Thursday, May 23, 2019

8 Adun PAS beri penghormatan terakhir


Tiada dalam gambar: Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak
Lapan orang Adun PAS menyertai ribuan rakyat ke Istana Abu Bakar apabila memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di persada yang terletak di tengah-tengah Balairung Seri, hari ini.

Turut serta, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hasan.

Sultan Pahang ke-5 itu mangkat pada usia 88 di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 8.50 pagi semalam.

Jenazah Almarhum tiba di Pangkalan Udara Kuantan pada 7.25 petang semalam dengan menaiki pesawat khas sebelum dibawa ke Istana Abu Bakar dengan diiringi oleh tujuh buah motosikal PDRM.

Jenazah disembahyangkan di balairung Seri Istana Abu Bakar sebelum dibawa ke Makam Diraja Pekan selepas solat Zohor untuk disemadikan.

1 comment: