Heboh ketika ini dalam media sosial mengatakan berlaku
penjualan ‘secara pukau’ oleh jurujual di expo Ramadan di Temerloh.
Dalam satu grup whatsapp, menurut mangsa yang terkena
itu, modus operandi jurujual tersebut ialah menghampiri mangsa dan mencalitkan
produk kecantikan.
Yang terkena, tidak kira sama ada lelaki atau pun perempuan.
“Salam kpd sesiapa yg gi expo Tloh..hati2 dgn penjual
produk krim pemutih..diorg akn tegur kita lepas tu dia tarik kita dia sapu2
krim tu ..pastu kita dgn mudah serah duit kita ...
“Selagi ada dlm dompet kita..harga krim tu RM20..dia
akn jual kat kita seberapa yg duit kita ada..ramai dh kene ..abis duit dlm
dompet... rasanya diorg guna cara pukau...”
Berdasarkan komen, sudah ramai yang terkena dan serik
lalu mereka meminta pihak berwajib seperti polis dan KPNKK mengabil tindakan.
Ini bagi mereka, bagi menjaga nama Temerloh sendiri di
samping supaya tidak menjejaskan peniaga expo yang lain sekiranya pelanggan-pelanggan
memboikot membeli-belah kerana takut dipukau.
Expo Ramadan Temerloh sememangnya sudah terkenal dan
dikunjungan bukan sahaja dari daerah tersebut, malahan dari luar kawasan.
No comments:
Post a Comment