Thursday, October 25, 2012

PAS tuntut Malaysia Nanban mohon maaf

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut akhbar harian berbahasa Tamil Malaysia Nanban, supaya memohon maaf serta menarik balik sebuah berita yang memfitnah Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, dalam berita berkenaan disiarkan kononnya Menteri Besar Kelantan itu sudah kecewa dengan DAP dan PKR yang banyak masalah justeru mahu bertemu dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“PAS amat kesal dan serentak dengan itu juga kita minta akhbar berkenaan segera mohon maaf atau berhadapan dengan saman kerana mengada-adakan cerita yang tidak benar ini.

“Mesej berita itu sangat mengelirukan masyarakat kaum India kerana Tuan Guru tidak pernah bertemu dengan Najib dalam masa terdekat ini apa lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Gambar Tuan Guru, (Datuk Seri) Najib dan (Datuk Seri) Adnan yang dipaparkan dalam berita berkenaan diambil dari album lama iatu pada 30 September tahun lalu semasa pelancaran motosikal Modenas dan ECER di sebuah hotel di Kuantan,” katanya semasa bertemu penduduk sebuah taman perumahan di sini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, beliau membuat penjelasan ini setelah banyak menerima panggilan daripada kaum India yang bertanyakan kedudukan sebenar dalam isu berkenaan yang disiarkan oleh akhbar itu edisi semalam.

Berita dari Kelang itu tersiar di muka surat dua dan ditulis oleh MR Balu.

“Kita kesal dengan cara penulisan berita itu yang membelakangkan etika kewartawanan kerana diambil tanpa sumber yang tepat dan bersifat rekaan,” kata Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim, moral PAS dan Pakatan Rakyat boleh tercemar di mata masyarakat terutamanya kaum India yang berkemungkinan melihat pendirian PAS sebagai parti paling senior, tidak teguh dalam gabungan berkenaan.

Tambahnya, yang bermain isu perkauman adalah Umno dan parti lain dalam BN sedangkan Pakatan tidak terusik dengan pelbagai provokasi dan tidak akan melatah.


GAMBAR
Tuan Ibrahim bersama pimpinan PAS dan S Balakrishnan menunjukkan akhbar berkenaan yang menuduh Nik Aziz akan bertemu BN. Sedang gambar dipaparkan merupakan gambar lama.






Wednesday, October 17, 2012

Awas usaha porak-peranda PR

TEMERLOH: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengingatkan Umno dan BN pada masa ini bersungguh-sungguh cuba memporak-perandakan rumah tangga Pakatan Rakyat (PR) dengan pelbagai cerita lama.

Katanya, media pro Umno dapat dilihat setiap hari memainkan propaganda kononnya ramai yang kecewa PAS bersatu dalam satu pakatan dengan DAP, juga disogokkan kononnya jika rakyat memilih selain BN akan berlaku huru hara, peristiwa berdarah 13 Mei akan berulang.

Namun, tambahnya, semuanya itu isu dan cerita lama yang mungkin terkesan kepada orang-orang lama tetapi tidak dipercayai orang-orang muda kerana capaian internet membantu mereka memahami isu sebenar.

“Ada yang kata kenapa PAS berkawan dengan DAP, termasuk ada di kalangan orang PAS sendiri melatah mempersoalkan kenapa tidak berkongsi kuasa dengan Umno.

“Tuan tuan, PAS ini dah dewasa dan berpengalaman. Bahtera ini sudah 60 tahun melalui badai dan gelombang besar, tetapi kapten kita tidak pernah panik walaupun ada anak kapal dah ramai yang terjun,” kiasnya.

Salahuddin berkata demikian dalam program Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Parlimen Temerloh malam kelmarin di Darul Amin Sungai Gau, di sini.

Turut berceramah Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan bekas Naib Presiden Kanan Felcra Datuk Ramli Buyung.

Sebelum itu Salahuddin menerima borang keahlian daripada bekas Pengurus Felda Nasaruddin Mohd Saleh bagi menyertai PAS.

