Wednesday, November 21, 2018

Sidang media selepas dewan hari ini

Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli AbduH Jabar dalam sidang media secara live, mencadangkan supaya hasil balak 30% disumbangkan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri supaya boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk negeri ini sekali gus dapat mengurangkan hutang dengan kerajaan persekutuan yang membelenggu selama ini.

Sidang media diadakan di ruang legar hotel Grand Darul Makmur.

Adun Beserah Andansura Rabu, bercakap tentang belanjawan negeri Pahang yang disampaikan oleh Menteri Besar Isnin lalu.

Beliau berkata, surplus sebanyak 24 juta adalah bagus tetapi agak skeptikal dari segi pelaksanaannya.

Kita juga cadangkan supaya dirancang Pahang menjadi negeri maju dengan pendapatan berjumlah satu bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau juga menyambut baik dengan belanjawan kerajaan negeri dengan perbelanjaan berhemah.

Untuk rekod, pendapatan Pahang pada ketika ini lebih kurang 600 juta dan geran dari pusat sebanyak 100 juta lebih untuk menampung perbelanjaan 700 juta.

Andan juga turut memuji langkqh kerajaan yang menubuhkan syarikat induk bagi mengawal selia semua GLC kerajaan negeri. Beliau menekankan perlunya kerajaan negeri tidak bergantung dengan sumber kerajaan persekutuan semata-mata.

Bagi Adun Jengka Shahril Azman Abdul Halim, PAS Pahang akan mengadakan 'warm up' himpunan bantahan ICERD yang bakal diadakan di Temerloh pada 6 Disember ini

No comments:

Post a Comment