Wednesday, November 21, 2018

2 Adun Dap bantah sentuh tragedi 13 Mei

Dua Adun Dap dari Triang dan Tras, tidak puas hati dengan kenyataan: "... peristiwa 13 Mei mungkin berulang" oleh Adun BN Peramujaya Sheikh Fuzi yang berbahas isu 
Ratifikasi ICERD. Dengan itu beliau mahu 
Adun berkenaan menarik balik.

"Kita tidak mahu wujud rasa tidak selesa dalam dewan ini," kata Leong Mei Mei.

Namun speaker berpandangan bahawa Adun Peramujaya hanya memetik fakta sejarah dan yang disebutkannya tidak berunsur ugutan maka tidak perlu menarik balik.

Adun Triang sebelum itu menarik perhatian, bahawa pelaksanaan ratifikasi ICERD adalah dalam bidang kuasa kerajaan pusat dan bukan kuasa kerajaan negeri. 

Oleh itu beliau menganggap usul tersebut tidak perlu.

Bagaimanapun usul tersebut diluluskan secara sebulat suara apabila ketika speaker bertanyakan yang besetuju, kedengaran bersuara "setuju" dan tiada yang berkata tudak setuju.

No comments:

Post a Comment