Monday, December 24, 2018

ADUN Damak ringan beban masyarakat melalui program "Moh Kembali Ke Sekolah"

Oleh MUHAMMAD ARIF

JERANTUT: Seramai lebih 100 orang pelajar lagi dari keluarga yang tidak berkemampuan telah menerima sumbangan barangan keperluan persekolahan sempena Program Moh Kembali Ke Sekolah (MKKS) anjuran Sekreteriat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak.

Program disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud dan juga Yang DiPertua PAS Kawasan Jerantut, Ustaz Yohanis Ahmad.



Penerima sumbangan tersebut adalah terdiri daripada mereka yang berada di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak. Program ini juga telah berlangsung selama tiga hari di enam buah lokasi perkampungan termasuk kawasan bandar Jerantut. Lokasi tersebut ialah Kampung Bukit Dinding, Kampung Gintong, Kampung Batu Balai, Kampung Ulu Cheka, Kampung Bukit Genting, dan penerima di sekitar Bandar Jerantut.

Program ini adalah bertujuan bagi meringankan beban ibubapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak mereka.

"Tahniah kepada pelajar-pelajar dan anak-anak yang telah terpilih untuk menerima sumbangan daripada kami dan diharap sumbangan ini dapat meringankan beban ibubapa untuk mempersiapkan keperluan sekolah kamu semua", ujar ADUN Damak dalam penyerahan sumbangan di Kampung Gintong semalam.

No comments:

Post a Comment