Thursday, November 15, 2018

77 mangsa banjir dipindahkan di Temerloh

Banjir di Batu Kapor, Mentakab
Hujan berterusan sejak beberapa hari menjadikan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Temerloh sejak semalam, meningkat kepada 77 orang setakat tengahari tadi.

Mereka adalah daripada Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buloh selepas rumah mereka dinaiki air ekoran limpahan Sungai Semantan.


Seramai 22 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor manakala seramai lima orang daripada dua keluarga berada di pusat pemindahan sementara Dewan Kampung Sungai Buloh.

Kampung-kampung di sekitar Mentakab itu merupakan lokasi ketiga banjir di Pahang selepas Ulu Atok di Raub dan Lubuk Kulit di Lipis dilanda banjir minggu lalu.

Sementara itu, paras air Sungai Triang dikatakan turut berada pada paras berjaga-jaga sebelum ini.

Dalam pada itu, suasana mendung dan kadangkala hujan ketika ini di sini menyebabkan penduduk tetap bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan.


No comments:

Post a Comment