Monday, November 12, 2018

Utara FC juara Liga Amatur Kuantan

Oleh FITRY ABDULLAH 


Kuantan - Pasukan bola sepak Utara FC telah diraikan dalam satu majlis ringkas setelah menjuarai Liga Amatur Kuantan di Kedai Meja Petak Felda Sungai Panching Utara malam tadi.

Majlis meraikan kemenangan tersebut dianjurkan oleh KRT Sungai Panching Utara dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching.


Dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 29 Oktober lalu di Stadium Darul Makmur Kuantan. Utara FC telah menumpaskan pasukan GDM FC dengan jaringan 2-1. Gol-gol dijaringkan oleh penyerang utama pasukan tersebut iaitu Najmi Amirul Nasir serta jaringan kemenangan oleh Shakir Shukor.

Ketua pasukan Utara FC, Rosidi Abdul Rashid (gambar),  memaklumkan kemenangan ini adalah percubaan kedua pasukan di pentas akhir setelah mereka tewas di peringkat akhir pada tahun lepas.

"Kami telah berazam untuk menjadi juara sejak mula menyertai liga ini kerana kami tewas di peringkat yang sama musim lalu.

"Saya berterima kasih kepada semua pemain yang memberikan komitmen sejak mula liga lagi. Terima kasih juga kepada YB Ustaz Tarmizi yang memberi sumbangan dan menyokong pasukan ini," Ujar beliau.

Sementara itu, ADUN Panching Ustaz Tarmizi Yahaya yang ditemui dalam majlis tersebut turut berbangga kerana semua pemain dari pelbagai peringkat umur bersungguh-sungguh untuk menjuarai pertandingan ini.

"Saya mengharapkan pasukan ini akan terus maju jaya dan lebih banyak menjuarai pertandingan-pertandingan yang disertai." kata beliau.

Ustaz Tarmizi juga membayangkan beliau akan menganjurkan kejohanan seumpama yang patuh syariah dan akan melibatkan ramai anak muda di DUN Panching.



No comments:

Post a Comment