

Surat arahan yang ditujukan kepada Pengarah Jabatan SRITI DPPN Pahang, Pengarah Jabatan PASTI DPPN Pahang, Ketua Pemuda PAS Kawasan-kawasan, Pengerusi PASTI PAS Kawasan-kawasan serta Pengerusi SRITI PAS Kawasan-kawasan itu, turut meminta pengurusan PASTI cawangan dan kawasan untuk menyusun jadual guru yang akan bertugas di PASTI dan yang akan hadir ke muktamar.

Muktamar Pemuda akan diadakan di Gambang Resort City iaitu sama tempat dengan muktamar Muslimat pada Sabtu lalu. Muktamar Pemuda lazimnya akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS.

Sementara itu muktamar Dewan Ulamak akan diadakan di Dewan Jubli Perak Jalan Teluk Sisek manakala muktamar penuh akan berlangsung di Stadium Tertutup Sukpa bermula Jumaat ini.




No comments:

Post a Comment