Saturday, November 17, 2018

5,000 bantah ICERD di masjid negeri

Kira-kira 5,000 orang hadir menunjukkan sokongan dalam himpunan membantah ratifikasi ICERD di perkarangan masjid negeri selepas solat jumaat semalam.

Program dianjurkan Pemuda PAS Pahang bersama NGO-NGO Islam itu dimulakan dengan ucapan oleh wakil GPMS diikuti Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Hazmi Dibok, Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin dan Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Pimpinan PAS yang lain yang berucap ialah Pesuruhjaya negeri Ustaz Rosli Abdul Jabar berserta timbalannya Andansura Rabu manakala Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik diberi kesempatan membaca doa penutup.

Istimewanya himpunan kali ini turut disertai ahli-ahli Umno. Pimpinan mereka yang berucap pula ialah Ketua Pengerakan Pemuda Umno Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Adun Lanchang Datuk Seri Sharkar Shamsudin dan Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah.

Pengerusi majlis menyebut himpunan tersebut hanya permulaan kepada perhimpunan sejuta ummah.

"Inilah penjahahan bentuk baru. Siapa pejuangkan ICERD adalah petualag bangsa. Teruk sangatkah diskriminasi kaum di negara ini? Apa perlunya ICERD dibawa masuk? Tidakkah bangsa Melayu yang teruk didiskriminasi sejak zaman penjajah?," soal seorang pemidato.. 

Ucapan pemidato diselangi jeritan ..."Hancur-hancur.... hancur ICERD... hidup hidup, hidup Islam."

No comments:

Post a Comment