Wednesday, August 29, 2012

Mohd Nor mula mencuri perhatian...

Saya sebetulnya tidak gemar sama sekali membangkitkan cerita sebegini walau walau secotet sekalipun. Namun tidak dapat tidak, saya telah dihubungi bertalu-talu minta pengesahan. Kini fokus telah dihalakan kepadanya berikutan laporan lidah rasmi Umno berkaitan cerita "sumbang mahram" yang kemudiannya disensasikan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Seperti dimaklumi umum, media dan blog-blog pro Umno sememangnya gemar memainkan isu seks, lucah dan porno sebagai satu medium serangan.

Serangan yang sebenar sudah tentu mensasarkan PAS.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 Mohd Nor telah bertanding mewakili PKR di Dun Damak, dalam Parlimen Jerantut.

Beliau sebenarnya boleh menang merampas Dun tersebut daripada BN tetapi terhalang kerana berlaku pertandingan tiga penjuru iaitu turut disertai oleh DAP.

Mohd Nor pada awal tahun lalu telah menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut seorang sahabat, kes melibatkan Mohd Nor mulai memberi liabiliti kepada PAS Jerantut kerana Umno Jerantut sudah memulakan serangan politik berkaitan isu ini.

“Umno dah menyerang dan kata apalah PAS ni.... abang sendiri pun tak boleh jaga...”.

Sudah ada rakan-rakan yang menghubungi minta pandangan saya. Namun bagi saya sendiri, saya berpendirian begini: Kes ini masih dalam siasatan dan beliau hanya suspek, maka saya tidak mahu menghukum dan mendahului keputusan.

Apa kata jika perkara tersebut fitnah? Tidakkah lebih besar dosanya menyebarkan fitnah yang belum terbukti? Maka saya menyeru sahabat-sahabat tidak menjadi seperti Umno yang memainkan isu mengaibkan orang lain sebagai ‘makanan ruji’ mereka.

Saya memilih untuk tidak mempercayai berita yang dibawa oleh agen 'syaitan yang dikenali' itu.

Begitupun, saya setuju dengan pandangan Shukri bahawa Mohd Nor mesti tampil membela diri dan membersihkan namanya selepas ini.

Wallahu a’lam.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment