Monday, November 19, 2018

Idris tempelak Anwar: Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik

Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad menempelak sekali gus menjawap kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kongres parti tersebut berakhir semalam, yang menuduh PAS (juga Umno) hanya mahu menjadi hero dalam isu Melayu tetapi senyap dalam isu 1MDB.

Kata Ustaz Idris dalam tulisannya, ada tuduhan yang mengatakan PAS hanya lawan ICERD sahaja. Tak lawan 1MDB.


Katanya, untuk makluman,  PAS bukan lawan ICERD sahaja. PAS juga lawan seks songsang, 1MDB, LGBT, kes rasuah banglo, kes  terowong, forex, PKFZ, Perwaja Steel, kes rasuah, kes akidah. Beliau berharap, bacalah daripada media PAS. Jangan ambil maklumat sampah yang tidak tahu mana asal usulnya.

“Janganlah duduk perasan mereka sahaja yang lawan rasuah. Apa yang pelik, bunyi gegak gempita hendak lawan rasuah, sedang parti sendiri terpalit dengan rasuah. Pemimpin PAS bebas tuduhan rasuah.  Rakyat sudah pandai menilai. Sekarang musim rakyat tepuk dan senyum kepada pemimpin PH.

(Perjalanan pemilihan PKR sejak dua bulan lalu sememangnya dicemari dengan rasuah yang melampau-lampau, dan inilah yang dibangkitkan oleh ahli-ahli PKR sendiri).

“Alhamdulillah, semakin lama, semakin terserlah. Rakyat sudah kenal siapa pejuang dan siapa yang ambil peluang. Cakap tidak serupa bikin. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik”.

Tambahnya, PAS bukan parti oportunis. PAS bukan parti yang tidak ada maruah sehingga hilang jati diri. PAS bukan parti yang lapar pada sokongan sampai gadai prinsip perjuangan agama dan jati diri.

“Kami diajar berpolitik untuk bekalan mati.  Kebenaran kawan PAS, walau pun ia dibawa oleh musuh. Kebatilan musuh PAS walau pun yang bawa itu kawan PAS”.

No comments:

Post a Comment