Daerah Temerloh bakal menjelmakan satu destinasi tarikan
pelancongan yang baharu iaitu Monumen Titik Tengah Semenanjung (TTTS) yang terletak
di Kampung Paya Siput, Lanchang.
Terletak berdekatan dengan kompleks Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN), projek ini menelan belanja kira-kira RM11.788 juta dan
akan dibuka kepada pengunjung secara rasmi pada Oktober ini.

