Salahuddin berkata, ada di antara ahli PAS yang ketinggalan maklumat sehingga terpengaruh dengan propaganda media pro Umno tanpa merujuk kepada pimpinan sebarang keraguan yang berbangkit.

“Umno ini nak pujuk kita bercerai dengan DAP. Adakah bila kita bercerai dia nak ambil kita (kerana betul-betul sayang)? Pengalaman dulu pernah dia (Umno) ambil kita (semasa dia lemah). Bila dia kuat dia tendang kita. Itulah pengalaman PAS,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini orang-orang Cina mempercayai PAS daripada Umno dan kepercayaan itu bukannya boleh dibeli. Justeru itulah yang menyebabkan jentera propaganda mereka berusaha memecahkan PAS dengan DAP.

Mengenai dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan Bajet 2013 PR sebagai janji bulan bintang sehingga negara boleh bankrap, itu sebenarnya pandangan cetek.

Katanya, umpamanya penghapusan PTPTN dalam bajet tersebut hanya berjumlah RM5 bilion daripada RM232 bilion daripada keseluruhan bajet PR.

“Saya percaya rakyat boleh menilai, undi BN anak belajar kena berhutang. Kalau undi PR pelajaran percuma dari darjah satu hingga ke tingkatan enam dan ke universiti. Kalau nak undi BN juga, terpulanglah, undilah BN sampai kiamat,” katanya sambil disambut dengan derai ketawa lebih 2,000 yang hadir.

Mengenai pencapaian ekonomi, Salahuddin berkata Malaysia satu masa dulu sebaris dengan Jepun, Korea dan Taiwan tetapi sekarang ini dah jauh ketinggalan.

“Kita ada minyak, ada kelapa sawit tetapi dari segi pencapaian sudah jauh ketinggalan. Kalau dibiarkan bimbang-bimbang Thailand, Vietnam, Kemboja dan Indonesia akan memintas pencapaian Malaysia.

“Jangan terperanjat jika satu hari nanti rakyat Malaysia pula menjadi pendatang ke negara-negara tersebut,” ujarnya.

Mengenai pilihan raya, Salahuddin sempat menyindir mengatakan jika ada yang kenal baik dengan Rosmah, cuba-cubalah tanyakan kepadanya bilakah tarikh PRU yang dibisikkan ke telinga suaminya.

GAMBAR
Salahuddin (di tengah) bergambar ramai dengan ahli PAS sebaik sampai di Sungai Gau selepas berkonvoi sekeliling Temerloh dalam program Himpunan Hijau.








Tuesday, October 16, 2012

Umno, MCA bersatu halang hukum Allah

Sepatutnya isu-isu seperti inilah yang wajar dibuka mata oleh individu seperti Hasan Ali dan Nasaruddin Mohd Isa.

Saban hari menghentam PAS dan DAP kononnya mengorbankan prinsip perjuangan menegakkan Islam.

Harap-harap janganlah dibutakan terus mata, sementara dikurniakan Tuhan boleh melihat antara yang hak dan batil.

Janganlah kerana perasaan dendam kesumat politk, memejamkan mata dengan realiti.

Sedarlah, sebelum kelak disumpah seranah oleh makhluk dan di bumi dan di langit!


Monday, October 15, 2012

86 masuk Umno: Menipu atau tertipu?

BERA: PAS menganggap Menteri Besar Pahang tertipu jika percaya seramai 86 orang ahli parti-parti Pakatan Rakyat dari Cawangan Bukit Mendi menyertai Umno dalam ‘Majlis Pemimpin Turun Padang’ kelmarin.

Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Mendi, Hasan Abdul Latif yang mendakwa mengikuti program yang dihadiri Datuk Seri Adnan Yaakub itu secara dekat, hampir semua yang hadir bukannya datang dari Felda berkenaan.

“Saya pasti kebanyakan yang hadir didatangkan dari Kampung Baris, Felda Sungai Kemahal, Jawi-jawi yang semuanya dari Dun Menteri Besar sendiri (Dun Pelangai).

“Memang ada seorang penduduk Bukit Mendi iaitu Ismail Yusoff yang mengetuai kumpulan masuk Umno dan majlis tersebut diadakan di perkarangan kedainya sendiri, tetapi dia hanya bekas penyokong DAP” jelasnya.

Media massa, elektronik dan portal berita internet semalam menyiarkan berita kononnya lebih 80 anggota PKR, PAS dan DAP cawangan Felda Bukit Mendi dan Bukit Puchong menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Adnan pada majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi, kelmarin.

Turut hadir menyaksikan ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Bera Mohd Fadzil Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan dan Adun Guai, Norol Azali Sulaiman.

Felda bukit Mendi berada dalam Dun Triang yang dimenangi wakil DAP Leong Ngah Ngah.

Sementara itu Hasan berkata, beliau mengsyaki kemungkinan orang Umno sendiri yang masuk Umno pada majlis berkenaan bagi mengambil hati Menteri Besar yang pertama kali datang ke Bukit Mendi walau pun berada bersebelahan dengan Dun Pelangai.

“Saya terpaksa tampil untuk menjelaskan kekeliruan ini setelah menerima banyak panggilan telefon bertanyakan keadaan sebenar,” katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu Yang Dipertua PAS Kawasan Bera, Sulaiman Mohamad pula berkata, propaganda isu PAS masuk Umno merupakan fenomena biasa menjelang pilihan raya.

Beliau turut mengesahkan, tidak ada ahli PAS di Felda Bukit Mendi dan Bukit Puchong yang keluar menyertai Umno.

“Berdasarkan gambar yang kita perolehi, tiada seorang pun yang kita kenali sebagai ahli PAS. Malah dengan hanya seorang saja (Ismail) yang tampil mengesahkan dia mennyertai Umno, itu bukan membuktikan ada penyokong PAS turut sama menyertai Umno.

“Mungkin yang mahu masuk Umno itu hanya penyokong atas pagar ataupun penyokong Umno sendiri yang berlakon sebagai ahli Umno baru. Propaganda itu biasa menjelang PRU,” katanya.

Leong Ngah Ngah pula ketika dihubungi, mengesahkan Ismail pernah menjadi penyokong DAP pada satu ketika dulu tetapi sudah tidak aktif.

“Bagi saya keputusan Ismail untuk menyertai Umno itu haknya dan beliau bebas menentukan haknya untuk berpolitik dalam sebuah negara demokrasi, DAP tiada hak untuk menghalang,” ujarnya.


Gambar
1.Hasan menunjukkan berita kononnya 86 ahli PR sertai Umno
2.Sulaiman


~ Harakahdaily

Saturday, October 13, 2012

Himpunan Hijau peringkat Temerloh esok

TEMERLOH: PAS kawasan ini meneruskan komitmen program Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar (peringkat kebangsaan) dan Kerdau (peringkat negeri) dengan mengadakannya pula di peringkat kawasan pada 14 Oktober ini.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh, Haji Jusoh Darus, himpunan tersebut akan bermula dengan edaran risalah di Pekan Sehari Temerloh pada sebelah pagi.

“Pada sebelah petangnya iaitu jam dua petang pemuda akan berkonvoi motosikal dan kereta bermula dari KFC Taman Chengal mengelilingi bandar Temerloh.

“Pada waktu yang sama akan diadakan ceramah kelompok, motivasi dan minum petang di Kampung Belengu,” katanya.

Tambahnya, Solat Maghrib berjamaah, zikir munajat dan Solat Hajat akan diadakan di perkarangan Markas Darul Amin Sungai Gau.

Selepas itu ceramah perdana akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan bekas Naib Presiden Felcra Datuk Ramli Buyong.

“Pada malam tersebut juga akan diumumkan tokoh-tokoh bekas pegawai kerajaan dan Umno menyertai PAS.

“Justeru kami menyeru semua ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat agar sama-sama turun bagi sama-sama menggembeleng tenaga dan semangat menjelang PRU ke 13 yang tidak lama lagi,” ujarnya.


Friday, October 12, 2012

Bapa staf pejabat PAS Pahang meninggal dunia

TEMERLOH: Bapa kepada staf pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang BPPNP Noraminatun Alias (Emi - gambar), kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Alias Siamin, 71, menghembuskan nafas terakhir di rumah Emi, ketika beliau menghantar anak bongsunya ke rumah ibunya di di sebelah rumahnya di Kampung Paya Kechik di sini.

Sebaik saja pulang, Emi berkata, ayahnya sudah meninggal dunia.

Menurut Emi, pada mulanya beliau mahu menghantar ayahnya ke hospital pagi ini memandangkan sejak malam tadi ayahnya dilihat seperti dalam keadaan luar biasa dan bercakap-cvakap sendirian.

“Apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya,” katanya.

Allayarham meninggalkan empat orang anak termasuk Emi.

Sementara itu, jenazahnya selamat disempurnakan seusai Solat Jumaat tadi.

Al-Fatihah...



Wednesday, October 10, 2012

Minta balik elaun: Guru marah Muhyiddin


Bagaimana sebuah kementerian yang dijaga oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh meminta guru-guru di Pahang membayar balik elaun atas kegagalan PBSMI?

Kenapa kegagalan ‘projek tikus makmal’ itu mahu dibebankan ke atas bahu guru-guru?

Apakah ini bermakna kerajaan tidak ada wang tetapi hanya berlagak boros untuk membeli undi rakyat?

Sudahlah tidak mendapat insentif khas dalam bajet 2013, kini elaun yang dibayar pula mahu dituntut! Dah teruk sangat ke kerajaan BN? Surat daripada tuntutan Kementerian ini diedarkan di Pahang.

Di bawah ini komen guru-guru di facebook:

Abi Fathiah Insyirah: hok ni la kawe maroh boh.. dop oyak awal2.. kalo oyak awl sne kiro dop payoh pakai elaun tu.. memey gomm...

Master Nur Qasihku: keje gila bhai.... gua kena pulang 4 bulan pn dah semput... ni 9 bulan... kalau dah stop tu biar je la... kan tu ganjaran dari usha guru... semua nak amik balik... hak phuie

Jawahir Abd Rahaman: tu pun ramai lg cik gu cik gi sokong...la ni bru ada akai.

Asrol Affandi: bengong

Klose Max: cikgu cikgi kelu seribu satu bahasa, dalam hati (OMG JANJI D CAPATI)

Saru Yama: berat66 dh ni

Abi Fathiah Insyirah dr awl thn boh... 2012.. kene byr blk.. gilo kejo

Zuhaili Jamaludin” hehe kerajaan dah xde duit..

Abi Fathiah Insyirah: knpa kene htr surat ke NUTP... takut NUTP bangkang ke ni... IDEA bongok yg myusahkan.. pastu soalan exam masih lg buat dwi bahasa...nk kata lbh kn memey keno byr doh...

Hamzah Rajali: ada cikgu cikgi kisah?????????????

Muhammad Saedi: tanda2 kerajaan dah takde duit ... nak undi umno bn lagi ker pru13 ni?

Nasyar Hetfield: duit tu nk bg kt pengundi import?

Khalid Amin: Dh bg mintak balik...

Azuwan Abū Bakr: NFC x byr balik x der tindakan pun....

Samsuri Tarmuji: boleh di rujuk dgn pibg sekolah masing2.....ydp boleh bantu bawa kes ni ke mahkamah jika perlu.....jgn risau kalau dah memang hak tetap menjadi hak kita.....pastikan jgn bg undi kat bn itu je....

Rosihan Pawnstar Amri Masa mula-mula PPSMI, cikgu bukan option Maths, Science, dibenarkan ajar sebab nak dapat elaun. Kami cikgu option katanya muda lagi, bagi peluang kat depa dulu. Apa kejadahnya??? Bukan pasal sapa dapat dulu. Depa bukan option. Kalau murid-murid gagal ada nak tanggungjawab? Corrupt!

Harzuki Bin Hasan: hancurkn umno/bn..pangkah PR dlm PRU 13 nnt...

Suzana Ganigan .... Buruk siku....

Luqman Hakim: yg mendidik di mintak balik, yg menyangak di bebas berleluasa...

Al-Khair Nuar Ibnu Manan: hohoho...duit dh habeh buat belanje, nak bayo balik cikgu2 kena buat personal loan lerrr...Bank Rakyat ade, RHB Easy cash ade, CIMB Fast Cash ade, gerenti lulus sbb kakitangan kerajaan hihi. Ramei ler yg tak pasei2 berhutang...mmg naye!

Aduka Taruna: macam gampang.. kerja nak sembelih rakyat aje..

Abu Bakar: buruk siku...


Pahang Selamat: Selepas ini jangan haraplah 400,000 undi guru-guru akan berpihak kepada BN!

Friday, October 5, 2012

Aku tak setuju Tuan Ibrahim hanya Menteri Kerja Raya!

Senarai kabinet bayangan di bawah dikatakan telah dikeluarkan melalui imiginasi oleh Adun Batu Tiga Shuhaimi dalam mesyuarat biro politik PKR baru-baru ini tanpa persetujuan DAP dan PAS. Mereka menganggap kononnya PKR akan menang besar di semua kerusi yang dipertandingkan, manakala parti - parti lain hanyalah pelengkap sahaja.

Senarai yang dikeluarkan oleh Shuhaimi, dan kemudiannya diambil oleh media, bagaimanapun mendapat bantahan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Senarai adalah seperti berikut:

Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)
Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)
Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)
Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Dr Tan Seng Giaw (DAP)
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
Datuk Mustafa Ali (Pas)
Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)
Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)
Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)
Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)
Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)
Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)
Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)
Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)
Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)
Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)
Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)
Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/10/kabinet-bayangan-pr-azmin-tentu-tak.html#ixzz28Pe9IkDV

Bajet 2013 tak serius tangani kemiskinan – Husam

MARAN: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menganggap Bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak serius untuk menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat.

Katanya, ini disebabkan kerajaan memberi bantuan wang tunai sekali gus melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tanpa berusaha menghapuskan persekitaran mereka yang membawa kepada kemiskinan.

“Cara pemberian BR1M tak betul, beri wang kepada orang susah tetapi tidak ubah persekitaran yang membuatkan mereka susah. Itu bermakna tidak menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat (tapi mahu menampakkan kerajaan baik).

“Sepatutnya hapuskan monopoli (syarikat kroni), turunkan harga minyak (yang membawa kepada kenaikan harga barang keperluan) dan turunkan harga kereta (yang semuanya membawa kepada kos hidup tinggi).

“Apabila kos hidup di tahap rendah dengan harga barangan terkawal, barulah pendapatan rakyat mencukupi,” katanya ketika berceramah di pejabat PAS Maran di sini baru-baru ini sempena Himpunan Hijau Peringkat Daerah Maran.

Turut berceramah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar, Ketua Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah.

Pada sebelah petangnya diadakan acara konvoi bermotor ARC dari Kaung Embun ke tapah himpunan dan larian hijau dari masji Sentosa ke lokasi yang sama. Pada sebelah malamnya diadakan Solat Hajt dan munajat sebelum ceramah.

Tambah Husam, Islam telah menetapkan antara mekanisme menangani kemiskinan ialah dengan zakat namun sistem tersebut tidak dimanfaatkan.

“Bayangkan jika keuntungan Petronas dibayar zakat dah dapat kira-kira RM1 bilion setahun dan jumlah yang besar itu sudah tentu boleh menyelesaikan banyak masalah kemiskinan rakyat.”

