Thursday, April 13, 2017

Duit derma, pesara jadi mangsa GST

Baru-baru ini seorang rakan yang berusaha membina sebuah tahfiz di Pahang yang masih dalam pembinaan 100 peratus hasil derma orang ramai mendedahkan, tahfiz berkenaan memperolehi sumbangan sebanyak RM450,000.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM27,000 telah ditelan kerajaan melalui Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) melalui transaksi bank!

“Bayangkan, jumlah 27 ribu itu jika tidak disedut melalui cukai zalim itu pihak kami sudah dapat menyiapkan pelbagai kemudahan. Pelik, kenapa wang derma dan wakaf orang ramai untuk tujuan ibadat pun perlu dicukai?,” soalnya.

GST diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan datuk seri Najib Tun Razak sejak bulan April tahun lalu ternyata memberikan kesan kepada rakyat mencengkam setiap ruang kehidupan tanpa disedari.

Kesan kezaliman GST mungkin tidak nampak jika membeli dalam jumlah yang kecil-kecilan namun terasa amat membebankan apabila terlibat dengan jumlah yang besar dan berpanjangan.

Jika dibuat kajian sedikit, ternyata GST amat membebankan jauh sekali daripada penafian menteri atau pihak kerajaan.

Bekas pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang kini seorang pesara, Sobirin Duli berkata, selama dua tahun ini iaitu sejak April 2015 dan 2016 cukai GST yang beliau bayar ialah RM3552.29.

“Semua resit saya simpan untuk membuktikan GST ini sangat zalim dan tidak patuh syariah,” ujarnya.

Sebelum ini, sebagai seorang pesara beliau sudah dibebaskan daripada membayar cukai yang pernah dibayar semasa saya bekerja dulu.

“Tapi ternyata cukai GST ini membebankan kerana lebih tinggi daripada cukai pendapatan yang pernah saya bayar. Bayangkan saya terpaksa membayar sebanyak itu sedangkan saya tidak berbelanja besar atau mewah pun. Saya hanya tinggal berdua dengan isteri, tanggungan dah lepas semua.

“Jadi ini satu contoh menunjukkan GST sebenarnya meninggalkan beban yang besar terutama rakyat sekurang-kurangnya pesara macam saya apa lagi orang miskin,” katanya.

Tidak cukup setakat itu, cukai ini bersifat zalim apabila pengguna terpaksa membayar sekalipun dalam kesusahan atau terkena musibah.

“Macam saya sendiri, kenangan yang saya tak boleh saya lupakan bayar GST ini ialah apabila kena musibah. Iaitu ketika kereta saya mengalami kerosakan dalam perjalanan.

“Untuk membaikinya saya kena bawa ke bengkel, saya kena membayar GST sejumlah RM313.20 kerana membaiki kereta rosak. Jadi sudahlah ditimpa musibah, di atas musibah itu saya kena cukai pula.

“Adakah ini cukai yang adil? Jadi GST ini tiada belas kasihan, walaupun pengguna terkena musibah, cukai tetap kena dibayar. Contoh yang lain jika rumah seseorang kena hempab pokok. Bahan yang dibelinya dipaksa bayar sekali dengan GST. Jadi ini satu kezaliman yang tidak kita sedari. Bila dah berlaku baru kita sedar kesannya amat buruk kepada masyarakat,” tegasnya.

Sobirin yang pernah menjawat Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang turut menguruskan sebuah pusat tahfiz di mana sumber kewangan semuanya daripada sumbangan orang ramai yang selama ini dibelanjakan dengan cukup berhemah.

“Tapi bila kita nak gunakan untuk membeli alat-alat kelengkapan perabot amat terasa sebab kita membeli dalam jumlah yang besar. Kalau kita beli beribu-ribu maka cukainya beratus-ratus. Sedangkan cukai ini sepatutnya boleh kita jimatkan untuk faedah lain.

“Jadi GST ini jelas tidak ada pertimbangan kebajikan. Sepatutnya bila kita nak beli barang-barang untuk tujuan kebajikan ini, cukainya dikecualikan. Kalau dulu lembaga hasil (LHDN) dalam menentukan hasil pendapatan ada pertimbangan ini. Berapa banyak kita sedekah umpamanya, dikecualikan. Tapi GST ini tiada maaf, lebih zalim lagi,” katanya.

Satu lagi, kadang-kadang rakyat terpaksa membayar GST bukan akibat kesalahan mereka tetapi disebabkan kelemahan agensi kerajaan sendiri. Sebagai contoh masalah bekalan air rendah.

Menurut Sobirin apabila tekanan rendah mengganggu peralatan rumah tangga seperti mesin basuh, penapis air (water dispenser) tetapi kena bayar cukai yang tinggi apabila membaiki.

“Tekanan air tidak kuat menyebabkan masalah bekalan air, memerlukan tambahan tangki dan pam di rumah. Peralatan dan perkhidmatan pemasangan dikenakan GST.
Yang saya kesalkan ini bukan kesalahan kita tapi kita tetap kena bayar GST walhal bukan kesalahan kita. Pembaikan yang disebabkan kelemahan sistem kerajaan juga dikenakan GST.

“Kemudian ada lagi kesan lain yang datang bersama dengan GST iaitu manipulasi harga oleh peruncit untuk menggenapkan harga. Contoh yang jelas ialah apabila kita buat fotostat. Setelah dikumpul semua resit dan dibuat analisis dan rekodkan baru kita nampak GST ini sangat membebankan rakyat dengan manipulasi harga oleh peniaga.

“Ini maknanya manipulasi harga yang direstui kerajaan melalui peraturan penggenapan harga”.

Selalu pemimpin-pemimpin mengatakan kononnya orang kampung boleh elak GST. Namun sebenarnya barangan yang dibeli sudah dinaikkan harga sebab peruncit sudah membeli dengan harga yang tinggi daripada pemborong.

“Apa yang tidak wajar ialah rakyat kena tanggung dalam keadaan negara ini mewah dengan hasil mahsul minyak, sawit, getah, emas, bauksit, balak dan sebagainya. Jangan bandingkan dengan Singapura, sebab negara itu bergantung seratus peratus dengan cukai sedangkan malaysia negara banyak hasil jadi tidak dimanfaatkan, kenapa masih bergantung dengan poket rakyat”.

Satu lagi hal yang amat menyedihkan ialah GST ini merampas hak rakyat untuk menabung dan membayar zakat.

“Jika sejumlah wang RM2,632.00 ini tidak dibayar GST, pasti ia digunakan untuk menabung. Nilai ini besar bagai pesara dan orang miskin. Tahun-tahun sebelum GST dikenakan mungkin saya boleh zakat. Kekurangan RM2600 boleh menyebabkan seseorang hilang kelayakan dari segi jumlah simpanan untuk mengeluarkan zakat. Jadi Ibadat saya terpaksa tangguhkan hanya kerana kena bayar GST yang tidakpun patuh syariah. Antara bayar zakat dengan bayar GST.

“Jadi nampak tanggungjawab kepada kerajaan (GST) mengambil alih tanggungjawab terhadap Allah SWT Padahal Peraturan GST ini bertentangan dengan syariat Allah.

“Jadi kita harap kerajaan dapat perkenalkan satu dasar percukaian lain yang patuh syariah dan lebih adil tegasnya.


Hj Sobirin menunjukkan bukti melalui resit-resit GST yang dikumpulkannya


No comments:

Post a Comment