Perbicaraan saman bernilai RM20 juta oleh Mazlan Aliman terhadap Pengurus Felda Lembah Klau, yang mengarahkan penangkapannya, Awang Sulong (gambar atas), Felda, pegawai polis yang menangkap, Inspektor Mohd Azran Rahmat (gambar bawah) dan Kerajaan Malaysia yang sepatutnya berlangsung dari 21 Jun hingga 23 Jun, ditunda ke tarikh 22 Julai.
Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh menetapkan demikian selepas pihak peguam defendan menghantar satu notis secara tergesa-gesa minta dibicarakan dakwaan “konspirasi” dalam kes berkenaan.
Menurut fakta kes tersebut, pada 9 Mac lalu kira-kira jam 4.15 Mazlan ketika sedang berdialog di rumah peneroka Hamidun Yeop Isa telah dikepung oleh 30 orang polis bantuan Felda dan diugut secara biadab oleh pegawai-pegawai Felda.
Mazlan kemudian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. Namun terdapat satu lagi laporan oleh pengurus rancangan Felda Lembah Klau yang menyebabkan beliau kemudiannya ditahan, direman dan terpaksa merengkok selama dua hari di lokap IPD tersebut.
Beliau kemudian telah direman sehari oleh Mahkamah Magistret Raub sehingga 11 Mac setelah ditahan di Balai Polis Raub pada tengah malam. Mazlan disiasat dibawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM3,000.00.
Beliau bagaimanapun tidak pernah didakwa di mahkamah.
Lawan!!!Pengurus felda dengan polis sama je bangangnye!Tapi mesti dipantau betul betul..Mahkamah pun cacamerba jugak!
ReplyDeleteTengok kejadian yang lalu diMahkamah Temerloh.Ada ke pengurus felda menuduh anak tuan tanah mencuri sawit diladang peninggalan aruah ayahnya sendiri?Yang polis pun bangang!Tak tau hujung pangkal nak masuk campur.Tak pasal pasal budak tu merengkok dalam lokap.Dalam perbicaraan, penyerahan ladang oleh aruah ayahnya kepada felda adalah tidak sah.Tiada tanda tangan saksi dan tidak dimati stem.Technoplant langsung tiada kena mengena dalam perjanjian itu.Polis tangkap kerana mendakwa budak tu mencuri sawit diladang kepunyaan technoplant.Kan ke baghal tu?Jumlah sawit dalam lori 'barang kes'mencecah 100 tandan tetapi yang dituduh 30 tandan saja.Yang banyak lebihnya itu siapa punya?
Banyak yang tak kena.Budak tu lewat sikit sampai dimahkamah tapi waran tangkap belum dikeluarkan dan budak tu sempat jumpa DPP dan anggota polis bertugas.Tapi dalam bicara kemudiannya Mejistret kenakan denda.
Yang amat memeranjatkan,budak tu didenda RM2000 oleh Mahkamah dengan alasan Pengurus Technoplant berhak terhadap sawit itu.Mejistret tu tak lulus bahasa Malaysia ke atau saja saja tak reti bahasa?Kita yang menyaksikan sepanjang perbicaraan itu berjalan pun dapat mengandaikan yang budak tu tak bersalah.Agaknya kerajaan BN dah kedana sangat...orang tak bersalah pun dihukum dan didenda!Mungkin juga kerajaan BN memperalatkan Mahkamah dan polis untuk melindungi felda yang dah bangkrap!
Saudara Mazlan,teruskan perjuangan anda!Beribu ribu peneroka sentiasa dibelakang anda!
Memang lingkup BN dalam PU13 terutama diPahang.InsyaAllah.....
InsyaAllah, saya pun sepndapat dgn saudara bahawa BN akan lingkup apabila peneroka Felda bangkit menumbangkan kerajaan yg zalim dan sering memperbodohkan peneroka, terutamanya UmnoApco
ReplyDeleteLingkup la BN lahabau ni..
ReplyDeletePolis???Ish..memang betul tak berguna.Rata rata peneroka tidak menggemari Polis diPahang ni.Malas 1 bab,bodoh 1 bab.Kes curi sawit diladang peneroka tak kan disiasat jika buat repot...Bayangkanlah,beratus ribu ringgit peneroka kerugian dalam setahun!
Harap Mazlan Aliman teruskan saman ni.Kami sokong dan akan datang diMahkamah memberi sokongan moral.