TEMERLOH: Seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) fizikal dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah berjaya mendapat keputusan jayyid (baik) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diumumkan baru-baru ini.
Muhammad Syakib Arsalan Khairil dari Kampung Batu Satu di sini lulus semua mata pelajaran yang diambilnya dan layak memohon melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam.
Menyentuh rancangan masa depannyanya, anak ketiga daripada lima beradik itu berazam untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminatinya iaitu teknologi maklumat atau pendidikan.
“Saya sedar kurang kudrat tidak seperti kawan-kawan lain untuk bersaing tapi saya akan cuba semampu mungkin. Tapi seperti kata orang, hidup ini adalah perjuangan dan perlukan pengorbanan, katanya.
Syakib disahkan menghidap congenital fibertype disproportion off myopathy (sejenis penyakit berkaitan otot) serupa dengan abang sulungnya (OKU terlantar) Muhammad Badiuzzaman.
Abangnya Muhammad Badiuzzaman yang juga lulusan STAM, kini berada di tahun tiga PJJ di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang TESL.
Sementara itu 42 calon telah menduduki peperiksaan STAM (2017) di Khairiah dan lima daripadanya mendapat keputusan tertinggi iaitu mumtaz, 10 jayyid jiddan, 11 jayyid, lima maqbul dan 11 gagal.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete