Wednesday, November 21, 2018

Langsung: 2 Adun PAS bahas usul ICERD

Adun Jengka Shahril Azman mewakili Adun-adun PAS berucap menyokong usul bantahan ratifikasi ICERD.
Beliau membangkitkan semula ucapan dalam sejarah Presiden MCA 
Tun Tan Siew Sin pada tahun 1969 yang mengatakan orang Melayu adalah bangsa yang baik kerana menerima malah beri kerakyatan kepada kaum Cina. Jadi hormatilah kaum Melayu sebagaimana mereka menghormati kita.

Bekas Presiden MIC Mendiang Presiden Tun Sambanthan pula berkata, bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, di Burma tetapi dan tidak diterima Burma tetapi diterima di Tanah Melayu.

Beliau juga membangkitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam laman sosialnya menulis, pada zamannya kerajaan sudah mengkaji ICERD dan didapati tidak sesuai.

Apa yang dibimbangi agenda ini ialah titik mula penjajahan era baru. 
Katanya jangan tafsirkan kesamarataan mengikut Barat tetapi ikutlah Islam. Dengan itu beliau menyokong usul yang dibawa oleh pihak kerajaan negeri.

Adun Beserah Andansura Rabu yang bangun berbahas, bimbang dianggap Dewan negeri Pahang dianggap rasis.
Rasis berbeza daripada mempertahankan hak asasi manusia.

Katanya, bangsa Cina lebih superior dalam bidang ekonomi. Ini bermakna tiada diskriminasi kaum dalam negara ini sehingga memerlukan ratifikasi ICERD.

Katanya, Perkara 9, perkara 11 dan perkara 13 perlembagaan persekutuan sendiri menghalang berlakunya diskriminasi.

Usul diluluskan sebulat suara tanpa bantahan termasuk daripada 9 Adun Pakatan Harapan

No comments:

Post a Comment