Wednesday, November 14, 2018

Zaibo meninggal dunia

Selepas enam bulan menyedari hidupnya menderita akibat kanser esofagos pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang Rabu.

Berita sedih itu disahkan kepada mStar Online oleh isterinya Siti Hawa Sawal.

“Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya,” katanya ringkas sambil menahan sebak di dada tanpa mampu bercakap panjang.

Siti Hawa, 52, berkata, jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan.

No comments:

Post a Comment