Friday, June 17, 2011

711 peneroka Jengka saman Felda RM344 juta

Felda hari ini menghadapi satu saman lagi daripada 711 peneroka dari 16 tanah rancangan Felda seluruh Jengka kerana didakwa menipu dan pecah amanah dalam urusan kadar perahan gred (KPG) jualan hasil sawit.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui peguam Ms Daim & Gamany pagi ini, berjumlah RM344 bagi menampung jumlah kerugian selama 15 tahun (sejak 1995).

Beberapa peguam bagi pihak peneroka hadir iaitu Sivarasa Rasiah, Lateefa Koya, Suhaimai Said dan Ahmad Nizam Hamid.

Turut memberi sokongan ialah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad, Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan kira-kira 200 peneroka.

Bagi penipuan KPG, peneroka mendakwa hanya dibayar pada purata 18.5 % sedangkan bacaan kepada contoh hasil buah kelapa sawit yang dihantar kepada tiga makmal bebas menunjukkan kadarnya ialah 31.5 % dan setelah diselaraskan peneroka percaya purata KPG tidak kurang daripada 27 %. Ini bermakna terdapat perbezaan purata 8.5 % yang digunakan oleh defendan kedua.

Jadi dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30, 912 setahun.

Selain daripada itu peneroka mendakwa kilang Felda juga telah memotong buah sawit yang dianggap ‘buah busuk’ dengan kadar 200 kilogram sebulan tetapi tidak dikembalikan kepada mereka.

Dakwa mereka, ini membawa kerugian kepada mereka dengan kadar RM560 x 2.4 atau RM1,344 setahun bagi setiap peneroka atau RM14,333,760 bagi semua peneroka dalam tempoh 15 tahun.

Ini bermakna dalam tempoh yang sama (15 tahun), bagi kedua-dua penipuan, Felda telah menyebabkan kerugian kepada 711 peneroka-peneroka ini sebanyak lebih RM344 juta.


GAMBAR: Peguam Sivarasa bersama Nizar, dikelilingi peguam dan sebahagian peneroka di hadapan Mahkamah Temerloh.


1 comment:

  1. Saman!!!Peneroka diFelda Bukit Pucong bila lagi nak failkan kes?Saman pengurus Technoplant yang menipu peneroka yang menyerahkan ladang kepada felda untuk diuruskan..Sepatutnya bayaran hasil mengikut sistem blok.Tetapi pengurus technoplant membayar secara pajak antara RM70/ekar/bulan dan RM100/ekar/bulan.Ini bermakna bayaran kepada seorang peserta cuma antara RM700/bulan hingga RM1000/bulan, sedangkan hasil yang diambil diladang setiap peneroka antara RM8000-RM15,000 sebulan.Khabarnya sudah ada lapuran polis dibuat diBalai polis Triang.Itu sudah kes tipu!Tapi faham faham aja la..polis tidak akan ambil tindakan terhadap penipu tu...
    Bagi peneroka tu sabar ja la..lepas PU 13 nanti apabila PR memerentah,sumbatkan pulak polis tu 'kedalam' kerana tidak amanah dan tidak bertanggung jawab apabila tidak mempedulikan aduan resmi yang dibuat.Ini merupakan satu contoh,kerajaan BN melarang polis mengambil tindakan keatas repot polis yang dibuat terhadap felda.
    Mereka tak sedar..sekarang rakyat bangun menentang dengan menubuhkan BERSIH..Tapi kalau rakyat bangun menentang ketidakadilan macamana?Jangan salahkan rakyat..Polis dulu tak macam polis sekarang..bila banyak hak rakyat diabaikan oleh polis,rakyat dah naik meluat dengan polis.Dulu kalau kita nampak polis beruniform,kita cukup hormat!Tapi sekarang ibarat macam buruh alam flora je...tak mendatangkan menafaat kepada rakyat langsung!Dia ingat gaji yang dia orang terima tu dari kerajaan BN semata mata?Bukan dari cukai dan hasil mahsul negara?

    ReplyDelete