Malangnya, kerajaan lebih suka lebihan wang daripada hasil petroleum dibelanjakan ke arah perkara-perkara lain.

Baru-baru ini dalam pembentangan bajet dicadangkan pemberian BR1M kali kedua. Kali pertama tahun ini telah diagihkan RM500 kepada yang berpendapatan di bawah RM3,000. Namun tiada petunjuk penerima bantuan tersebut semakin baik taraf hidup dan pendapatannya.

Husam berkata, apabila Pakatan Rakyat membentangkan bajet alternatif dengan tawaran yang lebih lumayan kepada rakyat, BN akan segera mengatakannya jika dilaksana egara akan menghadapi bankrap.

“Isu bankrap ini sudah banyak kali dicanangkan pemimpin Umno. Dulu semasa PAS mula mentadbir Kelantan, Umno beria-ia kata akan bankrap selepas tiga bulan, tetapi sekarang sudah 22 tahun tidak pula bankrap.

“Begitu juga apabila kerajaan Pakatan di bawah pimpinan Ustaz Azizan, Umno juga kata Kedah akan bankrap tetapi sampai hari ini tak bankrap malah lebih baik daripada negeri BN. Itu menunjukkan isu negara bankrap hanya ugutan Umno,” ujarnya.

Justeru Husam menyeru agar rakyat jangan takut melakukan perubahan kerana hanya dengan cara itu dapat memastikan masa depan rakyat lebih terjamin.

“Macam di Mesir dulu kerajaan Hosni Mubarak dan sebelumnya kata Ikhwan Muslimin jahat dan tidak pandai memerintah tetapi apabila Dr Morsi dari Ikhwan menjadi PM Mesir ternyata boleh memimpin negara itu dengan baik dan diterima semua pihak.”

Mengenai rayuan Najib yang minta dikekalkan pemerintahan sepenggal lagi dalam kempennya ke seluruh negara, Husam mengingatkan supaya rakyat tidak terpedaya.

“Kita perhatikan sekarang ini kerajaan BN lemah iaitu tanpa majoriti dua pertiga di parlimen. Tetapi Lynas yang menjadi kemarahan rakyat tetap diteruskan. Itu masa dia lemah cuba bayangkan jika BN kuat?

“Penyenaraian FGVH, walaupun ditentang peneroka tetap diteruskan walaupun pada masa BN lemah sekarang, bagaimana kalau BN kuat? Royalti yang sepatutnya diperoleh Kelantan. Apabila Kerajaan Negeri Kelantan minta, pada masa mereka lemah pun ditolak cuba bayangkan kalau BN kuat.

“Pendek kata pada ketika BN lemah pun dia boleh tindas rakyat, bayangkan kalau dia kuat. Jadi lebih baiklah ubah kerajaan yang ada kepada yang lebih berkebajikan dan memahami tuntutan rakyat,” tegasnya.

Husam menjelaskan, tidak mustahil BN boleh dikalahkan kerana pada tahun 2008 di Semenanjung BN sudah ketinggalan lima kerusi berbanding Pakatan tetapi Najib boleh menjadi Perdana Menteri kerana tambahan kerusi parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, pada masa itu juga sokongan Cina tidak menyeluruh dan kali ini akan berlaku gelombang sokongan rakyat kepada Pakatan.



Saya malu Najib dicop penakut!

Sebagai rakyat Malaysia, saya sesungguhnya malu apabila Perdana Menteri saya digelar penakut dan pondan. Selaku anak Pahang, saya lebih-lebih lagi merasa segan silu apa lagi Datuk Seri Najib Tun Razak datang dari negeri yang sama tetapi acap kali dipanggil pengecut dan ‘tiada telur’ apabila berhadapan dengan pimpinan parti lawan.

Dulu pada ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mempelawa Najib untuk berdebat mahupun berdialog dalam isu-isu ekonomi, Najib sentiasa mengelak. Najib kata, Anwar boleh berbahas dengannya di parlimen.

Tidak cukup dengan itu, demi untuk mengampu bosnya juak-juaknya pula segera mengatakan tidak layak Anwar berdebat dengan Najib, ada yang mengatakan debat bukan ajaran Islam dan sebagainya. Begitulah baculnya Najib dan Umno.

Masalahnya Najib pula sentiasa mengambil kesempatan menghentam Pakatan termasuk Anwar sendiri di mana-mana ruang yang diperolehinya. Serta disiarkan melalui lidah rasminya.

Ketika Najib meminta Anwar berdebat dengan Raja Petra Kamaruddin, Anwar mempersetujuinya asalkan Najib turut serta dalam debat tersebut. Dalam keadaan tawaran seperti itupun Najib takut. Takut, setakut-takutnya

Tetapi Najib tidak pernah diam dalam mencabar dan menghentam Anwar, bak kata pepatah ‘berkokok di gelanggangnya sendiri’.

Terbaru, Najib mengambil masa 20 minit menghentam Anwar dan Pakatan dalam pembentangan bajet pilihan rayanya. Anwar lantas meminta Najib hadir berbahas (bagi menjawap) mengenai bajet yang dibentangnya, namun terus ghaib!

Yang menyedihkan, apabila Najib tidak hadir menteri-menteri lantikan beliau turut ‘ponteng’ daripada sidang parlimen. Bak kata orang kepimpinan melalui teladan.

Jadi apakah nilainya bajet itu juka menteri-menteri tidak berminat untuk hadir mempertahankan bajet bagi kementerian-kementerian mereka?

Kolumnis The Star AZMI SHAROM menulis: “Walaupun tidak dipaksa oleh undang-undang, menteri Kabinet perlu hadir semasa perbahasan parlimen bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul melalui pembentangan sebelum itu.
Parlimen bukan sahaja tempat di mana undang-undang digubal, ia juga merupakan tempat di mana perbahasan berlaku dan soalan-soalan yang ditanya. Sebab ini bukan hanya untuk memberi ahli parlimen kita sesuatu untuk dilakukan tetapi ia adalah demi ketelusan, satu komponen penting untuk demokrasi.

“Oleh itu, keterbukaan parlimen adalah satu mekanisme yang perlu untuk akauntabiliti awam dan check and balance.

“Dalam hal ini, saya berharap bahawa sesiapa yang berkuasa di masa depan yang mereka cuba untuk memastikan amalan-amalan tertentu akan dimasukkan ke dalam tempat di Parlimen kita.

“Ia tidak hanya ucapan Bajet di mana ia adalah penting untuk mempunyai menteri yang bertanggungjawab yang ada - ia adalah lebih jauh daripada itu. Ia harus menjadi kebiasaan bahawa sesiapa yang menjaga portfolio boleh didapati untuk pemeriksaan balas. Dan Perdana Menteri yang bijak ialah yang boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan”.

Berdasarkan analatikal penulis, najib bukan sahaja tidak bijak tetapi sebenarnya penakut untuk berhadapan dengan Pakatan terutamanya Anwar.

Apakah pihak BN tidak sedar bahawa ahli-ahli parlimen yang sedang berbahas itu ialah yang mewakili rakyat, yang dipilih rakyat untuk membahaskan hak ehwal terbaik untuk mereka? Tidakkah ini bermakna membelakangkan mandat rakyat?

Tidak sedarkah Najib bahawa BN berada pada takuk paling lemah sekarang iaitu tiada majoriti 2/3 di parlimen?

Jadi apa yang penting, rakyat mesti sedar bahawa jika BN dalam keadaan lemah sekarang pun boleh mempermain-mainkan mandat rakyat, apa lagi jika BN menang besar!

Gambar di atas menunjukkan rakyat tidak segan silu lagi mengatakan Najib ‘tiada telur’ akibat sikap penakut yang ditunjukkannya.